nak menang keris model baru? klik sini.

February 10, 2012

.: senang :.

Assalamualaikum.....

Kau tau tak, takde benda kat dunia ni yg senang? tau tak? tak kan? tu lah, mak kau hantar pergi sekolah, kau ponteng, pergi lepak kat CC main game online bodo tu sambil makan twisties... Twisties tu pun kau hutang sebab kedai tu member kau yg jaga... Loser!

Mana ada benda yg senang... semua susah... nak makan, memang lah nampak macam senang, tapi makanan tu kau kena beli, beli mesti guna duit, duit mana nak dapat? takde duit tak boleh beli makanan... nak cari duit punya lah susah, nak kena kerja, kena usaha, baru boleh dapat duit.... kau ingat senang senang je ke orang nak bagi kau duit? keluar rumah, baru jalan 2, 3 tapak, tiba tiba ada pakcik hulur kau seribu...eh, bukan seribu duit Saidina lah, duit betul... ada macam tu? takde kan.. haaaa

Kalau cakap pasal duit, kau memang tak kesah sangat la kan... duduk rumah goyang kaki, bapak kau bagi duit, goyang kaki lagi, mak kau pulak bagi duit, goyang kaki lagi, papppp! kena tetak kat dahi sebab mak bapak kau pun sedar diri yg kau tu asyik keje mintak duit je, belajar malas, kerja malas, habiskan duit je yg rajin... Mak bapak kau kaya takpelah, hari ni dapat seratus, malam nanti dah habis, esok mintak lagi seratus, malam esok habis, lusa mintak lagi , habis je terus mintak, bila mintak je terus dapat , eh, mak bapak kau tu jenis apa hah? sehari je kau boleh habiskan seratus... nak mampos ea?

Setiap hari kau dapat seratus, tapi bila sampai time belajar? haram.... Belajar? kau ingat senang jugak ke macam mak bapak kau bagi seratus setiap hari tu? Belajar ni susah tau tak... kau kena tau kenapa mak bapak kau hantar kau masuk tadika dulu, bukan daftar kan kau terus kat uitm... kau kena amik tau semua tu... kau kena lalui pembelajaran zaman kanak kanak kau, zaman budak budak, zaman remaja, zaman golongan belia, err yg macam Belia Benci Dadah tu, last sekali zaman abang abang... err maksudnya zaman kau dah nak grad tu lah... bukannya senang tau tak! haaaa marah ni.. nampak tak ada tanda seru tadi... ! ! ! haaaa...

Hidup ni tak semuanya mudah, semua perlukan usaha dan pengorbanan , jangan risau, kau takkan terkorban selagi kau berusaha keras sekeras keras bapok di tepi jalan, kau mampu nak ubah nasib hidup kau kalau kau usaha nak ubah nasib diri kau sendiri.... tengok, senang je kan? har har har

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang