nak menang keris model baru? klik sini.

January 01, 2012

.: abang mithali :.

Assalamualaikum....

2 , 3 hari yg lepas masa aku tengah cuti midsem, adik aku sorang ni demam... sebab dia demam adalah kerana dia kerja kat jusco taman U , JB,, kau tau kat mana? tempat kau ada jusco? ada jugak ke? perghhh hebat lah tempat kau... ok, sambung balik... dia sebenarnya baru je start keje semalam, then aku bawak la dia pergi klinik, jumpa doktor, lepas tu doktor tanya kenapa demam, aku bagitau la yg dia kerja macam nak gila... kau tau, hebatnya adik aku ni, kerja baru sehari, dapat MC 2 hari... hahaha... doktor dengan aku gelak guling guling dalam klinik tu.. nasib baik staff dia tak guling guling sekali...

Untuk menunjukkan yg aku ni seorang abang ngah yg mithali , aku pun pergi lah kedai makan nak belikan adik aku ni nasi ayam , nak suruh dia makan sebelum dia makan ubat... dalam masa kelam kabut tu, aku terus keluar naik motor... bawak laju ni.... tapi berhemah tu masih ada dalam jiwa aku.... dah sampai kedai tu, aku order la nasi ayam satu bungkus...

Brader yg jaga kedai tu usha aku atas bawah atas bawah je... lepas tu dia tanya ,

" bro, lu ada duit x?"

lahhhh apesal dia tanya aku macam tu...

"kalau lu takde duit, nasi ayam pun takdelah untuk lu"

aku semakin pelik dan tak tentu arah...

hati semakin panas.... aku mula tinggikan suara...

lepas tu dia cakap

" tengok lu ni selipar kiri lain, kanan lain , gua risau la mana tau lu ni datang nak mintak nasi free ke"

hahahah bangang kuasa dua! sumpah aku malu gila... aku tak perasan yg masa kelam kabut naik motor tadi aku sarung selipar lain lain... sebelah selipar aku, sebelah lagi selipar bapak aku... nice bukan?
abang mithali ..... hurmmmmm ~

1 comment:

Melatidaisy said...

hahaha ! nice story ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang