nak menang keris model baru? klik sini.

February 29, 2012

.: 27022012 :.

Assalamualaikum....

aku dah officially 22 tahun... Alhamdulillah... masih diberi peluang untuk meneruskan sisa sisa hidup yg lemah ini... sempena 27 febuari yg lepas, aku cukup 22 tahun... supaya hidup aku menjadi lebih bermakna dengan bertemankan family tersayang.. har har har..

Minggu ni aku start test, next week final exang pulok... so, aku kasi blog ni tido kejap... nanti dah balik cuti, aku kejut balik... hehe

Lagipun aku malas nak taip taip sambil hafal formula.. rasa macam hebat sangat la pulak buat 2 kerja dalam satu masa.. tanak la tunjuk sangat hebat tu... riak takbur pulak nanti kan.. okay, aku bergurau je... itu gurauan sempena 22 tahun ni.. kena la advanced sikit kan, takkan nak duduk kat takuk lama lagi...

kbai~

February 24, 2012

.: mereka sama sahaja :.

Assalamualaikum....

Kau nak tau siapa yg sama?

Perempuan Islam yg free hair dengan lelaki Islam yg hisap rokok...

kenapa?

Perempuan Islam diwajibkan bertudung dan sekaligus diwajibkan menutup aurat daripada pandangan orang bukan muhrim... Tidak menutup aurat itu adalah satu dosa... Walaupun ia hanya dosa kecil, tapi sekecil kecil dosa mampu untuk membinasakan kita kat akhirat nanti...

Kau dah tau free hair tu dosa, kau tetap buat jugak kan... alasan kau, belum bersedia nak bertudung, belum dapat hidayah, sekarang ni muda lagi, dan banyak lagi alasan yg kau bagi... bagus... lagi banyak alasan kau bagi, lagi bertepek tepek la dosa kat kau...

Kau tau tak... selagi kau free hair, selagi tu lah kau heret bapak kau masuk neraka... kau buktikan kat semua orang yg bapak kau tak berjaya mendidik kau jadi anak yg soleh... suka kan?

Lelaki Islam juga diwajibkan menutup aurat... sama macam Perempuan Islam... tapi lelaki ni tambah lagi satu masalah... hisap rokok... baru baru ni jugak, tapi takdelah baru sangat, fatwa dah dikeluarkan, merokok itu haram... sebabnya? benda benda yg memudaratkan kesihatan itu haram... bila kau hisap rokok, kau memudaratkan diri kau sendiri, kau bagi jantung kau sakit, paru paru kau, banyak lagi lah organ organ badan kau akan sakit... mula mula hisap memang kau tak nampak, tapi kesannya kau akan rasa masa kau dah tua nanti.. itu pun kalau kau sempat tua lah, kalau muda muda lagi ajal kau dah sampai, bye bye lah bang!...

Kau tau haram ? masa tengah buat dosa, kau tak reti sebut haram, tapi bila nampak member kau sendiri minum arak, reti pulak kau sebut haram kan? kau jangan nak terasa sebab benda tu kau buat dan kau tau haram...

Aku sendiri hisap rokok... aku harap lepas aku share benda ni, aku boleh berhenti hisap rokok... haram... berdosa...

Walaupun kau selalu buat dosa, tapi sekurang kurangnya kau sedar diri nak kurangkan dosa tu, kalau kau start pakai tudung dan tutup aurat yg lain, dan kau berhenti rokok, dosa untuk tu, dah takde kat kau... lepas ni kau boleh fokus nak kurangkan dosa yg lain lain pulak...

Bukan mahal sangat pon tudung tu...

Kan boleh jadi kaya kalau kau tak beli rokok...

*pasal dosa tu kecik atau besar, kalau aku ada salah, tolong betulkan...

terima kasih...








February 22, 2012

.: cuci muka :.

Assalamualaikum...

Semalam aku pergi Watson, ya.. watson, tempat jual barang barang kesihatan serta kecantikan serta juga perhiasan diri seperti minyak rambut mahal, perfume mahal, cuci muka mahal mahal, dan semuanya mahal mahal belaka... termasuklah air mineral yg kalau kat kedai runcit biasanya dijual pada harga RM 1 dan di watson akan jual RM1.50.. mahal kan...

Aku masuk dengan kaki kanan, terus menuju ke area barang barang cuci muka yg mahal mahal baq ang!... tiba tiba aku jadi noob pulak nak pilih cuci muka apa paling baik untuk kasi bersih muka aku dari sebarang anasir anasir negatif... dah 15 minit aku belek belek, aku give up, aku pergi tanya akak promoter tu, mungkin dia lebih arif pasal cuci muka ni walaupun nama aku sendiri arif, tapi aku kurang arif bab bab kecantikan wajah ni...

" kak kak, cuci muka mana ek, kalau saya pakai, boleh bersihkan muka saya ni?"

" ermmm... pernah try guna Garnia Men? "

" belom lagi kak, bagus ke yg tu?"

" setakat ni ramai yg bagi feedback cakap okay je yg tu"

" kalau tak okay jugak macam mana kak?"

" dik, lagi bagus kalau adik lebihkan wuduk daripada cuci muka yg mahal mahal ni dik"

"???"

" akak main main aje.... hahahah"

Terus aku balik, keluar kedai kaki kiri, tak jadi beli apa apa, balik terus sembahyang zohor...

February 21, 2012

.: we go to the second level :.

Assalamualaikum.... 

Sekadar nak berkongsi bakat dan memajukan diri sendiri,
mencari idea serta menuntut ilmu fotografi yg tak ternilai hasilnya,
mencari kesempurnaan dalam setiap segi fotografi, 
mempelajari setiap teknik yg ada, mencuba serta mengolah
menggunakan bakat sendiri yg tak seberapa ni...




Kenapa perlu ada sifat dengki mendengki antara satu sama lain,
biarlah kalau gambar kau tak sehebat mana pun, janji itu
hasil dari diri kau sendiri, kau tak plagiat hasil orang,
kau tak ciplak idea orang, kau tak kutuk orang lain pun..
kau bagus, kau berani, kau kental baq ang! 
memang, aku pun baru je masuk bidang ni,
ilmu yg aku ada baru 10%, tapi aku senang berkongsi
dengan orang lain, kongsi ilmu yg aku ada
walaupun sikit, tapi besar impaknya daripada kau
tak tahu lansung kan? tak ea? okay, sukati kau..
kau simpan ilmu tu, kau kedekut, kau boleh mampus
tak kemana pun kau nanti...

tapi, kalau kau tiba tiba datang nak turun ilmu,
meh sini meh
...


Gambar macam ni aku baru je belajar macam mana nak dapatkan
olahan 'High Dynamic Range'.. tapi yg ni belum jadi lagi sebenarnya,
banyak lagi yg aku kena baiki...


sekian terima kasih...

February 10, 2012

.: hidup tak pernah puas :.

Assalamualaikum...


Lumrah la kan hidup ni... kalau ada seringgit , mesti nak 2 ringgit punya lah... kalau ada kasut sebelah, mesti nak yg sebelah lagi... kalau ada kertas , mesti nak pen dan liquid paper... memang semua orang tak pernah puas dengan apa yg diorang ada... kau pun sama kan? aku tau sebab aku tak rasa puas lagi dengan apa yg aku ada... 

Semalam aku beli nasi goreng sebab aku lapar sangat... dapat nasi goreng pon jadilah, boleh hilangkan lapar ni... tengah tengah makan nasi goreng tu.. ermm... kalau ada telur goreng pon cun jugak ni... aku goreng telur dadar sebijik.... *pfffttttt (bunyi telur dadar masuk dalam pinggan) makan lagi 2,3 suap , eh, letak sos sikit la kat telur ni.. sedapnyaa... errr... kan best kalau ada ayam goreng... aku amik ayam goreng bawah tudung saji, mana datang ayam goreng tu pon aku tak tau... nyum..nyum.... ayam banyak lagi ni.. nasi dah nak habis, tambah nasi la sikit... nasi pulak terlebih, ayam dah nak habis ni, telur pon dah tinggal sikit, goreng lagi sebijik la telur... eh, ada ayam lagi seketul , aku pon tak tau mana datang ayam lagi seketul tu... 

Nampak kan? aku sendiri tak pernah puas apa yg aku ada, semua manusia sama je , jangan cakap tak, sebab dah ramai aku jumpa manusia manusia macam aku ni.... tak puas!

Ingat, kepuasan tak bergantung pada kebesaran, ia bergantung pada tumbesaran... tak paham? tu lah, kecik kecik tanak mampos, dah besar lembab pulak.. hahahah!

.: senang :.

Assalamualaikum.....

Kau tau tak, takde benda kat dunia ni yg senang? tau tak? tak kan? tu lah, mak kau hantar pergi sekolah, kau ponteng, pergi lepak kat CC main game online bodo tu sambil makan twisties... Twisties tu pun kau hutang sebab kedai tu member kau yg jaga... Loser!

Mana ada benda yg senang... semua susah... nak makan, memang lah nampak macam senang, tapi makanan tu kau kena beli, beli mesti guna duit, duit mana nak dapat? takde duit tak boleh beli makanan... nak cari duit punya lah susah, nak kena kerja, kena usaha, baru boleh dapat duit.... kau ingat senang senang je ke orang nak bagi kau duit? keluar rumah, baru jalan 2, 3 tapak, tiba tiba ada pakcik hulur kau seribu...eh, bukan seribu duit Saidina lah, duit betul... ada macam tu? takde kan.. haaaa

Kalau cakap pasal duit, kau memang tak kesah sangat la kan... duduk rumah goyang kaki, bapak kau bagi duit, goyang kaki lagi, mak kau pulak bagi duit, goyang kaki lagi, papppp! kena tetak kat dahi sebab mak bapak kau pun sedar diri yg kau tu asyik keje mintak duit je, belajar malas, kerja malas, habiskan duit je yg rajin... Mak bapak kau kaya takpelah, hari ni dapat seratus, malam nanti dah habis, esok mintak lagi seratus, malam esok habis, lusa mintak lagi , habis je terus mintak, bila mintak je terus dapat , eh, mak bapak kau tu jenis apa hah? sehari je kau boleh habiskan seratus... nak mampos ea?

Setiap hari kau dapat seratus, tapi bila sampai time belajar? haram.... Belajar? kau ingat senang jugak ke macam mak bapak kau bagi seratus setiap hari tu? Belajar ni susah tau tak... kau kena tau kenapa mak bapak kau hantar kau masuk tadika dulu, bukan daftar kan kau terus kat uitm... kau kena amik tau semua tu... kau kena lalui pembelajaran zaman kanak kanak kau, zaman budak budak, zaman remaja, zaman golongan belia, err yg macam Belia Benci Dadah tu, last sekali zaman abang abang... err maksudnya zaman kau dah nak grad tu lah... bukannya senang tau tak! haaaa marah ni.. nampak tak ada tanda seru tadi... ! ! ! haaaa...

Hidup ni tak semuanya mudah, semua perlukan usaha dan pengorbanan , jangan risau, kau takkan terkorban selagi kau berusaha keras sekeras keras bapok di tepi jalan, kau mampu nak ubah nasib hidup kau kalau kau usaha nak ubah nasib diri kau sendiri.... tengok, senang je kan? har har har

February 03, 2012

.: a heart without blood :.

Assalamualaikum....

Kau ada Heart ? bentuk heart macam ni  ------>  [ <3 ] bentuk ni lah yg aku pikir dari kecik sampai sekolah rendah darjah 4 yg bentuk heart macam tu

Masa aku belajar kelas sains , cikgu panggil nama aku suruh aku tunjukkan yg mana satu heart kat bahagian badan manusia.. err.. kau mesti ada masuk makmal sains yg ade patung dah siap kena bedah sebab nak tunjukkan organ dalaman manusia kan?  okay, kat patung tu lah aku kena tunjukkan kat kawan kawan kelas aku, heart yg mana satu.... puas aku belek belek patung tu , aku macam tak jumpa pulak mana heart manusia... Last last, aku mintak kebenaran kat cikgu , aku cakp aku nak lukis heart tu, sebab aku tak jumpa kat patung tu...  aku pun lukis la bentuk heart tu....




tadaaaaa......





Semua orang gelak kan aku sebab diorang ingat aku ada affair dengan cikgu tu... baru darjah 4 kot , apa itu 69 pun aku tak tau... seminggu aku masuk kelas jadi orang bisu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang