nak menang keris model baru? klik sini.

February 27, 2011

.: kisah 27 februari 2011 :.

ok...
secara teorinya, ni entri aku yg ke 200...
dan secara praktikalnya, hari ni burfday aku..
yeah bebeh.. arep, kau dah 21 tahun...
dah boleh pergi mengundi dah...
buat la pilihan yg tepat ye arep.. 

ni yg aku rase nak menggedik kat blog sendiri ni.
semalam aku rase happy yg teramat sangat.
kenapa??
sebab nurul hidayah, wife aku yg tercinta
buat suprise kat aku..
really2 suprise beb..
senyap2 dia datang Penang
sebab nak celebrate birthday aku
so sweet syg... <3


KFC jugak yg jadi pilihan...



meh sini nak sekeh,
ngade ea buat suprise2 macam ni..


aku control cool sebab nak amik gambar,
padahal hati tengah bengang sebab
wife aku buat suprise macam ni..
huhu..


dapat jugak aku merasa tiup lilin
pada umur 21 tahun ti..
2 batang lilin besar, sebatang lilin kecik..





sedapnya kek ni...
thank ea sayang..
thank a lot..
i appreciate it..

Terima kasih nurul hidayah
sebab awak sanggup datang
dari johor bahru terus ke penang
semata2 nak sambut hari lahir saya.
awak dah buktikan kesetiaan cinta awak
pada saya, awak dah buktikan
segala2nya..



February 23, 2011

.: bila sakit, semua tak kena :.

Hari ni aku sakit.
bagai nak rak aku tahan sakit.
gara-gara main futsal lepas makan malam,
ni lah akibatnya..

Perot aku rasa pedih, pedih macam kena tikam.
kalaulah aku kena tikam, mesti aku tak main futsal.

Bila dah sakit, aku memang suka ngade2 dengan DIA.
Dia paksa aku pergi klinik, aku taknak, buat2 degil..
padahal memang taknak pon, nanti kalau pergi klinik,
doktor tu cas yg bukan2 pulak, rabak wallet aku nanti.

Aku bagi cadangan yg aku nak beli ubat dekat farmasi je.
Dia tak setuju tapi kena buat2 setuju sebab dia jauh,
kalau Dia dekat dengan aku, confirm2 dia dah bawak
aku pergi klinik... wah seronoknya...

Balik je dari kelas petang semalam, aku mengorak langkah
dengan hanya berjalan kaki, nak pinjam moto member,
tapi segan, so aku jalan kaki je lah..
Berbekalkan RM30 ++, aku masuk farmasi berdekatan dengan rumah
\aku tu...

"kak, ubat gastrik ada tak?"

pastu dia tanya aku soalan yg aku kurang senang nak jawab

"siapa yg sakit?"
"Ada muntah2 tak?"
"ada tercirit-cirit tak?"

aku nak cakap cirit pon segan dengan dia,
hahahaha...
last2 aku anggukkan aje kepala aku
tanda aku ada cirit2...

"semuanya 10 hengget setengah"

dalam hati aku cakap, pehh,, murah seh,,,
ni kalau aku pegi klinik, mau kena 20 hengget ni..
selamat duit aku..

bile dah keluar dari farmasi tu, aku singgah kedai runcit kat sebelah tu,
dengan niat nak cari susu nespray dengan nestum, yela,
tengah2 sakit ni, sume benda kalau bole nak cari yg berkhasiat je,
last2 kat kedai runcit tu aku habis 27 hengget..??

susu nespray
nesvita
dutch lady full cream
7up revive

arghhh.....

balik tu aku memang dah tak larat gila dah.
aku minum susu dutch lady tu..
pastu aku makan ubat..
next entri aku nak cite pasal ape yg aku mimpi
mase aku tido time2 sakit macam ni..

p/s : kalau korang fikir kesihatan tu mahal, cuba lah kesakitan..

February 19, 2011

.: mana lagi sedap? :.


"aku betol2 tak puas hati la dengan mamat cinabeng tu,
dia kacau awek aku la, mane boleh macam ni" 

kassim mengomel depan kawan-kawan dia..

sambil tangan dia memegang pisau, marah sangat nampaknya tu..

"aku tak kira, aku nak gegar jugak mamat tu,
pantang betol aku orang kacau awek aku... arghhhh ! "

Kassim pon berjalan dalam keadaan marah...
pisau simpan dalam poket sebab takut polis nampak..

jauh kassim berjalan, berpeluh-peluh nampaknya..

akhirnya kassim sampai depan rumah mamat cinabeng tu..
dari jauh kat depan pintu pagar, kassim terjerit2 panggil mamat tu,
kassim suruh mamat tu keluar..

Rupa-rupanya mamat cinabeng yg kacau awek kassim tu,
badan dia besar gila gampang, muka habis bengis
set2 geng pecah rumah..

kassim mengeluh

....." aduh... cam ne ni, besar siot badan dia, tak larat aku nak bertumbuk ni"

nak taknak, kassim kena teruskan niat dia 
demi maruah dia dan untuk selamatkan awek dia
dari terus kena kacau...

dengan tak pakai baju, dah la badan mamat tu hitam,
berkudis, berparut, nampak sangat ganas, mamat tu tanya kassim

"hah, kau ni apehal terjerit2 depan rumah aku ni hah?"

sambil mengacukan pisau kat mamat tu, kassim tanya mamat tu

"err..err.. bro, makanan kat mana lagi sedap, hospital ke, penjara?




p/s : penjara : kassim kena tikam mamat tu jugak, sebab kalau nak bertumbuk, memang kassim teruk kena.
       hospital : kassim tak tikam mamat tu, tapi confirm2 teruk kena sebab dah keluarkan pisau.

hahah.... bengong....

February 10, 2011

.: depan belakang sama je :.

aku nak suruh korang cari persamaan
kat gambar bawah ni.


jumpa tak??
haha..

lepas ni sape2 ternampak bontot
pastu tersama dengan rambut dr rozming,
cepat2 amik gambar tau...

.: selamat datang ke zoo kepala :.

Entri fresh...

Sedar tak sedar dah seminggu aku tak update blog.
Penat aku nak buang sawang2 yg tumbuh menjalar ni..
huh.... :O

Hari ni hari khamis, hari yg paling malas untuk aku pergi kelas,
walaupun aku bukan seorang yg pemalas, tapi
sebab hari khamis, memang aku jadi malas sikit..
kenapa ek??
sebab malam ni kena baca yasin ke?
arghh.. tak mungkin...
panas.panas.panas...

Atau mungkin aku jadi malas pergi kelas sebab
tak larat nak tengok awek tudung ni pakai
alas meja kat kepala??

Tadi masa aku nak pergi kelas kat tingkat 3,
aku kena gunakan khidmat lif kat fakulti aku tu,
letih dowh nak naik tangga...
Masa kat dalam lif tu, aku dengan hazir, budak rumah aku, lepas tu
ada 2 orang student perempuan masuk sekali,
so, kitorang kat belakang 2 orang perempuan tu la.

Siyes aku menyampah giler tengok style die pakai tudung..
Agak2 r kalau nak ikot trend, jangan la sampai libas
jambul aku ni... sebab tudung die pakai tu,
banyak terlebih2, asal pusing kepala je,
hujung2 tudung tu mesti libas kepala orang...
sakit r....

Secara tiba2, seekor lelabah keluar dari celahan belitan tudung
budak tu.. mak ai..
"boleh kau bela lelabah kat kepala kau?"
agak2 r cik adik, kalau ye pon nak bela,
aku boleh tolong belikan bekas tok lelabah tu..
ha ha ha...

p/s: aritu ikot awek aku pergi beli tudung kat jb,
memang patotlah aku kena tunggu dalam keta..
hehehe... sorry yuyun.... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang