nak menang keris model baru? klik sini.

October 30, 2011

.: sekolah rendah :.

Macam yg aku sendiri tau, aku dah 21 tahun sekarang...
belajar pun dah tinggi... tapi takdelah hebat sangat macam
korang korang yg belajar kt ipta terkemuka Malaysia tu...
aku biasa biasa je... pointer pun cukup cukup
makan je, kalau tak cukup, puasa je la kot...

bila belajar dah tinggi tinggi ni, cara aku belajar pun mestilah
dah berbeza dengan masa belajar rendah rendah dulu kan...

perbezaan bila tengah jawab exam lagi lah ketara...
memang ketara sangat sebab masa jawab exam kt uitm,
orang sebelah yg jadi kalkulator aku...
tak yah susah2 tekan tekan, jeling je kat orang sebelah
dah dapat jawapan.

kadang kadang tu ada jugak aku terbawak masuk
nota nota kecik yg aku tulis untuk buat hafal last last minit,
dah bawak masuk, kena lah bukak,
kalau tak bukak, takut kecik hati la pulak nota tu...
kan3...

aku ingat lagi masa aku darjah 3... 9 tahun kan masa tu?
ok kejap, masa darjah 2, aku dapat no 1 dalam kelas..
hebat tak? ok, tak hebat sangat sebab tak sampai setengah jam
aku jatuh no 2, sebab ada sorang budak perempuan ni
boleh perasan pulak yg cikgu salah tanda kertas jawapan
ujian dia.... macam mana seorang budak perempuan yg berumur
8 tahun masa tu boleh semangat gila cek kertas jawapan,
pastu semangat gila kira balik , nak buktikan yg cikgu salah tanda..
kesian aku masa tu sebab menangis dalam kelas depan orang ramai.

Tapi Alhamdulillah... nak jaga hati aku punya pasal, cikgu naik kan
darjat aku dengan letak aku kat dalam kelas yg budak budak dalam tu
semua top scorer... Padahal aku memang kena tukar ke kelas tu pun,
sebab siapa siapa yg dapat no 1 sampai no 3, dapat masuk kelas
budak budak pandai... haram jadah...

oohh tadi nak cite pasal masa darjah 3 kan?
masa aku darjah 3, aku dah masuk kelas budak budak
top scorer, semua pandai pandai, rajin rajin pulak tu...
cikgu belum masuk kelas, masing masing dah siap bukak buku...
aku pulak tengah syok main lawan pemadam dengan diri sendiri.
macam bodoh je kan?

masa aku kat kelas darjah 3 tu, ada sorang cikgu ni, tabiat dia
memang pelik, buang tebiat agaknya...
benda ni hanya akan berlaku kat pelajar lelaki sahaja...
bila sorang pelajar lelaki tu ada terbuat salah, sengaja buat salah,
atau pun dianiaya oleh kawan sendiri yg
menunjukkan dia bersalah, cikgu ni akan suruh budak lelaki yg bersalah tu
bukak baju, lepas tu gantung kad manila kat leher...
atas kat manila tu tertulis dengan kemasnya ayat
"SAYA TAK AKAN BUAT SALAH LAGI"
sambil jalan keliling sekolah, dan akan singgah kat setiap
kelas yg ada kat sekolah tu... teruk kan cikgu tu?
suka sangat buat pelajar pelajar perempuan yg lain stim
tengok badan kitorg... walaupun tak tough, tapi belum buncit..








Tapi sekarang, orang tak suruh pun aku dah bukak baju

October 19, 2011

.: why ? :.

I
never 
thought
you 
will
do
this
to
me
because
you
gave
me
everything
.
nothing
left
behind
for
the
front
.

.: sedap mata memandang, sedap lagi tangan yang memegang :.

Assalamualaikum...

Selamat Pagi...

Dikatakan bahawa dewasa kini, rata rata peniaga melayu mendapat kejayaan yg memberangsangkan dalam perniagaan mereka... melayu sekarang berjaya... untung banyak... sebab ramai yg jual tudung... mula mula tudung bawal , kemudian beralih kepada tudung eking... eking sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, tudung eking mula di anak tiri kan sejak tudung yuna mula diperkenalkan... itu pun nasib baik yuna menang tempat ke__ masa anugerah juara lagu dulu...

Ramai yg nak ikut trend tudung yuna ni... up to date la konon... bagus jugak... ada yg lagi bagus , gadis gadis yg dahulunya free hair , sekarang dah mula berjimba jimba mencari kedai tudung , tak kesah lah ariani ke, uptown ke, downtown ke, yg penting diorang dah reti tutup aurat... dan sekarang, eking dan yuna tidak lagi bersendirian, sebab dah macam macam nama tudung aku boleh jumpa kat kedai... malas lah nak sebut... banyak gila weh...

lepastu hanna tajima lah... ape lah...

Tapi... makin lama makin menyampah pulak aku tengok gadis gadis yg bertudung sekadar nak ikut trend ni... yg memang bertudung dan ikut trend tu ok lah, dan yg free hair mula bertudung serta ikut trend tu pon ok jugak... yg tak ok tu, gadis gadis ini bertudung , tapi tetap ghairah bila dipandang... gahirah tang mana tuu?? tang solidnya badan hampa tuu lah... tudung elok dah, tapi bonjol sana, bonjol sini, kepit kepit lah, kain belah lah...

Tak salah korang nak bertudung ni, memang dituntut pun dalam Islam, seseorang wanita wajib hukumnya menutup aurat , bermula dari hujung rambut, sampai lah ke hujung kaki... semua orang tau kan? dulu masa kat sekolah , kelas pendidikan Islam tak pernah ponteng kan?




"Pakai tudung biarlah beradab"


TAPI.....
*jangan sangka air yg tenang takde buaya... 

October 15, 2011

.: bangun pagi :.

Assalamualaikum...


hiyarkkkk... ( bunyi org geliat mase bangun pagi )


Macam biasa setiap pagi aku bangun, aku akan buat senaman psikologi
kat diri aku sendiri.. senaman yg aku buat ni senang dan mudah saje, aku akan bangun dari katil, berdiri tegak sambil menghadap cermin, lepas tu aku bukak baju tanpa menanggalkan seluar..


ok kejap...! kenapa aku tak tanggalkan seluar sekali?


sebab aku takut psikologi aku akan berganda ganda pulak nanti..




sambung balik pasal senaman psikologi tadi..
sambil aku berdiri tegak tanpa baju di depan cermin tu,
aku akan tenung perut aku selama beberapa minit,
kemudian aku tepuk perut aku kuat kuat sambil aku cakap;


"buat malu je!.. buat malu je!.. buat malu je!.."


dah beberapa hari aku cuba petua ni,
dan aku nampak ada pengurangan sikit
pada diameter nya..


harap harap sempatlah kurangkan lagi saiz perut ni,
nanti takyah beli baju pengantin besar besar..


=.="

October 14, 2011

.: Cinta tu anugerah teragung Allah buat umat manusia :.



Bukan senang nak cari orang yg betul-betul sayang kat kau,
ni sayang bukan main-main punya, sayang yg betul-betul sayang,
sayang yg buatkan dia takkan cari lain, sayang yg buatkan
dia setia dengan kau, buat dia jujur dengan kau..

Kenapa kau sanggup berkorban demi dia dan hubungan tu?

Tak salah kau nak berkorban, tapi takyah la sampai
kau yg terkorban.. Ni sanggup naik motor wave cabuk kau tu,
ride dari butterworth ke teluk intan semata-mata nak
tunjukkan yg kau betul-betul sanggup berkorban demi dia,
masa on the way tu kau kena gilis lori bawak pasir,
kau mati bukan sebab kena gilis, tapi mati lemas
tertimbus pasir-pasir yg lori tu bawak,
kau mati, dia? kena bunuh diri ke?
bajet nak sehidup semati lah konon,
dia menangis, meratapi kau mati untuk seminggu dua je,
dah habis 'edah' je, beratur jantan-jantan lain nak kat dia... 

Tapi percayalah, Cinta itu datang dan pergi,
setiap kali ia pergi, bukan Tuhan nak seksa kau,
tapi Tuhan nak kau bukak mata, menilai sendiri
apa yg terbaik buat diri kau, ambik pengajaran
dari yg lepas, jadikan ia sebagai titik kemajuan
kat diri kau...

semoga berjaya cinta <3



.: susah tu sebenarnya senang :.

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari yg ke-3 aku duduk kat rumah sempena cuti semester.. Alhamdulillah, selesai jugak semester 4.. rasa kejap je nak habiskan satu semester tu, lagi-lagi kalau semester tu ada banyak cuti, macam semester 4, cuti midsem dengan cuti raya, minggu kuliah dikurangkan, so, kejap la kan?..

Cuti kali ni, aku ada tanggungjawab besar kat rumah.. nak kena jadi cikgu tusyen untuk adik aku sorang tu, dia nak SPM tahun ni, takyah tahun sangat lah kan, bulan depan je pon SPM nak start dah.. Awal-awal lagi parents aku dah pesan kat aku, balik cuti nanti, kena tengok-tengokkan adik tu, dia nak SPM, sekali ni je SPM.. so, dengan akurnya aku sambut tanggungjawab tu dengan hati yg terbuka..

Setakat ni, aku belum start lagi jadi cikgu, penat duk penang tak hilang lagi nih, so, bagi alasan kat parents aku yg aku nak rehat dulu, minggu depan baru start bukak kelas.. bukan apa, aku dah 4 tahun tinggalkan buku sekolah, bukan tak ingat lansung, tapi banyak yg dah lupa, so aku sendiri kena study balik subjek apa yg adik aku amik kat sekolah, yg mane same dengan aku, senang la nak ajar kan..

Bila aku mula bukak balik buku-buku sekolah menengah, rasa macam menyesal je tak belajar rajin-rajin dulu, nak tau kenapa? sebab bila aku tengok balik subjek tu, rasa macam senang sangat kalau aku belajar rajin-rajin dulu, tapi masa aku struggle nak SPM dulu, aku rasa subjek SPM la paling susah kat dunia ni, rasa macam tak patot je kerajaan sediakan silibus pelajaran macam tu.. tapi tu lah, lumrah hidup manusia kan, bila dah lepas, baru nak menyesal, tak de guna nya pun kan.. takpelah, hidup perlu diteruskan, yg mana aku belajar sekarang ni pun, susah jugak, tapi aku kena lah ami pengajaran yg lepas supaya aku tak rasa menyesal lagi macam sekarang ni.. cita-cita aku kena capai jugak, tanpa cita-cita, aku takkan berjaya...

*******************************************************

tak semua benda kat dunia ni senang melainkan kita berusaha untuk mencapainya,
tanpa usaha, kita takkan berjaya, sampai bila-bila lah kita kat takuk yg lama..

kbai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang