nak menang keris model baru? klik sini.

April 27, 2012

.: Wanita kena berjaya :.

Assalamualaikum....

Kalau kau tengok zaman sekarang ni , ramai perempuan dah berjaya dan bekerjaya... Tapi bukan senang nak terus berjaya, mereka mula dari bawah... Mula mula mereka ambik UPSR , score 5A , lepas tu mintak masuk sekolah asrama penuh... Kalau lelaki , tak nak score langsung sebab lelaki akan cakap, score cemerlang macam mana pun , memang takkan dapat masuk asrama penuh sebab asrama tu dah penuh, macam mana nak masuk... Sempit, nanti tak selesa nak belajar... Ni lah lelaki... Terang terang bangang... nasib baik 2,3 orang je yg macam tu...

Lepas dah masuk sekolah asrama tu, mereka pulun lagi study macam nak gila, ambik PMR pulak, dapat 8A , mintak sekolah asrama yg lagi penuh, tak kesah la sempit ke, janji penuh... Masa tu masing masing dah besar, dah mula bernafsu , dah pandai nak cari cari jodoh... Bila kena tangkap dengan ustaz, kasi alasan dating + study hard sama sama... Ustaz tanya, " kalau study hard sama sama memang kena gesel gesel kaki sama sama ke? " Ustaz jeles sebenarnya...

Bila dapat result SPM, kau yg perempuan tu berjaya, yg lelaki tu kurang berjaya sebab gesel lebih sangat masa study tu... Perempuan terus isi borang nak masuk universiti , yg lelaki chill je, rilex habis , tunggu offer sampai sendiri... Kalau ade rezeki, masuk lah universiti, kalau takde, nak buat macam mana, mungkin rezeki kat tempat lain... sumpah bangang... usaha takde, ikhtiar takde, tau tau nak tunggu offer sambung belajar sampai sendiri kat rumah... lepas tu nak sembang pasal rezeki dari Allah... mati plisss....

Bila perempuan dah masuk universiti , yg lelaki pun dapat masuk universiti , rezeki lah katakan... Belajar 2,3,4 tahun, yg lelaki dan perempuan dapat bawak balik degree , tunjuk kat mak bapak kasi kembang hidung mak bapak keliling kampung kasi tau kat semua orang yg anak dia dah berjaya... siap buat kenduri kesyukuran , tumbang la 2,3 ekor lembu , orang kampung suka la , makan free.... yeayyy!

Ok, tiba tiba dah kerja... aku malas nak cerita time mintak kerja tu... panjang sangat... dah kerja, masing masing dapat gaji besar besar , best... ada duit, beli kereta, henpon baru, pergi holiday... macam macam boleh buat kalau banyak duit... agak agak duit simpanan dah cukup, kawen terus... habis cerita.... bestnya kawen...

Tiba tiba, jodoh tak panjang rupanya, bercerai berai... talak satu mungkin... si lelaki main kayu 3, men 2 kan si perempuan , kahwin lagi 1 rupanya...nampak tak aku susun turutan nombor tu? tak nampak? takpe , abaikan je... aku paham... Yg perempuan kena cerai tu sedih kejap je , lepas tu boleh happy balik sebab still ada duit gaji yg banyak tu untuk tampung hidup sendiri... dan anak anak...

Cuba kau bayangkan , kalau perempuan tu tak berjaya dalam tuntutan ilmu akademik dulu, macam mana dia nak dapat kerja yg best best yg gaji besar besar untuk dia bayar kereta, beli susu anak, yuran sekolah anak, ubat ubat kalau anak anak sakit , tu kalau anak sorang, kalau ada 2,3 orang yg masih sekolah... nak beli barang barang dapur lagi, bayar bil astro, unifi, api air lagi... Kalau setakat kerja cashier kat giant tu, lepas la untuk kau sorang je, anak anak kau macam mana? takkan nak hantar pergi rumah kebajikan kot... ape punya mak lah kau ni...

Janganlah kau pikir nak harapkan jodoh kau je yg tampung semuanya, at least kau kena tau macam mana nak survive kalau kes kes macam ni jadi kat kau... Dari sekarang kena mula.. ok, Ready, Set, Go... !

Senang macam mana pun, anak anak jangan diabai.. kbai...



3 comments:

Zakia said...

aku setuju sangat3!

Puteri Erynne said...

eleh.dia pon 10 x 10 jer

Puteri Erynne said...

adik rindu angah... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang