nak menang keris model baru? klik sini.

April 05, 2012

.: Cerita Cinta Dalam Gambar :.

Assalamualaikum....


Bila cakap pasal kahwin , aku rasa macam... arghhh... pening pening... garu kepala, keluar kelemumur, bukan keluar jodoh pun... garu lagi kepala, boleh botak bai!


Masa tengah bercinta ni, semua best... Time aku belikan hadiah untuk tunang aku, tak berkira apa apa pun... semua beres je...bila dia request barang, aku cek wallet, cek resit bank tengok ada balance berapa lagi duit dalam bank... kalau cukup, terus pergi beli... kalau tak cukup, aku buat buat tidur walaupun masa tu tengah drive! har har har


Bukan tanak cakap pasal kahwin dengan dia, cuma, bila sebut je pasal kahwin, macam macam dia request...
Ada ke patut dia nak suruh aku jerit kuat kuat masa nak melamar dia... macam ni...


" SUDI TAK AWAK JADI ISTERI SAYA !!! " dengar tak aku jerit? hah? kau dengar? Gila!






Gila apa aku nak buat macam tu... hilang suara aku nanti masa nak akad nikah depan tok kadi.. grrr
Bisik bisik je tak boleh ke? macam ni...


" Pssttt... dah ready belum untuk malam ni? " hihihi...






Hah... takdelah nampak sangat nak menunjuk kan? Bukannya aku bisik bisik sambil jelir lidah kat telinga dia pun, tu cerita malam nanti lah.. makan sup lidah baq ang! har har har...


Haritu aku ada tanya tunang aku tu, nanti kalau buat majlis sanding, ramai ke orang dia nak jemput... Dia cakap takdelah ramai sangat, dalam 1000 orang cukup lah... Kalau boleh, separuh daripada tetamu tu mesti artis... Gila baq ang!






Tengok ni, Nora Danish.. aku memang kenal dia, tapi belum tentu dia kenal aku...Macam mana nak jemput..


Satu perangai pelik tunang aku ni, dia suka benda yg rare... Benda yg kau orang takkan jumpa kat mana mana... uptown, downtown, semua takde jual bro..! Dia mintak cincin sebijik je, tapi bekas cincin kena besar gila... sumpah aku tak tipu dia punya besar tu, macam boleh muat kedai cincin tu sekali...






Tu baru cincin... Pasal baju pengantin pulak... Dia cakap nak tempah kat pereka fesyen yg buat baju kahwin Ayu, bini Tomok tu... Siapa yg buat baju tu pun dia tak tau, lepas tu nak tempah kat orang tu... Takkan nak suruh aku Google jugak orang tu... google google google... grrrrr!
Katanya baju pengantin si Ayu tu ohsem sangat.. nak tengok? meh....






Ohsem baq ang! Siang buat baju pengantin, malam nanti boleh buat cadar tilam... Jimat duit aku...


Hantaran? Mestilah ribu ribu... Kau ingat kahwin ni macam beli char kuew toew ke harga RM 3.50 campur udang 3 ekor tu? Kalau macam tu, tiap tiap hari aku kahwin... siap tambah lagi... Baru RM 7.00.. har har har... Aku ingat tanak bawak cash la duit hantaran tu... risau jugak... takut terbeli top up masa on the way nak pergi rumah pengantin perempuan tu.. hahaha... Pakai cek lagi bernas... nampak kaya lagi bergaya...






Dah boleh kahwin? Belum lagi bai..! Sekarang ni tunang aku bising pasal makanan time majlis nanti pulak... Majlis kahwin orang melayu, standard la kan makan nasi minyak, ayam masak merah, daging masak beriyani, tambah sikit kuah dalca, campur sayur timun potong panjang panjang yg rasa dia manis tu, last sekali renjis sedikit sambal belacan... perghhhhh... balik balik rumah kenyang sampai esok...


Ni tak, nak yg special lain dari orang lain, nak buat kambing golek bagai bagai semua tu... bukan ke lebih senang makan kalau kambing tu dah siap masak rendang, tulang dah buang siap siap... Ni kalau time tu lah baru nak golek golek , nak buang tulang lagi, bila nak makan?


Kambing golek golek manja


Satu lagi menu istimewa yg menghabiskan duit aku....


Ayam golek golek bermadu
Bila tetamu semua dah siap makan, dah kenyang, perut semua dah maju ke depan, mesti nak tengok pengantin bersanding pulak kan... mesti punya lah... takkan datang makan je kot... dah la makan free, masuk lah kejap jenguk jenguk pengantin... tengok pengantin punya pelamin besar mana... besar macam ni boleh tak?






Aku fully confirm kalau pelamin aku macam ni, aku dapat kasih sayang yg sempurna dari bini aku sampai ke hembusan nafas yg terakhir... Gila kau dia tak sayang kalau dapat bersanding kat pelamin macam pintu gerbang masuk zoo ni... Takyah hias bunga banyak banyak, hati dia dah berbunga duduk kat pintu gerbang ni... kan sayang kan? 


" Tidur luar malam ni ! grrrr " 




Kau nak tau, tunang aku cakap, " tak payah nak berangan lah  bang ! belajar pun tak habis lagi, nak majlis grand grand je... err.. tunang? confirm ke ni bang? har har har "


***********************************************************************************************************



Sebenarnya gambar gambar tu semua aku ambik dari Ministry Of Moment... Kau tau Ministry Of Moment tu apa? 


MINISTRY OF MOMENT ( MOM )


Satu kumpulan 'photographer' yg menunjukkan minat dalam mengumpul gambar gambar yg menarik serta lain dari yg lain.. Maksud mengumpul disitu adalah dengan menangkap gambar menggunakan bakat dan skill yg dimiliki oleh mereka mereka yg terlibat dalam kumpulan MOM tersebut... Mereka ingin mengembara mencari ilham serta menikmati pemandangan menarik dan indah di sekeliling dunia, dengan hanya berbekalkan azam, dan kamera, mereka sanggup meredah benua untuk mendapatkan apa yg mereka idamkan...


Kumpulan MOM ini juga banyak merakamkan detik detik manis dan indah pasangan pengantin yg mana mereka ingin mengabadikan kenangan pada hari hari bersejarah seperti hari persandingan, pernikahan, pertunangan serta hari hari sebelum perkahwinan ( pre- wedding lah tu bai )  


Aku sendiri yg baru berjinak jinak dengan dunia kamera ni, boleh cakap yg MOM ni, antara yg 'the best' punya kerja... Aku suka tengok tone warna yg digunakan untuk edit gambar gambar kahwin... Angle pada setiap gambar pun menunjukkan yg MOM ni memangg banyak buat research pasal gambar gambar event..  Idea diorang ni pun boleh tahan hebat... Mencurah curah ke ladang gandum nampaknya... Aku salute hasil kerja MOM ni... Diorang ni ada terlibat dengan majlis perkahwinan beberapa artis tanah air, macam Tomok, Lisa Surihani, Umie Aida, dan banyak lagi... So, kalau ramai artis yg memilih MOM ni untuk merakamkan detik detik manis diorang, ternyata MOM ni punya hasil kerja sangat 'Awesome'...  


Kahwin sekali je bro seumur hidup.. tu pun kalau jodoh panjang, kalau jodoh Double, kahwin 2 la jawabnya... so, 2 kali la kena panggil MOM ni untuk ambik gambar kahwin kali ke 2 tu.. ye dak bro?


So, kalau kau ada rasa berminat nak tolong anak bangsa sendiri maju kehadapan, boleh lah usha usha hasil kerja MOM ni kat Facebook diorang.. -MInistry of Moment- like sekali page diorang ni... perlu! har har har


Mana nak cari MOM ni?


kat sini bro...


MINISTRY OF MOMENT ( MOM )


Level 8,
Retail Office Block
Pavillion KL,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : 03- 91710707

MINISTRY OF MOMENT ( MOM ) STUDIO


6-3A Velodrome Biz Park
Jalan Dataran Velodrome
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur


Email : admin@ministryofmoment.com
inquiry booking: inquiry@ministryofmoment.com


www. ministryofmoment.com



***********************************************************************************************************


Fuhhh... tinggi menggunung imaginasi aku... Nak pergi Bali punya pasal.. hah Bali? yes.. Bali bro...



Kau orang semua kena vote aku... kena hantar aku pergi Bali sana tu... Berbekalkan kamera DSLR yg aku beli sampai habis duit makan aku kat universiti tu, aku nak ambik gambar lawa lawa kat Bali sana tu, nanti kasi tunjuk kat Ahli Ministry Of Moment, mana tau ada kerja kosong ke kat sana.. kan bro bro sekalian? hehe


************************************************************************************************************
Best tak? cepat vote aku...


Macam mana nak vote? 


Like Page Ministry Of Moment ni kat Facebook, Klik sini


Lepas tu, pegi kat gambar header blog aku ni, Klik sini


Like gambar tu....

Pemenang dikira mengikut LIKE terbanyak...



Terima kasih u'olls





3 comments:

Synchanz_208 said...

steadylah arep....bila nk outing lg

Panglima Arep said...

hahaa... tggu aku balik penang ea bro... skrg tgah cuti balik jb.. 2 bulan tuu.. haha

Fitri said...

Salam, boleh tanya, macam mana nak belajar edit tone mcm Ministry of Moment, terutama mcm gambar kawin ella? Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang