nak menang keris model baru? klik sini.

January 30, 2012

.: Belum lagi :.

Assalamualaikum....


it just a beginning... 
i can hope, but i can't be there
if someones has taken it earlier
i just put a word deep in my heart
'Be Patient'
and i know, Allah loves people who patient

the love story is just like in wonderland
you play with it, you enjoy and you have fun
 it will not stay longer but
 if you create it in your heart
it will last longer and forever
be strong arif zakwan, you will never loose!


January 26, 2012

.: perasaan itu datang dan pergi :.

Assalamualaikum....


i am speechless about feeling
there's nothing i can do except
pray for my best... only my best..
thank you... 

January 22, 2012

.: meow :.

Assalamualaikum....

" takkan kucing nak menjerit kalau kau tak pijak ekor dia "

" kalau takde angin , takkan pokok boleh bergoyang "
tanya sama pokok.... lalalalala~

" kalau kau tak malas , mesti kau boleh dapat anugerah naib canselor "

" kalau kau tak ugut Datuk Najib , takkan polis cari kau "

" kalau tak dapat baucer RM 200 , macam mana nak beli buku "


Nampak kan? apa je yg jadi mesti ada sebab... walaupun kau tahu itu adalah Qada' serta Qadar dari Allah, tapi Allah menjadikan satu sebab untuk sesuatu itu berlaku.... kalau takde sebab, kang mula lah, masing masing update blog cakap " agenda illuminati " lah, pastu ada yg semangat kol Harian Metro suruh datang rumah sebab " ada benda ajaib berlaku pada petang semalam di kampung saya " lepas tu esok pulak keluar kat youtube " ajaib PARODY" dangggg! boleh pengsan dowh...

semua yg berlaku ada hikmahnya

Pernah tak kau sematkan ayat ni kat lubuk hati kau yg dalam dalam tu? mesti jarang jarang je kan... aku tau.. aku pun manusia biasa macam kau jugak... yg tak pernah sematkan ayat tu kat lubuk hati aku yg dalam dalam ni...

Biasa lah manusia macam kau... tak kena lagi, memang takde hikmah kau dapat... kang kalau dah kena, hambek kau ayat tu , berjoget joget kat lubuk hati kau yg dalam dalam tu... sedap kan?

Kau tak payah nak risau risau sangat lah.... apa yg jadi semua tu ada hikmah tersendiri... jangan dok kalut kalut nak KB MALL untuk bunuh diri, just let it go and follow the flow...
Allah tak suka hambaNYA tidak berusaha.... usaha itu tangga kejayaan... nak berumah tangga pun kira usaha jugak, kalau dah berjaya berumah tangga, kira dah dapat kejayaan lah tu.... kan?

sengal lah kau~

January 19, 2012

.: Terima Kasih Datuk Najib :.


Assalamualaikum....
dengan ini aku nak bagitau yg aku dan kawan kawan aku
dah gunakan baucar 1 Malaysia yg Datuk Najib bagi tu
dengan telus dan bijaksana baq ang!
Seorang pelajar dapat RM 200 untuk beli buku ,
buku buku ilmiah dan alat tulis..
ada student student yg bangang pergi jual baucar tu,
jual kat Mudah.my pulak tu...
kalau lah Datuk Najib dapat tau, mesti dia sedih...
penat penat kerja jadi perdana menteri nak cari duit, 
nak bagi kat anak anak bangsa Malaysia ni, 
suruh semangat sikit belajar, berjaya boleh jadi macam dia,
har har har

Apa apa pun, terima kasih atas bantuan yg tak seberapa ni,
kami sangat sangat puas hati...

harap harap tahun depan punya bajet, 
bukan dapat 200 hengget, tapi
dapat masa setengah jam, boleh amik apa apa je
kat dalam Popular Bookstore PERCUMA! kan best..
kan Datuk kan? main Golf ea esok petang.. 
yepiiiiiii!



January 17, 2012

January 09, 2012

.: sempurna :.

Assalamualaikum....

Kau perasan tak entri aku yg sebelum ni pasal fotografi? perasan tak? tak perasan? yelah, kau perasan kau sorang je yg comel kan... its okay... aku consider sikit... hari ni nak bercerita pulak... malas nak edit edit gambar, bukan apa, penat lah nak bermain dengan teknologi menipu tu... rasa macam buat dosa overtime je...

Kau tau tak yg takde siapa pun yg sempurna dalam dunia ni? walaupun kau orang kaya, ada rumah besar sebelah ada swimming pool, kereta bapak punya banyak, bini kau lawa habis, tapi kau takde anak.. tak sempurna kan hidup? nak contoh lagi? okay... ermmm... walaupun kau anak orang kaya, nak apa je semua dapat, dapat belajar kat oversea sana tu walaupun hanya Indonesia, tapi muka kau pecah tade seorang awek pon nak kat kau even awek tu muka macam amah orang gaji kat Malaysia ni.. tak sempurna kan? haaaa....

nak contoh lagi ke? tengok lah diri kau sendiri... kan senang~

Aku sendiri pun sedar yg diri aku takdelah sempurna mana pun, cuma aku bersyukur dikurniakan keluarga dan kawan yg sentiasa ade dengan aku dan sokong aku... kau ada? mesti ada jugak kan? huntunglah kau... brrrr~

Bila rasa diri sendiri pun dah tak sempurna, tak payah la nak mimpi cari pasangan yg sempurna sangat sangat sebab sempurna macam mana pun dia, ada sikit kecacatan yg kau akan jumpa satu masa nanti... itu yg kau cakap sempurna? boleh jalan laju laju lah...



cuma kau kena tahu satu je, manusia ini adalah makhluk yg sesempurna kejadian tahu!

January 07, 2012

.: mani mani manipulation :.


Alhamdulillah....
Dengan ber tema kan 'idea datang bergolek' serta 
'bosan tekan kalkulator jawab soalan past year'
aku hasilkan seni yg kurang menjadi ni
nah hambek kau!
pheewwww~



okay... jujur dari hati yg hancur ni, aku sendiri tak puas hati lagi dengan hasil
kerja budak engineering ni... apa yg aku tak puas hati ada 3 bahagian ;

1. bahagian mata
2. dahi
3. cara pancutan air tu keluar

tapi yelah kan... tahap aku sekarang mungkin sampai situ sahaja..
banyak lagi yg aku kena perbaiki lepas ni... nice kan aku?
ada jugaklah rasa nak perbaiki diri... hahaha


perbezaan gambar asal dengan lepas edit.

kepada abam abam photografi + editing + mani mani manipulasi
sila komen serta beri tunjuk ajar yg se molek molek nya lah kan..
kan nice kalau berkongsi ilmu.. keh3..

challlooooo~

January 06, 2012

.: dunia ini sederhana kecil :.


Hasil daripada pemerhatian aku , aku perhati betu betul, aku usha habis habis
akhirnya aku dapat... bukan macam budak budak baru nak up tu, duduk
tepi tembok, usha awek lurah belah belah jalan kangkang, lepas tu
suwit macam awek tu tikus mondok je kan...

Kota Iskandar 
in Planet effect


Location : Kota Iskandar, Iskandar Malaysia, Johor Bahru, Johor

January 05, 2012

.: Kota Iskandar :.


Alhamdulillah... masa cuti aku tak terbuang macam orang orang bangang
pergi lepak kat tepi tepi shopping complex lepas tu hisap rokok
berbatang batang sambil korek hidung lepas tu selet kat tembok.

Introducing...
Iskandar Malaysia
freshly born in the middle of hectic city of
Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim

nak tengok yg lebih clear sila klik link kat bawah ni
kalau tak clear jugak, sapu muka kau
dengan air yassin










.: 2012 :.

Assalamualaikum....

Selamat ber Dua Ribu Dua Belas semua

Selamat Tahun Baru... 2012 ye dak? hah... baik baik sikit dengan tahun ni... jangan tahyul sangat lah nak percaya cerita cerita kafir laknat tu , apa, world ends in 2012 kan?  hah... aku tau grammar aku tak hebat macam kau, aku pon tak sure la end ke ends... macam same je... tak kena pergi mahkamah pon kalau salah  kan? kira ok la ni daripada kau malu sangat nak tulis english sebab takut salah... takut kat Allah je sudah...

Baru aku sedar dah lambat nak wish tahun baru ni... tapi apa aku kisah, lambat wish pun, tapi sembahyang jangan lambat sudah,, ye dak? ok itu sweet talker namanya..

Apa azam kau tahun ni? 
ni lah soalan paling bodoh pernah aku dengar... dari aku belum lahir, sampai aku dah lahir, soalan yg sama je kau tanya kan? azam kau macam mana pulak? asyik dok tanya tanya orang je, kau ada azam ke hah? segelintir gadis gadis urban howt nak buat kelakar kat fesbuk bagitau yg tahun ni azam nak cari boyfriend nama Azam.. itu shit ok? kau tau orang yg nama Azam ni adalah seorang yg determined, resolved... erm... kau tau ke nak translate makna makna bahasa illuminati ni? kau kan hebat speaking wahai gadis gadis howt urban...  kau cari Agama kau dulu baru boleh cari boyfriend nama Azam.. paham?

Apa azam kau tahun ni?
kau tanya lagi azam tahun baru? ok, aku considered sikit lah... azam tahun lepas kau dah tercapai? berapa banyak duit jantan kau dah kebas? tu azam kau 3 tahun dulu kan? dah cukup belom nak buat pergi haji? belom kan? takpe, dewasa kini, berlambak jantan jantan tua ganyut yg kaya raya... kau bole goda diorang lepas tu kaut untung juta juta... itu azam kau kan? fine...

Apa azam kau tahun ni?
kau nak tanya lagi soalan bangang ni? ok.. bak sini muka kau... aku tolong cerminkan... ke nak aku pakaikan kau telekung? ke memang azam tahun baru nak start pakai telekung? ok, itu sangat nice bagi aku... kau memang bagus... yelah, kau kan howt, hebat, sentap lagi tu...

Apa dia? nak berhenti rokok sempena tahun 2012 ni? kan bagus kalau 2011 lagi kau dah berhenti , kan lebih nice bakal mak mertua kau pandang kau... rase secure jugak lah dia, takyah susah susah nak kesian kat anak perempuan dia yg muda muda dah jadi janda tu kan... nanti bila dah jadi janda, habis semua tudung tah kemana, baju pun dah macam budak budak lepak kat central market tu cari customer.. kan susah...
nak senang? cari je laki yg tak smoking, duit tu boleh kau buat beli handbag kan...


kan lebih baik kau tadah tangan mohon kat Allah, bersyukur kau masih mampu baca blog aku ni pada tahun baru yg mulia ni... selamat mencapai azam azam haprak kau tu...

January 01, 2012

.: abang mithali :.

Assalamualaikum....

2 , 3 hari yg lepas masa aku tengah cuti midsem, adik aku sorang ni demam... sebab dia demam adalah kerana dia kerja kat jusco taman U , JB,, kau tau kat mana? tempat kau ada jusco? ada jugak ke? perghhh hebat lah tempat kau... ok, sambung balik... dia sebenarnya baru je start keje semalam, then aku bawak la dia pergi klinik, jumpa doktor, lepas tu doktor tanya kenapa demam, aku bagitau la yg dia kerja macam nak gila... kau tau, hebatnya adik aku ni, kerja baru sehari, dapat MC 2 hari... hahaha... doktor dengan aku gelak guling guling dalam klinik tu.. nasib baik staff dia tak guling guling sekali...

Untuk menunjukkan yg aku ni seorang abang ngah yg mithali , aku pun pergi lah kedai makan nak belikan adik aku ni nasi ayam , nak suruh dia makan sebelum dia makan ubat... dalam masa kelam kabut tu, aku terus keluar naik motor... bawak laju ni.... tapi berhemah tu masih ada dalam jiwa aku.... dah sampai kedai tu, aku order la nasi ayam satu bungkus...

Brader yg jaga kedai tu usha aku atas bawah atas bawah je... lepas tu dia tanya ,

" bro, lu ada duit x?"

lahhhh apesal dia tanya aku macam tu...

"kalau lu takde duit, nasi ayam pun takdelah untuk lu"

aku semakin pelik dan tak tentu arah...

hati semakin panas.... aku mula tinggikan suara...

lepas tu dia cakap

" tengok lu ni selipar kiri lain, kanan lain , gua risau la mana tau lu ni datang nak mintak nasi free ke"

hahahah bangang kuasa dua! sumpah aku malu gila... aku tak perasan yg masa kelam kabut naik motor tadi aku sarung selipar lain lain... sebelah selipar aku, sebelah lagi selipar bapak aku... nice bukan?
abang mithali ..... hurmmmmm ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang