nak menang keris model baru? klik sini.

April 16, 2012

.: pelajar asing cuba apply masuk UiTM :.

Assalamualaikum....

Kau sebagai pelajar UiTM tegar kat Malaysia ni mesti terkejut kan kalau tiba tiba ada warga asing atau dengan kata lain, warga yg bukan dari jenis jenis Melayu cuba untuk memohon masuk UiTM... Seperti sedia maklum, dan semua orang tau bahawa UiTM hanya akan terima pelajar pelajar yg berbangsa melayu serta bumiputera dari Sabah dan Sarawak sahaja...

Pagi tadi aku hantar adik lelaki aku yg baru lepas Spm tu pergi interview untuk masuk UiTM... Dia dapat buat program diploma Ukur Bangunan... tapi tu cuma interview je, belum confirm dapat lagi... result Spm dia? tak payah tanya la, sebab aritu ada budak ni tanya aku pasal result Spm adik aku tu, seminggu dia tak berani keluar rumah... so, kau tak payah tanya... har har har...

Okay, interview tu berlangsung kat UiTM kampus bandar raya Johor Bahru, dekat Larkin sana tu... kau tak tau Larkin kat mane? Loser giler kau ni... hew hew hew... Dalam surat panggil interview tu, pihak UiTM suruh datang pukul 8.30 pagi... Bila sampai sana, dah pukul 9 pagi pun, satu hape tak start lagi... Aku sebagai pelajar UiTM berasa sangat malu dengan adik aku yg bakal masuk UiTM ni sebab tengok pengurusan yg tak berapa nak cantik... Nanti apa pandangan dia kat UiTM ni... Aku pujuk dia elok elok, aku cakap UiTM ni best... kang kalau dia pilih KLMU ke, MAHSA college ke, takpun SEGI college ke, lagi aku tanak mengaku dia adik.. kan susah... har har har... UiTM kata nak mengubah destini anak bangsa... kan bro?

Bila sampai je turn adik aku nak masuk bilik interview tu, adik aku bangun terus bukak pintu bilik interview tu... masa dia bukak pintu bilik tu, aku dengar suara dari dalam bilik interview tu ;


" Kami pihak UiTM cuma terima calon calon Melayu je dik "

" saya melayu la ni bang, kenapa, muka saya ada macam hero hindustan ke? hik hik hik "

" muka tu taklah dik, perasannye kau ni.. tapi rambut awak tu kuning.. kita melayu melayu yg hidup kat Malaysia ni semua beranak rambut kaler hitam je dik "


Mesti kau segan kan... Padan muka kau.... Kau pergi balik, buang yg kuning kuning tu, kasi jadi melayu sikit, lepas tu baru pergi mintak nak masuk UiTM.. Kalau tanak, try la apply KLMU ke, dorang tak kisah sangat kaler rambut ni, yg penting, kau mampu nak makan nasi lauk ayam goreng dengan air sirap berharga RM10 sekali makan...





Puas hati aku.... dah la mamat tu kerek giler pagi tadi, siap sembang dengan mak dia cakap kalau adik tak lepas interview ni, adik nak sambung oversea je lah... pergi mampos muka kau setan.

1 comment:

Anonymous said...

It's very straightforward to find out any matter on web as compared to textbooks, as I found this post at this web site.

Feel free to visit my web page - How To Buy A Car
Take a look at my homepage :: buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang