nak menang keris model baru? klik sini.

July 24, 2012

.: Bazar Ramadhan :.

Assalamualaikum...

Bulan puasa datang lagi... Yeayyy! Mesti kau gelabah kan? Time time ni lah baru teringat puasa tahun lepas yg kau ponteng belom ganti lagi.. Takpe, kalau lupa, kau sorg je yg tau, nanti setel kat akhirat lah.. Bukan susah pon.. Tapi kalau boleh janganlah sampai lupa nak ganti puasa, dah raya nanti kau ade 365 hari lagi nak sampai ke bulan puasa tahun depannya tu, kalau period pun, taklah sampai sebulan kau cuti kan.. Period teruk sangat tu kalau sampai sebulan...

Kalau dah bulan ramadhan ni, confirm lah ade bazar ramadhan, satu dunia ada bukan kat Malaysia je, cuma yg membezakan Malaysia dengan negara negara lain ialah pengunjung bazar ramadhan tu..
Kenapa pengunjung?
Sebab awek awek kat Malaysia ni kalau pergi bazar ramadhan dress up macam nak pergi anugerah bintang popular, tayang lurah sana sini, belum lagi yg pakai legging.
Tu yg lelaki agak2 kalau malas nak download blue kat internet, pergi je bazar ramadhan, bersepah lurah kat situ..

Yang bestnya bazar ramadhan ni, macam macam makanan ada, kalau dulu mungkin makanan lain lain, tapi zaman mark zuckerberg sekarang ni, semua benda dah boleh bawak pusing pusing dunia, sampai kan belacan yg manufacture kt melaka sana tu pun boleh sampai ke new zeland. Nasi lemak, soto, mee bandung semua tu kau boleh jumpa kat oversea sana tu..

Memang macam macam kau boleh jumpa kat bazar tu, kat situ lah kau boleh ajar diri kau kawal nafsu. Time2 ni lah kau boleh bezakan siapa yg lagi kuat, nafsu ke syaitan.. Kalau nafsu menang, tak payah tunggu bulan puasa, tiap tiap bulan kau dengan syaitan geng..

Selamat berpuasa ;)

July 16, 2012

.: tonight we are young :.

Assalamualaikum...

Kalau nak cakap pasal jiwa muda ni, atok yg umur 60 tahun pun mengaku jiwa dia muda, tu yg sampai anak dengan cucu boleh sama umur... Dah tua tua pun nak mengaku muda, badan gagah perkasa, mampu nak bagi kepuasan kat gadis gadis muda... Tapi kalau dah jodoh tak ke mana ye dak?

Hari ni 16 julai 2012, birthday bapak aku yg ke 52... " Selamat Hari Lahir abah ! "
Tapi yg sedihnya, aku wish paling last daripada adik beradik dengan mak aku, dah pukul 12 tengah hari baru aku sempat kol bapak aku... Masa aku kol tadi bapak aku tengah kerja, dia gelak kan je aku sebab aku rasa bersalah sangat wish lambat... Padan muka aku kan...

Masa tengah borak borak tu, bapak aku cerita la, adik aku yg kecik tu orang pertama wish, kedua mak aku, ketiga adik laki aku, keempat abang aku, last sekali baru aku... sobss sobsss.... :'(
Yg kelakarnya, adik laki aku lah, dia mesej nak wish birthday bapak aku, dia cakap " Selamat hari lahir abah yg ke 50 bla bla bla..... " lepas tu bapak aku terus kol dia tanya, " Aiman, umur abah berapa sebenarnya? "
adik aku jawab, "eh, 53 kan? sorry , aiman nampak abah muda je hehe " bapak aku dah gelak besar sebab sebenarnya umur bapak aku baru 52, mula masa adik aku mesej, dia cakap 50, lepas tu masa kol pulak, jadi 53... hahaha....

Tapi apa apa pun, aku nak pastikan yg bapak aku happy masa borthday dia, kalau boleh aku macam nak balik JB minggu ni, kebetulan pulak minggu ni start puasa, so, macam best je first puasa kat JB... hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang