nak menang keris model baru? klik sini.

April 28, 2011

.: Lawak : Pembunuh di kenal pasti :.

Seorang polis berpangkat tinggi ditugaskan
untuk mengetuai siasatan terhadap satu kes
pembunuhan kejam.
Beliau telah pergi ke tempat kejadian dimana
berlakunya pembunuhan itu bersama-sama
dengan unit forensik.

Ketika beliau sampai di tempat kejadian,
seorang pegawai forensik menyerahkan
pisau yg digunakan pembunuh untuk
membunuh

"Tuan, ni senjata yg digunakan oleh suspek" kata pegawai forensik

sambil membelek-belek pisau itu,
tiba-tiba pegawai polis itu menjerit...

"Yes!! saya dah tau sape pembunuh tu" 

"Macam mane tuan boleh tau sape pembunuh tu?" pegawai forensik itu bertanya lagi.

"Dia ade tulis nama die kat pisau ni... " jawab polis itu..

"Ape nama die tuan?"

"STAINLESS bin STEEL"...




*sudu tu digunakan untuk korek biji mata mangsa
dan untuk makan yong tau fu...

.: Contest Tagline Blog Yuyu Lar :.



salah sorang member blogger aku merangkap
member yg aku tak pernah tegur masa kat matrik dulu,
aku tergerak hati nak join contest yg dianjurkan
oleh Yuyu lar iaitu Contest Tagline Blog Yuyu Lar

senang je contest die, just cipta tagline untuk
Yuyu Lar ni letak kat blog die tu..
hadiah die lumayan beb.. perfume adidas...
wangi giler... serius wangi.. kan yuyu lar??

1. Yuyu Lar seorang gadis, bukan Ular
2. Laaar... Yuyu Lar ke tu?
3. Yu Yu Lar!...Yu Yu Lar!... (sambil angkat sepanduk)
4. Yuyu Lar gadis Malaya
5. Auwww... Yuyu Lar... sentap nyah!!
6. Ate kome kenal ke dengan Yuyu Lar ni ?
7. Tiga minggu mencari Yuyu Lar
8. Yuyu Lar... Jari Jemari Menari
9. Apa itu Yuyu Lar?
10. Yuyu Lar dan Liku-liku kehidupan.

ok, ni je yg terlintas kat fikiran aku..
harap sangat dapat sembur perfume tu
kat baju aku yg murah ni agar tampak
lebih mahal dengan semburan perfume adidas.
keh3...

.: Selamat hari Lahir Sayang :.


tuuuut

26 April 2011 : 9.00 p.m
aku tengah stduy sebab esok ade exam..
aku baru teringat yg aku reti gune photoshop.
aku terus bukak photoshop... 
nak buat kad besday untuk awek aku...
lepas tu, aku teringat lagi yg tadi rupanya
aku tengah study untuk FINAL EXAM aku...
aku bukak buku balik....:(
photoshop keseorangan....

26 April 2011 : 11.01 p.m
photoshop goda iman aku
die belai-belai tangan aku, peha aku, celah peha..
aku tak tahan... aku ade 59 minit je lagi tinggal..
aku kena siapkan jugak kad besday awek aku..
tutup buku... aku sambung buat kad.

26 April 2011 : 11.45 p.m
alarm kat telepon aku bunyi,
ade reminder yg aku buat semalam,
"wish awek sendiri punye besday"
tu reminder yg aku tulis.
bukan aku lupa
takut terlalu fokus kat study.

26 April 2011 : 11.58 p.m
kad besday dah siap...
aku upload kat fesbuk..

13 ribu orang like gambar ni

27 April 2011 : 12.00.01 a.m
aku kol awek aku
"Selamat Hari Lahir Sayang"
aku nyanyi
"happy besday to u..
happy besday to u..
happy besday to Nurul Hidayah
happy besday to u.."
aku tepuk tangan sorang2..
lepas tu aku baru teringat
yg suara aku tak sedap.


.: SELAMAT HARI LAHIR SAYANG :.

April 24, 2011

.: Masalah remaja sekarang menakutkan :.


Tapi....
Bagaimana dengan pakcik yg mengidam pucuk muda?

kemudian...
makcik yg gila fesyen legging tu?

lepas tu....
boyfriend mak dera anak kecik?


masalah remaja bermula dari rumah
dan berakhir di neraka jahanam

jangan salahkan cikgu yg menjaga 
40 orang anak orang
salahkan mak bapak mereka
yg menjaga seorang anak sendiri.

April 22, 2011

.: Pencarian Gadis Tudung Tenggiri Collection :.


Pencarian Gadis Tudung Tenggiri Collection

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :

0. Perempuan (18 tahun hingga mencapai menopaus )
1. Mestilah bertudung.
2. Tudung mesti singkat (atas dada, yg labuh tutup dada, REJECT)
3. Berkebolehan mendada.
4. Payu Dara mestilah tegang dan 34B ke atas
    (yg flat mcm takde pape, REJECT)
5. Berkebolehan menyarung baju baby.
6. Tidak segan-segan bila posing.
7. Mampu membuat muka itik serati.
8. Berpewatakan menarik.
9. Tidak Gila.

'Hantarkan butir-butir penyertaan anda seperti nama penuh, 
nama fesbuk, umur, alamat, gambar berukuran passport 3 keping, 
sampel gambar anda dan tudung anda, selewat-lewatnya esok'

Apa kata mereka......

Fatimah Bakar, 45 (bukan nama sebenar)
"eh, i nak join la, rase macam belom menopaus lagi ni"


Cik Siti Wan Kuncup, 33 (bukan nama sebenar)
"wah... terujanya... die nak yg dada macam i ni la.. beshar..beshar"


Aznah Johar, 27 (nama twitter)
"Walaupun dada i tak besar, tapi i mampu pakai baju anak i..."


Wanie Garunk, 22 (nama fesbuk)
 "muka i ade macam muka itik serati x?.. join-join"




Artis Malaysia paling hot (bukan nama sebenar)
"esok i try pegi downtown cheras beli tudung..."






***************************************

Alangkah bangangnya mereka-mereka ini,
Sentiasa bersedia menjadi penaik nafsu lelaki,
Bila ditenung dada, dikatakan lelaki itu gatal,
Bila diraba punggung, dikatakan lelaki itu miang,
Bila dirobek maruah, dikatakan lelaki itu perogol,
patut ke?... mestilah patut.. dah rogol, mestilah
akan dipanggil perogol.. ye dak? kah3..

Kalau dah pakai tudung, tapi orang lain
masih boleh teka dengan tepat saiz bra kau,
dan mendapat seratus ringgit kerana ketepatan tu,
baik takyah pakai bra.. eh salah.. baik takyah
pakai tudung... kah3...

p/s : Jangan salahkan tudung mereka yg kecik tu
       Jangan salahkan dada mereka yg besar tu
       Jangan salahkan badan mereka yg montok tu
     
       Salahkan mereka kerana berperangai macam tu.


*gambar semua aku curik kat google.... terima kasih google*

April 19, 2011

.: iklan baru kat kotak rokok :.

Kuala Lumpur , 2009...
Kerajaan Malaysia telah menetapkan pada setiap
syarikat rokok, mereka perlulah meletakkan gambar
penyakit-penyakit kronik di atas kotak rokok bagi
menakutkan si penghisap rokok.


Kisah aku dengan gambar penyakit atas kotak rokok tu...

Aku pegi stesen minyak nak beli rokok,

"kak, Dunhill 20 sekotak"

akak tu dengan pantasnya memusingkan badan
dan terus mencari Dunhill 20 kat rak tu.
Aku pelik, sebab aku nampak dia keluarkan
semua kotak rokok Dunhill yg ada kat rak tu,
lepas tu akak tu tanya aku,

"dik, nak gambar ape?'

hah? wadehel kak?? (aku cakap dlm hati )

"ape2 je lah kak, gambar akak pon boleh"... 


:P

April 17, 2011

.: Penangan cikgu sekolah... mantop!! :.

Pernah dengar pasal Cikgu Shida?
tak pernah? bukak you tube sekarng..
takpon klik sini kalau nak tengok video die.

ok, dah tengok? nampak mengarut kan?
dan hari ni, front page Metro Ahad
keluar cerita pasal Cikgu Shida ni..


aku dah agak dah, satu hari nanti mesti keluar punye
cerita pasal Cikgu Shida ni... dan keluar jugak hari ni.

Beliau seorang guru Bahasa Inggeris, mengajar di
sebuah sekolah rendah di Bota. Dan mengapa die jadi
macam tu? katenye die adalah anak perempuan tunggal
dalam kalangan adik beradik die dan itu yg membuatkan
perangai gila-gila die tu..

"ada sekali tu, video saya dipertontonkan ketika majlis alumni
di sekolah, alangkah malunya saya ketika itu, rasa nak sorok
muka bawah meja je" kata Cikgu Shida kepada Metro Ahad.

Vidoe tersebut merupakan satu hiburan semata-mata,
bukan mencari publisiti murahan, tapi hanya untuk suka-suka.

p/s : nasib baik die tak buat video terlampau... aku tapau kang!!

.: Alahai MAKCIK si pemakai legging :.



Aku rase dah ketinggalan zaman gila-gila dah ni
sebab lambat sangat tulis entri pasal pemakaian legging ni.
Bukan ape, selama legging diperkenalkan, aku tak nampak
lagi orang perempuan pakai lengging yg tak nampak
jubor mereka, so, benda ni dah jadi biasa kat aku,
lagi-lagi mereka ini berjiwa muda... darah muda katekan..

Kalau yg kurus tu, aku setuju lah jugak, walaupun Agama
Islam tidak menyetujui, bah kan melarang sama sekali
pemakaian legging ni, nanti kate aku tak up to date pulak
kalau kate pakai legging ni cam taik.. erk....
tapi tidak bagi family aku... Insyallah...

















Baru kejap tadi aku lepak kat kedai makan siam,
minum-minum je dengan cousin aku,
tengah sedap2 borak, tiba-tiba ade sorang makcik ni
lalu sebelah aku, mungkin baru lepas layan dangdut kot.

Sebab tengok die pakai legging, aku boleh agak dah
die pegi tempat2 joget tu. Cuba kalau pakai biasa2 aje,
mesti aku takkan fikir bukan2. Tudung dah tudung, baju dah longgar
seraya tidak menampakkan bonjolan, namun di bahagian kaki
pulak spoil....

Janganlah pakai macam tu lagi makcik,
tak senonoh la orang tengok,
makcik kan dah tua, kulit pon dah lonngar kan,
so, pakai la yg longgar2 jugak...

amcam stim tak tengok peha gebu ni???

April 16, 2011

.: fikir-fikir kan lah :.

Dunia semakin maju, manusia pun semakin laju.

laju mengejar kemewahan yg sekejap,

laju mengejar kehendak nafsu

tak kesah lah nafsu seks ke, nafsu makan ke

mahupun 'itu nafsu semata-mata'

tak kurang jugak yg laju atas highway

cecah jugak satulima, satunam meter tu.

bile berlanggar, laju je orang datang amik nombor.

semua laju....

Sekarang semua dah maju,

semua kat hujung jari je,

nak main fesbuk, gune hujung jari je,

nak tulis entri kat blog gune hujung jari,

nak mesej kat awek, gune hujung jari je,

tapi kenapa yg perempuan ni

pakai baju tak sampai hujung?

pakai seluar pun tak sampai hujung?

tudung jangan ditanya la... kecik hati tudung tu nanti...

si jantan ni pulak, mentang-mentang Malaysia dah maju

sebab semua hujung jari je

Maria Ozawa jugak menjadi pilihan.

bagaimana dengan gadis melayu?

sudah kurang hebatnya kah?

tidak ada kelebihan kah?

atau badan tak semontok zila bakarin?

oouhh tidak sama sekali..

cube try taip melayu kat google...

Melayu Boleh, Melayu 3gp, Melayu seks

Melayu itu, melayu ini...

sampaikan nak search 'Apa itu Melayu'

pon bole keluar benda yg bukan-bukan..

nak salahkan siapa? salahkan aku ke?

janganlah macam ni.. jangan salahkan aku.

aku tulis blog je, tak pernah pon tengok

Maria Ozawa berlakon...:P

Fikir-fikirkan lah....

April 15, 2011

.: kejayaan bukan untuk kegagalan :.

aku dah berjaya...
kejayaan datang pada-ku...
tapi kenapa...
kenapa kejayaan datang hanya sementara...
tidak untuk selama-nya...

ketika aku bersekolah rendah...
aku masih mentah...
kejayaan & kegagalan tiada bezanya...
jika aku berjaya aku riang gembira...
jika gagal datang menjelma
raut wajah-ku senantiasa ceria...
aku hanya pelajar biasa..
bukan si genius dalam periksa...

usia ku meningkat...
dari setahun ke setahun...
selaras dgn peningkatan hormon badanku...
aku mula mengenali emosi...
aku sedih...aku gembira
namun tiada apa...
sedang aku gmbira..
aku hanya mampu bergelak tawa...
saat kesedihan melanda...
aku menitiskan air mata..

aku melangkah ke alam menengah...
semua-nya berubah...
dari warna biru tua
beralih pula ke hijau tua...
namun aku tetap muda...
muda utk meneruskan kehidupan...
utk mencari kejayaan...
bukan kegagalan...

saat aku ditatang...disuap...
aku menerima segala2-nya...
aku patuh...aku taat...aku setia...
tiada sedikit pon tercicir...
jika huruf A aku hilang
aku gagahkan jari jemari-ku
melengkapkan kembali ilmu-ku
setitik ilmu aku pelajari...
harapan digalas menggunung tinggi...

aku menjadi pelajar harapan...
harapan yg sgt tinggi...
hingga aku sendiri gayat utk melunaskan...
namaku telah tercatit luas
pelajar harapan sekolah...
aduh...!!!!
berat sungguh bebanan-ku ini...
ku teruskan jua hidup ini..
dgn menggalas harapan pendidik bangsa...

saat kejayaan ku di umumkan...
aku bangga...aku bersyukur
bangga dgn diriku sendiri...
aku sujud tanda bersyukur...
kerana kejayaan utk ku...
hanya dtg dari Allah yg satu..

ucapan tahniah tidak lekang
aku dengari dari telinga
pemberian Allah ini...
pelbagai nada...pelbagai rentak
hanya menunggu satu pembalasan...
ku atur setiap abjab menyelangi kesopanan...
lalu ku hulur dgn senyuman...
Terima Kasih...

dgn kejayaan aku masa dulu...
aku hanyut...
hanyut dlm dunia aku sendiri...
aku menjadi bongkak...
bongkak terhadap ilmu...
ilmu yg sepatotnya aku penuhi di dada ini...

ku teroskan langkahku...
langkah utk aku mencapai cita2...
cita2 ku yg semakin hampir...
aku ligat memerah minda...
mencari satu jawapan...
satu pencapaian utk mencari kejayaan...

ternyata usaha ku berhasil...
walaupun kejayaan kali ini
tidak se-bangga kejayaan dulu...
namun aku tetap mengukir senyuman
kerana cita2 ku berada sejengkal di hadapan...

setahun mungkin satu penantian...
aku menanti dgn penoh sabar...
setiap minit aku mengharap...
mengharap satu kejayaan yg pasti...
namun aku silap...
silap dlm mentafsir kejayaan...
saat aku membuka keputusan...
aku sedar bahawa...
aku telah menemui kegagalan...

*********************************************

sekali aku berjaya....
tidak bermakna aku akan berjaya segala2nya..
namun....
sekali kita gagal...
tidak bermakna kita gagal buat selamanya...

**************************************************

April 14, 2011

.: Jangan Pisahkan :.

video

Khas buat Nurul Hidayah Ahmad Daud

saya sayang kan awak sangat-sangat

<3


.: dugaan dunia pasti hebat :.

Cinta dan air mata...
macam ombak dengan pantai..
susah nak dipisahkan..

Lelaki selalu menjadi simbol buaya
walaupun takde gigi  taring
badan takde sisik keras
tapi mulut sentiasa manis..
manis untuk mengayat pompuan.
Keras macam mana sekalipun
hati perempuan tetap cair.
tapi tak semua..... take note ok...

Lelaki selalu dipersalahkan
sebab mainkan perasaan perempuan.
kononnya bercinta sampai akhir hayat
tapi habis madu, sepah dibuang
dah dapat gading, tanduk dilupakan.
si perempuan terkinja2 hidup
sebab semuanya binasa.

Tapi macam mana pulak dengan perempuan?
sering dipersalahkan ke?
kalau perempuan mainkan perasaan lelaki
macam mana pulak tu ek?

lelaki yg tergila-gila kan perempuan
kenapa lelaki terlalu sayang perempuan?
kenapa lelaki yg terhegeh-hegeh dekat perempuan?
kan lelaki ni buaya,
mulut manis, senang nak dapatkan perempuan..
dah permpuan tu takank,
carilah yg lain
ramai lagi kat luar sane
yg beratur nak jadi mangsa.

Pelik tak kalau dengar lelaki tu setia?
was-was tak kalau dengar lelaki tu jujur?
boleh percaya ke kalau lelaki tu cakap sayang?

Tak semua lelaki curang
tak semua lelaki tak setia
tak semua lelaki jahat

alangkah indahnya hidup
kalau dapat lelaki yg setia, jujur
sayang sepenuh hati, tak suka marah2,
sentiasa amik berat, romantik...
ye dak? seronokkan?
tapi bile dah dapat lelaki yg macam tu,
perlu ke perempuan risau?
perlu ke perempuan was-was?
perlu ke cari lain???

"fikirlah... kalau sekarang kita mainkan perasaan orang,
tunggu lah bile kite dah dapat kebahagiaan yg sebenar,
Tuhan akan balas balik ape yg kite dah buat dulu"


p/s : bersyukur lah dengan apa yg ada sekarang,
       hargailah sebelum terlambat
       bukan senang nak cari lelaki  yg 100% setia
       bukan senang nak jumpe lelaki yg sayang sepenuh hati
       bukan senang nak jumpe lelaki yg boleh terima seadanya
       untuk buat isteri....
       Isteri, peneman hidup hingga akhir hayat
       katabahan seorang suami menerima keadaan isteri
       walaupun tidak mengikut kehendak & naluri suami
       adalah sangat tinggi...

April 12, 2011

.: Mitos 'charger' handpnohe Nokia sebenarnya dari Malaysia :.

klik gambar untuk keyakinan yg mutlak

Ceritanya macam ni,
Pada suatu hari, ada seorang student ipta ni, 
(jurusan kejuruteraan mekanikal semester 3)
dia punya henfon habis bateri, dan pada masa
yang sama, charger henfon dia baru je hilang,
pening die memikirkan macam mane nak cas henfon tu,
nak beli charger baru yg Ori punye, memang
tak dapatlah, sebab kat kedai semuanya
jual yg cikai-cikai punye, guna 2,3 kali
dah rosak, dah bole buang dah.
rugilah macam tu kan.

Puas dia pikir macam mane nak cas henfon die tu
sampai pening kepala die
ni gaya student Malaysia pening kepala


Disebabkan die terlalu pening, die baring-baring je
sambil pikir macam mane nak setelkan masalah tu
sampai die tertidur.. dalam tidur die tu, die dapat
satu mimpi yg mengatakan bahawa bateri henfon die
boleh penuh sampai bile2, tapi tu pun kalau die dapat cipta satu
jenis charger la. Tiba-tiba, dalam mimpi die tu lagi,
die nampak satu software yg boleh die gunakan
untuk cipta charger tu... nama software tu
SOLID WORK 2011

ni contoh software tu
kenapa nampak macam photoshop je tu.... erk....

Dengan sepantas kilat die bangun dan terus
install software tu, walaupun die sendiri tak
tau mane tah datangnye software tu dalam hidup die... 
dah sudah install, die mula dengan langkah pertama ,
die berusaha bersungguh-sungguh,
semakin hari semakin gemok... kenapa?
even die sibuk cipta charger tu, makan tetap makan,
tak macam student lain, asal busy je, taknak makan.
tah pape tah..

3 hari 3 malam die tak tido
dan akhirnya...

pandangan mata kasar

pandangan dari depan

pandangan dari sisi 30 darjah


Pandangan ku kabur

'charger Nokia Made In Malaysia'

p/s : apsal la bangang sangat, roomate punye charger kan ade
pinjam je lah... dah sudah pulang lah balik..




April 11, 2011

.: Review Filem KL GANGSTER | 9 JUNE 2011 :.



video

kepada peminat filem melayu masa kini
filem kita dah semakin maju
sokonglah industri perfileman Malaysia | 2011
sape2 tak suka kat shamsul yusof tu,
abaikan, sebab filem ni memang terbaik dari ladang.

tapi satu je aku nak pesan
please don't try this at home
sebab diorang tu pun try kat
depan kamera je..
kah3....

April 10, 2011

.: ibu.... engkaulah ratu hatiku :.



Entri ni khas buat Puan Siti Salkha...
mak kepada awek aku...
merangkap bakal mak mertua-ku
sempena beliau menyambut ulangtahun
kelahiran beliau yg ke 44 tahun..
wow!! muda lagi tuu....
awet muda ye mak...cik...
ngeh3..

"semoga panjang umur dan murah rezeki"

mak dengan anak sama cantik..:)

mak die, mak aku dengan die... semua cantik...:)
ini semua bukan ayat bodek okay,
pliz la, jangan tuduh aku yg bukan2
aku insan yg paling suci, tak suke
nak main bodek-bodek ni. keh3

Walaupun Puan Siti Salkha ni bukan mak aku,
tapi beliau juga seorang wanita yg bergelar ibu
kepada anak beliau iaitu awek aku
yg juga akan bergelar ibu kepada anak-anak
aku nanti.... insyALLAH... amin...
harap2 dapat la 44 orang komen untuk entri ni,
sebab dengan doa daripada 40 orang
insyALLAH doa aku termakbul..
hehehe...

Walaupun usia ibu kita sudah menjangkau ke
area-area hampir senja, namun mereka juga
punyai perasaan, tambahan pula , semakin meningkat
usia mereka, semakin sensitif lah mereka.
Tidak salah untuk kite menyambut ulangtahun
kelahiran mereka, bukan budak2 je yg 
kite perlu sambut, tapi juga bagi mereka.
Berilah mereka kegembiraan walaupun
hanya dengan ucapan ringkas,
biar terpancar jelas keceriaan di wajah mereka
kerana dengan itu sahaja lah mereka mampu untuk tersenyum.
Kita sebagai anak perlu tahu apa kehendak mereka,
jangan di lawan, jangan di bantah
kerana ibu adalah segala-galanya..

"Ya Allah Ya tuhanku, kau berkatilah kehidupan
Puan Siti Salkha dan keluarga di dunia 
mahupun di akhirat kelak, berikanlah mereka
kebahagiaan yg hakiki dan sempurna,
tetapkan tempat2 bagi orang2 yg beriman"





April 09, 2011

.: Polis Penang main gila malam semalam :.


Memang dah jadi trend kat Malaysia ni,
Asal malam minggu je, confirm polis akan
buat roadblock, tak kesah la kat bandar ke,
kat jalan kampung ke, jalan estet ke,
mahupun di jalan-jalan cari makan,
semua jalan akan terlibat sama.

Kenapa malam-malam je diorang biasa buat roadblock?
Memandangkan pada waktu malam je
kelab-kelab malam beroperasi
serta mat-mat rempit mengetest mesin mereka,
jadi, mestilah kalau buat pada siang hari,
takkan ada orang yg nak singgah kat roadblock mereka ni
untuk menguji cara berjalan dengan lurus,
ye dak? 


Malam semalam kami berenam iaitu
aku, dan housemate aku sekalian tibe-tibe
sangap nak pergi Pulau Pinang, memandangkan kami
duduk di belah seberang, jadi kadang2 itu,
Pulau Pinang sering menjadi igauan
para student UiTm yg baru habis exam sebentar tadinya.

Berbekalkan semangat yg waja walaupun wallet
hampir rabak mengisi minyak serta membayar tol
menaiki Jambatan Pulau Pinang itu, namun
kami tetap gembira setelah meter cecah satulima satunam
di atas jambatan yg panjang nak mampos tu.
Dengan harapan kami mampu untuk sampai ke
Persiaran Gurney secepat mungkin.


'Ku sangkakan panas sampai ke Petang,
rupa-rupanya, sampai ke malam panas lagi'
dem.dem.dem...
Secara faktanya, untuk sampai ke Persiaran Gurney tu,
adalah sangat singkat mahupun kejap giler babeng,
tapi on the way tu, ade 3 roadblock.
serius.SHIT....

Yang pertama...
"ic , lesen , roadtax"
Lepas...

Yang kedua....
"ic , lesen , roadtax"
TAK lepas.
nombor plat belakang cantik sangat
sampai polis tu tertarik untuk mengeluarkan saman.

Yang ketiga....
"ic , lesen , roadtax"

"bang, arini je saya dah kena 3 roadblock"

"yeke? hah kat depan sane ade satu lagi"

"dem.dem.dem"

akhirnya sampai jugak kat Gurney.

p/s : polis entri one to jaga,
polis mati pencuri jaga

legend kan lagu ni??





April 08, 2011

.: Pukul laju-laju lepas tu mati :.

Beberapa hari lepas, negara dikejutkan dengan berita
seorang murid tahun satu ( 7 tahun ) mati dipukul oleh
gurunya sendiri... sesuatu yg amat bangang sekali..

sumber terdekat dari sini

Harini pulak, seorang guru PATAH HIDUNG sebab
ditumbuk oleh murid sendiri...


Bak kata pePATAH HIDUNG
"tumbuk dulu sebelum kita dibunuh"

okay, pepatah itu memang tak boleh pakai,
sape pakai, aku tumbuk hidung dia pulak. kah3.

Budak-budak sekolah sekarang ni dah makin teruk,
sampai nak tumbuk2 cikgu diorang pulak,
time aku dulu, paling gangster pon ejek cikgu cakap,
tu pon dah kena diri atas kerusi sambil pegang kerusi
satu lagi... gangster ke?? 

Sepatotnya mereka-mereka ini kena la beradab dengan 
orang yg dah bagi ilmu tu, bukannya biadab..
tunjuk adab-adab yg baik, 
kalau tak puas hati sangat pon, main jentik-jentik
sudahlah, tak pon cubit-cubit manja.
kan beradab tu... ye dak??

p/s : iklan jawatan kosong guru-guru sekolah bertaburan di jalanan,,,


.: awek orang pon kau nak benci ke hah? sucker!!! :.

Pertama kali dalam hidup aku jumpa satu page kat fesbuk,

page tu pelik giler vavi punye..

sape punye keje la ni ek..

this is typical MALAYSIAn...

"Kami Benci Noraida Puteh (awek Mohd Muslim Ahmad )"


rase-rase admin page ni lelaki ke perempuan?

Kalaulah lelaki....: Beliau seorang yang takde batang.
Kalaulah perempuan....: Beliau seorang yang sangap batang.

Kalaulah lelaki..... : "eh, kau dah takde keje lain ea?"
Kalaulah perempuan......: "eh, baju dalam mesin tu kau dah basuh 
                                            belom?? sibuk nak buat page ni pulak,,, 
                                            siapkan keje ko tu dulu"

Kalaulah lelaki......: "eh, barang-barang dapur dah beli? pegi setelkan dulu 
                                    keje ko tu, kang bini kau nak masak ape..."
Kalaulah perempuan......: "weh, anak kau menangis dalam buaian tu, 
                                             pegi tetekkan die tu"

Kalaulah lelaki.....: "eh, ko bukan nak exam ke minggu ni? pegi study 
                                   r.. name je student, tapi stupid.. bodoh!
Kalaulah perempuan.....: "assignment bertimbun, tapi sebuk nak 
                                            benci-benci orang kat fesbuk tu.... bitch!

Kalaulah AKU ...: hang gila apa!!

Kalaulah KAU....: tak dapek den nak nolong ea...

April 07, 2011

.: dia juga makhluk Tuhan, cuma berlainan cara berjalan :.

Kau rase kau dah cukup gagah ke?

kau rase kau da mampu nak pancut sampai siling umah kau ke?

kau rase kau dah bole kumpul cecair putih sebanyak satu botol 1.5 Liter?



tak perlu nak anti-anti dengan kaum sebegini..

tak perlu sampai nak wujudkan page berikut di fesbuk..

mark zuckerberg pon sentap nyah!!!

mereka juga ade kehidupan sendiri..

akak-akak tersebut juga mahukan kehidupan yg lebih sempurna..

kite perlu dorong mereka ke jalan yg benar...

bukan dorong ke lorong Haji Taib di kuala lumpur..

bukan juga ke Jalan Susur di larkin johor bahru..

tapi cuba bawak akak-akak ini ke masjid

tapi jangan beri mereka telekung, 

takut makin menjadi...

cuba hadiahkan songkok even beli kat Mydin 

dengan harapan mereka akan kenal tikar sembahyang..

mereka akan lebih kenal mane satu tandas lelaki..

dan mereka akan lebih merasai kehilangan seliper di masjid...!!

p/s : kenapa perlu ade 'UiTM' kt name page tu?? sentap ni..!!!



April 06, 2011

.: suatu petang di kedai cermin mata :.


Suatu petang yg dingin, cik rogayah telah pergi ke sebuah kedai
cermin mata di pekan sambil ditemani kucing kesayangan beliau.
Setelah sampai di kedai itu, cik rogayah atau lebih dikenali
dengan nama gayah gendut terus menghampiri kaunter
dek kerana kedai itu kosong lengang tanpa pelanggan.

cik pekerja : "ye makcik, bole saya tolong?"
cik gayah : "bole sangat-sangat nak oi."
cik pekerja : "makcik nak buat speck baru ke?"
cik gayah : "eh tak, kat sini ada buat cek mata tak?"
cik pekerja : "ada makcik, percuma pulak tu"
cik gayah : 'owh yeke... ( sambil mengeluarkan henpon dari dalam
handbag beliau ) 
"err.. makcik nak cek mata ganjaran hotlink makcik ni la..."

 :P



***********************************************
pesanan penaja..


klik SINI dan like page ni.

lepas itu, pergi ke gambar no 7, 8, 9 dan 10

dan tekan LIKE.

officially design by owner of this blog

diharap mendapat kerjasama dan sokongan dari
semua blogger .

terima kasih...

April 05, 2011

Contest Design Baju KakiBlogger

Dengan bakat yg dikurniakan oleh Allah S.W.T
serta minat yg mendalam dalam bidang perekaan
grafik berkomputer, aku telah berjaya menghasilkan
satu, dua, tiga dan empat design baju yg tak seberapa
untuk Contest Design Baju KakiBlogger yg dianjurkan
oleh KakiBlogger dari Facebook..

Design yg pertama...:
kalau LIKE, klik sini.


Design kedua...:
kalau LIKE, klik sini.



Design ketiga...:
kalau LIKE, klik sini.



Design keempat....:
kalau LIKE, klik sini.

Terima kasih atas sokongan anda semua, di harap anda semua terhibur
dengan design-design yg telah disediakan oleh saya..

akhir kata dari saya...
'pecah kaca pecah gelas
hah apa lagi, LIKE la... '
hehe....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang