nak menang keris model baru? klik sini.

February 24, 2012

.: mereka sama sahaja :.

Assalamualaikum....

Kau nak tau siapa yg sama?

Perempuan Islam yg free hair dengan lelaki Islam yg hisap rokok...

kenapa?

Perempuan Islam diwajibkan bertudung dan sekaligus diwajibkan menutup aurat daripada pandangan orang bukan muhrim... Tidak menutup aurat itu adalah satu dosa... Walaupun ia hanya dosa kecil, tapi sekecil kecil dosa mampu untuk membinasakan kita kat akhirat nanti...

Kau dah tau free hair tu dosa, kau tetap buat jugak kan... alasan kau, belum bersedia nak bertudung, belum dapat hidayah, sekarang ni muda lagi, dan banyak lagi alasan yg kau bagi... bagus... lagi banyak alasan kau bagi, lagi bertepek tepek la dosa kat kau...

Kau tau tak... selagi kau free hair, selagi tu lah kau heret bapak kau masuk neraka... kau buktikan kat semua orang yg bapak kau tak berjaya mendidik kau jadi anak yg soleh... suka kan?

Lelaki Islam juga diwajibkan menutup aurat... sama macam Perempuan Islam... tapi lelaki ni tambah lagi satu masalah... hisap rokok... baru baru ni jugak, tapi takdelah baru sangat, fatwa dah dikeluarkan, merokok itu haram... sebabnya? benda benda yg memudaratkan kesihatan itu haram... bila kau hisap rokok, kau memudaratkan diri kau sendiri, kau bagi jantung kau sakit, paru paru kau, banyak lagi lah organ organ badan kau akan sakit... mula mula hisap memang kau tak nampak, tapi kesannya kau akan rasa masa kau dah tua nanti.. itu pun kalau kau sempat tua lah, kalau muda muda lagi ajal kau dah sampai, bye bye lah bang!...

Kau tau haram ? masa tengah buat dosa, kau tak reti sebut haram, tapi bila nampak member kau sendiri minum arak, reti pulak kau sebut haram kan? kau jangan nak terasa sebab benda tu kau buat dan kau tau haram...

Aku sendiri hisap rokok... aku harap lepas aku share benda ni, aku boleh berhenti hisap rokok... haram... berdosa...

Walaupun kau selalu buat dosa, tapi sekurang kurangnya kau sedar diri nak kurangkan dosa tu, kalau kau start pakai tudung dan tutup aurat yg lain, dan kau berhenti rokok, dosa untuk tu, dah takde kat kau... lepas ni kau boleh fokus nak kurangkan dosa yg lain lain pulak...

Bukan mahal sangat pon tudung tu...

Kan boleh jadi kaya kalau kau tak beli rokok...

*pasal dosa tu kecik atau besar, kalau aku ada salah, tolong betulkan...

terima kasih...








2 comments:

Anonymous said...

i agree!!(y)

Nath said...

yang merokok biarlah susah sendiri jangan disusahkan orang lain dengan minta duit ataupun memberi pengakit ataupun sakit mahu diminta jaga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang