nak menang keris model baru? klik sini.

April 27, 2012

.: Wanita kena berjaya :.

Assalamualaikum....

Kalau kau tengok zaman sekarang ni , ramai perempuan dah berjaya dan bekerjaya... Tapi bukan senang nak terus berjaya, mereka mula dari bawah... Mula mula mereka ambik UPSR , score 5A , lepas tu mintak masuk sekolah asrama penuh... Kalau lelaki , tak nak score langsung sebab lelaki akan cakap, score cemerlang macam mana pun , memang takkan dapat masuk asrama penuh sebab asrama tu dah penuh, macam mana nak masuk... Sempit, nanti tak selesa nak belajar... Ni lah lelaki... Terang terang bangang... nasib baik 2,3 orang je yg macam tu...

Lepas dah masuk sekolah asrama tu, mereka pulun lagi study macam nak gila, ambik PMR pulak, dapat 8A , mintak sekolah asrama yg lagi penuh, tak kesah la sempit ke, janji penuh... Masa tu masing masing dah besar, dah mula bernafsu , dah pandai nak cari cari jodoh... Bila kena tangkap dengan ustaz, kasi alasan dating + study hard sama sama... Ustaz tanya, " kalau study hard sama sama memang kena gesel gesel kaki sama sama ke? " Ustaz jeles sebenarnya...

Bila dapat result SPM, kau yg perempuan tu berjaya, yg lelaki tu kurang berjaya sebab gesel lebih sangat masa study tu... Perempuan terus isi borang nak masuk universiti , yg lelaki chill je, rilex habis , tunggu offer sampai sendiri... Kalau ade rezeki, masuk lah universiti, kalau takde, nak buat macam mana, mungkin rezeki kat tempat lain... sumpah bangang... usaha takde, ikhtiar takde, tau tau nak tunggu offer sambung belajar sampai sendiri kat rumah... lepas tu nak sembang pasal rezeki dari Allah... mati plisss....

Bila perempuan dah masuk universiti , yg lelaki pun dapat masuk universiti , rezeki lah katakan... Belajar 2,3,4 tahun, yg lelaki dan perempuan dapat bawak balik degree , tunjuk kat mak bapak kasi kembang hidung mak bapak keliling kampung kasi tau kat semua orang yg anak dia dah berjaya... siap buat kenduri kesyukuran , tumbang la 2,3 ekor lembu , orang kampung suka la , makan free.... yeayyy!

Ok, tiba tiba dah kerja... aku malas nak cerita time mintak kerja tu... panjang sangat... dah kerja, masing masing dapat gaji besar besar , best... ada duit, beli kereta, henpon baru, pergi holiday... macam macam boleh buat kalau banyak duit... agak agak duit simpanan dah cukup, kawen terus... habis cerita.... bestnya kawen...

Tiba tiba, jodoh tak panjang rupanya, bercerai berai... talak satu mungkin... si lelaki main kayu 3, men 2 kan si perempuan , kahwin lagi 1 rupanya...nampak tak aku susun turutan nombor tu? tak nampak? takpe , abaikan je... aku paham... Yg perempuan kena cerai tu sedih kejap je , lepas tu boleh happy balik sebab still ada duit gaji yg banyak tu untuk tampung hidup sendiri... dan anak anak...

Cuba kau bayangkan , kalau perempuan tu tak berjaya dalam tuntutan ilmu akademik dulu, macam mana dia nak dapat kerja yg best best yg gaji besar besar untuk dia bayar kereta, beli susu anak, yuran sekolah anak, ubat ubat kalau anak anak sakit , tu kalau anak sorang, kalau ada 2,3 orang yg masih sekolah... nak beli barang barang dapur lagi, bayar bil astro, unifi, api air lagi... Kalau setakat kerja cashier kat giant tu, lepas la untuk kau sorang je, anak anak kau macam mana? takkan nak hantar pergi rumah kebajikan kot... ape punya mak lah kau ni...

Janganlah kau pikir nak harapkan jodoh kau je yg tampung semuanya, at least kau kena tau macam mana nak survive kalau kes kes macam ni jadi kat kau... Dari sekarang kena mula.. ok, Ready, Set, Go... !

Senang macam mana pun, anak anak jangan diabai.. kbai...



April 24, 2012

.: Kisah Timah, Batang, Bakar dan Abu :.

Assalamualaikum....

Suatu hari, Bakar balik dari tempat kerja , Bakar buka pintu rumah ,Alangkah terkejutnya Bakar bila ternampak Timah tengah menindih dua puluh Batang... Bakar terkejut sebab Timah yg kurus tu mampu menindih dua puluh Batang... Bakar jeles dan marah... Ya, marah sangat u'olls... Bakar merentap , mengoyakkan Timah... Habis terkoyak Timah yg kurus tu... Dicampakkan di tepi dinding... Timah terhantuk kuat... Timah meninggal...

Bakar belum puas... Bakar usha usha Batang... kecik besar kecik besar je Bakar tengok Batang... Walaupun Batang ada dua puluh , sikit pun Bakar tak goyang... Bakar menggesel batu pengasah , dan terus melanyak Batang sampai lembik... Habis kesemua dua puluh Batang dimamah Bakar... Dah selesai semuanya , Bakar terkejut lagi sekali sebab Batang tu rupanya pak Abu , jiran sebelah rumah... Oleh kerana tak boleh terima kenyataan yg pak Abu yg tua kerepot tu mampu menggoda Timah , Bakar bunuh diri... Last last semua mati...

Apa pon tak boleh...


Timah = kertas timah dalam kotak rokok tu

Batang = rokok, dua puluh batang satu kotak

Bakar = nak hisap rokok, mestilah kena bakar

Abu = dah sesedut, ketis la abu rokok tu

Dah hisap rokok, kemungkinan untuk cepat mati tu tinggi... Kerajaan kasi amaran jangan hisap rokok yg takde cukai... kbai...





April 21, 2012

.: Lemas di dada, bukan lucah :.

Assalamualaikum....

Bila cakap pasal dada , mesti kau excited nak tau dada siapa yg diperbualkan...Tapi aku tau, dalam kepala otak kau, dah terbayang dada aku... aku tau tu... har har har... Hah? Dadali?  Bukan Dadali lah bro, itu yg nyanyi 'Di saat aku mencintahimu'...  Lagipun Dadali semua laki kan, so, takde isu dada yg dibangkitkan...

Ni hah Dada yg aku maksudkan ;


' Lemas dalam dakapan ; Pro Montok ; Sangat Efektif '


Macam tipu pun ada... macam betul pun ada jugak... Kalau orang yg kat oversea sana tu, diorang selalu buah operation letak implan @ silicon nak kasi shape dia terjamin bulat, anjal dan tegang... Tapi kalau kat Malaysia ni, tak payah operate, kasi tala je Pro Montok ni... Suami tak cari lain punya...

Kau jangan tertipu, dalam baju tu bukannya letak tisu ke, span ke macam sesetengah orang buat... Dalam tu ada banyak rahsia.... Rahsia yg tegang lagi anjal baq ang!

Amacam, awek awek kat luar sana nak try? Terasa kurang berkeyakinan dengan dada yg sedia ada? Rasa tak reti nak hargai ciptaan Tuhan yg dah diberikan? Cubalah, Pro Montok... Dijamin Lemas terkapai kapai...

Eh, lupa pulak nak bagitau... aku bukan promote, tapi nak kasi awek awek yg kat luar sana yg mana rasa macam tak yakin dengan penampilan diri tu, jangan risau, Allah dah jadikan setiap makhluk Nya sesempurna kejadian... Dada kecik tak semestinya nafsu kecik kan? kan? kan?

Ingat! Lemas tu penting! har har har


April 20, 2012

.: cuti semester bukan sesuatu yg mengghairahkan :.

Assalamualaikum...

Betul ke cuti semester ni tak ghairah?

Memandangkan aku tengah cuti semester sekarang ni , so , tak payah bukak buku ilmiah, tak payah kemas pensil box, eh, pesil box? apesal? tak payah la nak gelak kan aku sebab pakai pensil box lagi...tak salah apa apa pun masuk universiti pakai pesil box... kau tu apa kurangnya, pergi kuliah pakai kasut member... aku pakai pensil box sendiri ok! tak pinjam pinjam orang lain punya pon... booooo loser.... har har har...

Dah la pinjam kasut member , lepas tu kau rosak kan pulak tu , dah la rosak kan, kau buat senyap je... kau ingat tuan punya kasut tu bodoh sangat nak percaya yg kat situ ada hantu yg rosakkan kasut dia tu... sabar ! aku tak puas lagi ni... aku tengah marah ni.. aku period hari ni, tu yg asyik nak marah je ni.. har har har...

Bismillahirahmanirahim... okay, marah dah berkurang, mungkin setan dah lari sebab dengar aku baca bismillah tu..

Hurghhhh! (mengeluh)

Minggu pertama cuti semester bermula dengan aku bangun pagi tak gosok gigi terus turun bawah pergi dapur nak cari makanan untuk sarapan... Last last sarapan aku berakhir dengan basuh pinggan dua sinki yg full dengan pinggan mangkuk kotor... Mak aku cakap tu semua hadiah untuk orang jauh balik jb... terima kasih ibu... sayang lebih... muah muah

Tapi yg bestnya minggu pertama cuti tu , aku berholiday sakan... nak tengok gambar? bayar dulu lah der baru dapat tengok... 2 ringgit je... hew hew hew... nah ! hambik nih

Good Morning Port Dickson !






Eh? 2 keping je gambar?

Yelah, tengok free je kan, sikit je lah.. har har har Padan muka kau...

Lepas Port Dickson, aku naik Broga Hill pulak... nak tengok gambar? takpe, yg Broga ni tengok free je.. nah!





Kau nampak tak betapa awesome nya Broga Hill ciptaan Tuhan tu? cepat la cakap Subhanallah... ni tak, nampak benda cantik je, mula lah nak mencarut ; " cantik sial ! " , " Perghhhh, terbaik sial " , " sumpah ni cantik giler sial " ... apa punya sial la kau ni... kau nak sial, kau pergi sial sorang sorang, jangan ajak aku...

Okay, tu cerita minggu pertama cuti...

Minggu kedua pulak... Ghairah ke? Tak ghairah sangat sebab aku kembali ke sinki kesayangan aku tu... Pinggan mangkuk dah rindu sangat kat aku... Padan muka aku pulak.... Rutin harian aku , bangun pagi , kasi kura kura aku tu makan... Dia sarapan 4 biji bayam yg dah dikisar halur lepas tu dimampatkan jadi macam pil... sebenarnya bukan bayam pon, tapi kaler makanan dia tu hijau , aku panggil bayam je senang... tapi kalau kau, mesti panggil benda tu incredible hulk kan? yelah kaler hijau, lagipun kau memang kuat sembang pun kan...

Minggu ketiga ? sabar !.. aku tengah tulis entri ni dalam minggu ketiga... tengah usaha jugak cari benda benda yg awesome dan ghairah... harap harap malam ni boleh dapat benda yg ghairah! haha

Happy Holiday Arep!









April 16, 2012

.: pelajar asing cuba apply masuk UiTM :.

Assalamualaikum....

Kau sebagai pelajar UiTM tegar kat Malaysia ni mesti terkejut kan kalau tiba tiba ada warga asing atau dengan kata lain, warga yg bukan dari jenis jenis Melayu cuba untuk memohon masuk UiTM... Seperti sedia maklum, dan semua orang tau bahawa UiTM hanya akan terima pelajar pelajar yg berbangsa melayu serta bumiputera dari Sabah dan Sarawak sahaja...

Pagi tadi aku hantar adik lelaki aku yg baru lepas Spm tu pergi interview untuk masuk UiTM... Dia dapat buat program diploma Ukur Bangunan... tapi tu cuma interview je, belum confirm dapat lagi... result Spm dia? tak payah tanya la, sebab aritu ada budak ni tanya aku pasal result Spm adik aku tu, seminggu dia tak berani keluar rumah... so, kau tak payah tanya... har har har...

Okay, interview tu berlangsung kat UiTM kampus bandar raya Johor Bahru, dekat Larkin sana tu... kau tak tau Larkin kat mane? Loser giler kau ni... hew hew hew... Dalam surat panggil interview tu, pihak UiTM suruh datang pukul 8.30 pagi... Bila sampai sana, dah pukul 9 pagi pun, satu hape tak start lagi... Aku sebagai pelajar UiTM berasa sangat malu dengan adik aku yg bakal masuk UiTM ni sebab tengok pengurusan yg tak berapa nak cantik... Nanti apa pandangan dia kat UiTM ni... Aku pujuk dia elok elok, aku cakap UiTM ni best... kang kalau dia pilih KLMU ke, MAHSA college ke, takpun SEGI college ke, lagi aku tanak mengaku dia adik.. kan susah... har har har... UiTM kata nak mengubah destini anak bangsa... kan bro?

Bila sampai je turn adik aku nak masuk bilik interview tu, adik aku bangun terus bukak pintu bilik interview tu... masa dia bukak pintu bilik tu, aku dengar suara dari dalam bilik interview tu ;


" Kami pihak UiTM cuma terima calon calon Melayu je dik "

" saya melayu la ni bang, kenapa, muka saya ada macam hero hindustan ke? hik hik hik "

" muka tu taklah dik, perasannye kau ni.. tapi rambut awak tu kuning.. kita melayu melayu yg hidup kat Malaysia ni semua beranak rambut kaler hitam je dik "


Mesti kau segan kan... Padan muka kau.... Kau pergi balik, buang yg kuning kuning tu, kasi jadi melayu sikit, lepas tu baru pergi mintak nak masuk UiTM.. Kalau tanak, try la apply KLMU ke, dorang tak kisah sangat kaler rambut ni, yg penting, kau mampu nak makan nasi lauk ayam goreng dengan air sirap berharga RM10 sekali makan...





Puas hati aku.... dah la mamat tu kerek giler pagi tadi, siap sembang dengan mak dia cakap kalau adik tak lepas interview ni, adik nak sambung oversea je lah... pergi mampos muka kau setan.

April 05, 2012

.: Cerita Cinta Dalam Gambar :.

Assalamualaikum....


Bila cakap pasal kahwin , aku rasa macam... arghhh... pening pening... garu kepala, keluar kelemumur, bukan keluar jodoh pun... garu lagi kepala, boleh botak bai!


Masa tengah bercinta ni, semua best... Time aku belikan hadiah untuk tunang aku, tak berkira apa apa pun... semua beres je...bila dia request barang, aku cek wallet, cek resit bank tengok ada balance berapa lagi duit dalam bank... kalau cukup, terus pergi beli... kalau tak cukup, aku buat buat tidur walaupun masa tu tengah drive! har har har


Bukan tanak cakap pasal kahwin dengan dia, cuma, bila sebut je pasal kahwin, macam macam dia request...
Ada ke patut dia nak suruh aku jerit kuat kuat masa nak melamar dia... macam ni...


" SUDI TAK AWAK JADI ISTERI SAYA !!! " dengar tak aku jerit? hah? kau dengar? Gila!






Gila apa aku nak buat macam tu... hilang suara aku nanti masa nak akad nikah depan tok kadi.. grrr
Bisik bisik je tak boleh ke? macam ni...


" Pssttt... dah ready belum untuk malam ni? " hihihi...






Hah... takdelah nampak sangat nak menunjuk kan? Bukannya aku bisik bisik sambil jelir lidah kat telinga dia pun, tu cerita malam nanti lah.. makan sup lidah baq ang! har har har...


Haritu aku ada tanya tunang aku tu, nanti kalau buat majlis sanding, ramai ke orang dia nak jemput... Dia cakap takdelah ramai sangat, dalam 1000 orang cukup lah... Kalau boleh, separuh daripada tetamu tu mesti artis... Gila baq ang!






Tengok ni, Nora Danish.. aku memang kenal dia, tapi belum tentu dia kenal aku...Macam mana nak jemput..


Satu perangai pelik tunang aku ni, dia suka benda yg rare... Benda yg kau orang takkan jumpa kat mana mana... uptown, downtown, semua takde jual bro..! Dia mintak cincin sebijik je, tapi bekas cincin kena besar gila... sumpah aku tak tipu dia punya besar tu, macam boleh muat kedai cincin tu sekali...






Tu baru cincin... Pasal baju pengantin pulak... Dia cakap nak tempah kat pereka fesyen yg buat baju kahwin Ayu, bini Tomok tu... Siapa yg buat baju tu pun dia tak tau, lepas tu nak tempah kat orang tu... Takkan nak suruh aku Google jugak orang tu... google google google... grrrrr!
Katanya baju pengantin si Ayu tu ohsem sangat.. nak tengok? meh....






Ohsem baq ang! Siang buat baju pengantin, malam nanti boleh buat cadar tilam... Jimat duit aku...


Hantaran? Mestilah ribu ribu... Kau ingat kahwin ni macam beli char kuew toew ke harga RM 3.50 campur udang 3 ekor tu? Kalau macam tu, tiap tiap hari aku kahwin... siap tambah lagi... Baru RM 7.00.. har har har... Aku ingat tanak bawak cash la duit hantaran tu... risau jugak... takut terbeli top up masa on the way nak pergi rumah pengantin perempuan tu.. hahaha... Pakai cek lagi bernas... nampak kaya lagi bergaya...






Dah boleh kahwin? Belum lagi bai..! Sekarang ni tunang aku bising pasal makanan time majlis nanti pulak... Majlis kahwin orang melayu, standard la kan makan nasi minyak, ayam masak merah, daging masak beriyani, tambah sikit kuah dalca, campur sayur timun potong panjang panjang yg rasa dia manis tu, last sekali renjis sedikit sambal belacan... perghhhhh... balik balik rumah kenyang sampai esok...


Ni tak, nak yg special lain dari orang lain, nak buat kambing golek bagai bagai semua tu... bukan ke lebih senang makan kalau kambing tu dah siap masak rendang, tulang dah buang siap siap... Ni kalau time tu lah baru nak golek golek , nak buang tulang lagi, bila nak makan?


Kambing golek golek manja


Satu lagi menu istimewa yg menghabiskan duit aku....


Ayam golek golek bermadu
Bila tetamu semua dah siap makan, dah kenyang, perut semua dah maju ke depan, mesti nak tengok pengantin bersanding pulak kan... mesti punya lah... takkan datang makan je kot... dah la makan free, masuk lah kejap jenguk jenguk pengantin... tengok pengantin punya pelamin besar mana... besar macam ni boleh tak?






Aku fully confirm kalau pelamin aku macam ni, aku dapat kasih sayang yg sempurna dari bini aku sampai ke hembusan nafas yg terakhir... Gila kau dia tak sayang kalau dapat bersanding kat pelamin macam pintu gerbang masuk zoo ni... Takyah hias bunga banyak banyak, hati dia dah berbunga duduk kat pintu gerbang ni... kan sayang kan? 


" Tidur luar malam ni ! grrrr " 




Kau nak tau, tunang aku cakap, " tak payah nak berangan lah  bang ! belajar pun tak habis lagi, nak majlis grand grand je... err.. tunang? confirm ke ni bang? har har har "


***********************************************************************************************************



Sebenarnya gambar gambar tu semua aku ambik dari Ministry Of Moment... Kau tau Ministry Of Moment tu apa? 


MINISTRY OF MOMENT ( MOM )


Satu kumpulan 'photographer' yg menunjukkan minat dalam mengumpul gambar gambar yg menarik serta lain dari yg lain.. Maksud mengumpul disitu adalah dengan menangkap gambar menggunakan bakat dan skill yg dimiliki oleh mereka mereka yg terlibat dalam kumpulan MOM tersebut... Mereka ingin mengembara mencari ilham serta menikmati pemandangan menarik dan indah di sekeliling dunia, dengan hanya berbekalkan azam, dan kamera, mereka sanggup meredah benua untuk mendapatkan apa yg mereka idamkan...


Kumpulan MOM ini juga banyak merakamkan detik detik manis dan indah pasangan pengantin yg mana mereka ingin mengabadikan kenangan pada hari hari bersejarah seperti hari persandingan, pernikahan, pertunangan serta hari hari sebelum perkahwinan ( pre- wedding lah tu bai )  


Aku sendiri yg baru berjinak jinak dengan dunia kamera ni, boleh cakap yg MOM ni, antara yg 'the best' punya kerja... Aku suka tengok tone warna yg digunakan untuk edit gambar gambar kahwin... Angle pada setiap gambar pun menunjukkan yg MOM ni memangg banyak buat research pasal gambar gambar event..  Idea diorang ni pun boleh tahan hebat... Mencurah curah ke ladang gandum nampaknya... Aku salute hasil kerja MOM ni... Diorang ni ada terlibat dengan majlis perkahwinan beberapa artis tanah air, macam Tomok, Lisa Surihani, Umie Aida, dan banyak lagi... So, kalau ramai artis yg memilih MOM ni untuk merakamkan detik detik manis diorang, ternyata MOM ni punya hasil kerja sangat 'Awesome'...  


Kahwin sekali je bro seumur hidup.. tu pun kalau jodoh panjang, kalau jodoh Double, kahwin 2 la jawabnya... so, 2 kali la kena panggil MOM ni untuk ambik gambar kahwin kali ke 2 tu.. ye dak bro?


So, kalau kau ada rasa berminat nak tolong anak bangsa sendiri maju kehadapan, boleh lah usha usha hasil kerja MOM ni kat Facebook diorang.. -MInistry of Moment- like sekali page diorang ni... perlu! har har har


Mana nak cari MOM ni?


kat sini bro...


MINISTRY OF MOMENT ( MOM )


Level 8,
Retail Office Block
Pavillion KL,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : 03- 91710707

MINISTRY OF MOMENT ( MOM ) STUDIO


6-3A Velodrome Biz Park
Jalan Dataran Velodrome
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur


Email : admin@ministryofmoment.com
inquiry booking: inquiry@ministryofmoment.com


www. ministryofmoment.com



***********************************************************************************************************


Fuhhh... tinggi menggunung imaginasi aku... Nak pergi Bali punya pasal.. hah Bali? yes.. Bali bro...



Kau orang semua kena vote aku... kena hantar aku pergi Bali sana tu... Berbekalkan kamera DSLR yg aku beli sampai habis duit makan aku kat universiti tu, aku nak ambik gambar lawa lawa kat Bali sana tu, nanti kasi tunjuk kat Ahli Ministry Of Moment, mana tau ada kerja kosong ke kat sana.. kan bro bro sekalian? hehe


************************************************************************************************************
Best tak? cepat vote aku...


Macam mana nak vote? 


Like Page Ministry Of Moment ni kat Facebook, Klik sini


Lepas tu, pegi kat gambar header blog aku ni, Klik sini


Like gambar tu....

Pemenang dikira mengikut LIKE terbanyak...



Terima kasih u'olls





April 01, 2012

.: the satisfaction :.

Assalamualaikum...

Semalam tiba tiba aku bosan sebab apa entah. Bosan tu sampai tahap aku bukak google, aku search Google Image nama aku sendiri... Macam macam yg keluar... gambar bukan bukan pun banyak... macam celaka je.. tak masuk akal langsung... tolong lah jangan Google Image nama aku, mesti kau menyesal 3 minit...

Tengok gambar sendiri kat Google pun dah bosan, aku tutup Google, bukak nuffnang, website sharing sharing iklan kat blog aku ni... tengok earning aku dah berapa masyuk... macam biasa, kekal statik sampai ke usia tua... aku kecewa... tutup nuffnang tu...

Bukak twitter pulok... trending setiap hari bertukar tangan, tapi yg paling celakanya bila trending tu macam ni #DialogBilaJumpaEx... aku pun tak hingin la nak jumpa Ex aku tu... tak payah nak berdialog sangat la kan... ada orang tu bila jumpa Ex, mula lah nak kenang kisah kisah silam, kenangan manis kau dan aku, takkan terlupus, duri ranjau dalam bercinta, bla bla bla sha na na na na.... macam desperate sangat je kau ni? kan? har har har.. padan muka kau... okay, sila tutup twitter!

Facebook... jyeah... no comment... har har har

500px... website yg mana aku letak gambar gambar terbaik pada aku baq ang... pada pandangan mata aku je lah, mata kau mana lah aku tau kau menilai macam mana... sebenarnya dulu aku ada akaun Flickr, tau kan? tak tau? pergi Google sekarang!... Flickr tu satu je kelemahan dia, walaupun akaun aku free register, tapi bila sampai satu tahap, aku kena upgrade akaun aku jadi lebih bertenaga untuk terima gambar gambar yg lebih hebat.... so, aku beralih arah ke 500px... nampak macam banyak sangat je sampai 500.. apesal tak letak 24px ke, 118px ke... kan lagi ohsem..

Paling aku suka, bukak blog, update blog tapi tak pernah abes masa tu jugak.. biasanya kalau update blog, akan masuk dalam draft dulu, esok lusa atau minggu depan baru aku publish... nampak kan pemalas aku ni?

Last sekali, aku bukak youtube, dengar lagu... aku pemalas gila nak download lagu... bukak youtube je senang, dengar, hayati, dan pahamkan.. dah abes tutup je lah... kenapa last sekali aku bukak youtube? sebab bila dah abes dengar satu lagu, aku bukak movie, ancient Chinese punya martial arts... mantap.. berbaloi aku bayar kat streamyx tiap tiap bulan, tengok movie kat youtube tanpa buffering baq ang! setakat jackie chan, jet li, donnie yen, andy lau semua tu, semua aku kenal, cuma mereka mereka tu je yg tak kenal aku... har har har...

Aku habiskan masa berjam jam depan laptop aku ni, bukak semua website yg aku rasa best, boleh improve diri sendiri secara tak langsung kau tambah ilmu kat dada kau , tak kisah la dada kecik ke, dada besar ke, ilmu ku dapat sama je.. aku dapat kepuasan... kepuasan yg sejati... abadi... bole mati... mati kalau 24/7 duduk depan laptop je...

Jangan lah risau sangat kalau kau takde makwe atau pakwe, sekarang ni, internet segala-galanya... kau dapat kepuasan... best!

.: ini bukan racist :.

Assalamualaikum...

Semalam aku ada borak borak dengan sorang member aku... dia cina.. hensem.. kaya..bergaya sekali..
Dia belajar kat kolej swasta kat Pulau Pinang baq ang ni... Yelah, kaya kan, masuk je lah kolej swasta, kalau masuk ipta, nanti duit banyak banyak tu tak tau nak buat apa pulak...

Aku borak borak pasal life dia kat kolej tu... memang kaw kaw punye lah nak survive kat sana tu... masa belajar susah, nak exam lagi susah... kalau ada repeat paper, kena bayar ratus ratus untuk satu paper dan kena repeat balik sem... kalau ada 3,4 paper yg repeat, tak ke ribu ribu nak kena bayar?  kalau jenis yg nak habis cepat, tengah tengah exam untuk sem ni, esoknya dah start kelas sem baru, lusa pulak exam second paper... macam orang gila kan?

Cuba kau bayangkan, sem satu, kau amik 5,6 paper straight , lepas tu kau failed 4 paper, sem depan nak amik lagi 3,4 paper, campur dengan 4 paper yg kau failed tu, nak kena cover balik pointer kau lagi... baik kau pergi tolong bapak kau jual top up, daripada kau habiskan duit dia kat benda yg kau sia sia kan...

Tiba tiba aku tanya soalan yg aku rasa tak payah tanya pun takpe, tapi aku nak tanya jugak... lantak arh, nak jugak nak jugak *(sambil hentak kaki)... aku tanya kat dia, student melayu ramai tak belajar kat kolej tu, dia jawab, melayu ramai, tapi yg Islam sikit... hah! kau sentap tak dengar jawapan dia tu? mestilah sentap, kau kan melayu kafir, kira mix la tu... masa lahir kau Islam, kau membesar pun dalam keluarga Islam, tapi bila kau dah besar, nak sangat jadi kafir laknat...tapi  takpe, aku tak salahkan kau pun, kau bukan nak semua tu jadi kat kau pun kan... tu lah namanya hidup... kau paham?
har har har.. padan muka kau sentap gila kan...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang