nak menang keris model baru? klik sini.

January 30, 2011

.: 2011 tanpa beg plastik... apa kata survey?? :.


Tahun baru 2011...
Bermulanya era tanpa beg plastik di Malaysia ni.
Bukan aku tak sokong, eh... sokong sesangat lah,
Mana tau lepas ni pegi shopping kat giant dapat 
beg besi tahan karat pulak, memang lepas shopping
aku terus pergi timbang kilo kat kedai besi buruk.
ha ha ha...


Ce tengok ce tengok gambar kat atas tu,
dah macam singlet pon ada kan??
Cuba buat hari tanpa singlet, aku nak tengok,
berapa ramai yg pergi bakar poster
' HARI TANPA SINGLET' tu..

ok, 'HARI TANPA BEG PLASTIK'..
aku tulis lagi sekali supaya pandangan korang
tak lari jauh sangat...
yela, mungkin dari singlet bole pergi ke bra.
ha ha ha


Actually nak story the morry sikit ni..
Pasal beg plastik ni lah...
Perbualan ni antara akak cashier dengan pakcik
warga emas, umur dalam lingkungan 45-50 tahun cahaya..

Kat satu pasar raya kat JB,
pagi tadi, pukul 11 lebih..

tit tit tit tit tit ( tekan mesin duit )

"pakcik ada bawak beg plastik?"

"hah? apa dia??"

"ada bawak beg plastik tak?" ( sambil menjengah kat pakcik tu )

"oohh.. takde takde.." sambil geleng-geleng kepala

"beg kertas ke, beg kain ke, ada bawak?"

"takde jugaklah..kenapa??"

"kalau nak beg plastik kena bayar 20sen"

"ooh ok" (sambil keluarkan 20sen) 

Apa hal cam gampang je perbualan tu???
perlu ke tanya banyak2??
perlu ke tanya pasal beg kertas or beg kain??
nanti apa kata beg plastik, mesti kecik hati...

ok, ni pulak perbualan antara aku
dengan cashier kat JJ penang...

tit tit tit tit tit (korang tau ni bunyi apa kan.. ha ha ha )

"nah 20sen, nak beg plastik!!"

see that??? simple..
ni bukan perbualan,
ni dah macam nak rogol mesin duit tu la pulak.. ha ha ha..

p/s ; save the earth, no more plastic bag...
       kumpul 20sen tu sampai jadi gunung,
       pastu bole buat belanja kawen...

sekian terima kasih... sain attendance kaki blogger



January 28, 2011

.: aku dilantik sebagai ketua geng utara?? biaq benau??? :.

Aku bangga....

Baru setahun carrot aku duduk kat Penang ni,
Secara rasminya aku telah dilantik menjadi
ahli lembaga tertinggi geng utara...
geng apa kat utara ni? hah, yg ni kita tak tau ni..


Nampak tak gambar kat atas ni? 
hensem tak?
hensem macam khairul fahmi che mat tak?
ada macam gambar kamera tak?
nak gambar lagi tak?
nak kena hempuk tak?
tak? tak? tak? tak?
ha ha ha

Nak kata gangster, takkan letak gambar kamera,
baik letak gambar dr. rozmey, nampak garang banyak.
natijahnya, aku dijemput untuk jadi
ahli LBG..... stands for??




Aku dijemput secara rasminya oleh tuan punya group ni,
Bro Yuazwan Jusoh eceh, style gila panggil bro,
takpe2, kehormatan tu penting... ye tak bro??


Dimulakan dengan FB kukubesi, bro ni secara diam2
mempromosikan baju LBG ni kat aku...
sampai la satu tahap, aku terpengaruh dengan rakusnya..
secara gelojoh yg sempurna, aku order baju ni..
ingatkan dapat seluar sekali macam main futsal,
rupa2nya, dapat baju dan kamera SAHAJA...
hahaha gurau je... gila apa nak bagi aku kamera free2 cam tu je..


Salah satu hasil daripada LBG yg membuatkan aku teruja nak
join group ni...
FotoManipulasi....
superb bai..!!!
Lepas aku menguar-uar kan keterujaan aku kat gambar ni,
tiap2 hari bro tu suruh aku buat macam tu..
tuuuuuuuu dia... padan muka aku..
dah la tak reti buat.. buat bodoh je la.
hahaha...
takpe2, 
nanti bro ajar saya ea?? hehehe..

sekian terima kasih..... sain attendance blogger...


p/s : serius SHITTTTT.. hot giler doe!!!
nice pose sayang.... erk???

eh, lupa pulak, LBG ni group photography tau,
bukan group fan club rozita che wan....






January 27, 2011

.: bosan.bosan.bosan :.

tekan gambar untuk tumbesaran sempurna

Baru aku sedar yg aku dah besar dah sekarang ni.
Bila cek balik IC aku, aku bukan sekadar
21 tahun, malah mampu untuk memangkah
dan membuang undi habis-habisan.
yeah!!

Kadang2 tu kita tak perasan yg kita dah besar,
asyik perasan comel je kan,
mana lah nak sedar.

Tapi tu lah dia, bila dah besar ni,
macam2 benda yg kita lalui
dari sekecil2 tadika,
sampai lah sebesar2 kolej,
dekat situ lah kita dapat
macam2 pengalaman hidup.
Dapat jodoh pon ada jugak kan.

sebenarnya aku tak tau nak tulis apa,
main redah je ni
sebab rasa dah lama x update blog
kesayangan Malaysia ni.. ahaks...

apa2 pon, thanks kepada
penyokong2 blog aku ni.
appreciation to them..
challoWww..

p/s : semalam aku main futsal,
skor banyak gila babeng.







January 23, 2011

.: saya baru nak up :.


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru nak belajar
Kenapa suruh saya jolok..
ha ha ha


Ni masa mula-mula aku belajar gune
Adobe Photoshop
memang mengarut betol hasilnya
kebudak-budakan pon ada..


untuk pengetahuan umum
ni lah dia gambar pertama yg aku edit.
aku berjaya mengeksploitasikan gambar sendiri.
Lepas tu letak kata2 semangat kat tengah2 tu.
Skema gila aku... hahaha


Biasa lah manusia kan,
dah tau guna pakai,
mesti nak cuba benda baru..
hasilnya....
PLAYGAY..!!! haha




"apa kejadahnya mat rempit ajak aku berlumba"
dialog dari edisi siot ni. 
hahaha...

p/s : biar bermula dari bawah,
nanti lama-lama kita akan di atas.
lepas tu kat bawah balik.
damn...

.: Di suatu petang yg berair.... basah beb :.


Teruja bukan anda semua tengok gambar kat atas tu..
Mesti ramai yg tertanya-tanya pasal gambar ni.

"eh, apakah ini semua??"

"wei, kenapa ada batu-batu kat situ??"

"errr.... mungkinkah ini sebatang sungai yg sedang mengalir??"

atau

"amik kat google je kot, nak bising2 pulak!!"

 ha ha ha...


Ni lah dia Sungai Sedim, Kulim, Kedah Darul Aman, Malaysia...


Kitorang gerak naik motor je.. takde duit??
eh, manade, duit banyak kot, berkepuk2
bukan apa, senang sikit nak basuh kat sungai tu nanti.
Bila sampai je, terus parking dalam air, tinggal je la kat situ,
dah sudah main air, datang balik amik... ha ha ha...


Jangan tak percaya...
Orang bujang macam aku ni, pergi enjoy2 dengan member2
pon bawak bekal beb... 
Nasi goreng bodoh namanya..
Diserikan lagi dengan berbatang-batang sosej empuk.
Letak dalam dua bekas berasingan, lepas tu selit
dalam seat motor member aku.
Sampai kat sungai tu, nasi yg aku goreng tu
dah bau bontot.. cisss....


Nampak macam kapas tak?
nak korek telinga, petik je kapas kat sini. ha ha ha
Ni sebenarnya slow shutter dari kamera hitam aku,
sesiapa yg berjiwa kamera, akan cakap "WOW!!!!"
sesiapa yg berjiwa rempit, akan cakap "MOTOR GUA LAGI
LAJU DARI KAPAS LU NI"... erk.....


p/s : Masa tengah mandi, tiba2 carrick, player untuk Man United tu mandi 
       kat situ gak.... watafak man??


January 22, 2011

.: seringgit dan lima puluh ringgit :.



Di suatu petang yg dingin...
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit,
lalu duit seringgit bertanya,

"salam, lama tak nampak, mana kau pergi?"

lima puluh menjawab,

"aku pergi merata tempat, pergi stadium tengok bola,
naik star cruise jalan pusing2 laut, pergi kota kinabalu
naik Air Asia, lepak one utama, pergi tengok konsert AF.
Tempat2 macam tu lah aku pergi. Eh, kau macam mana pulak?"

Duit seringgit menjawab perlahan sambil tunduk

"biasa lah, mana lagi nak pergi, balik-balik SURAU, MASJID,
SURAU, MASJID..."

p/s : 1. Biar seringgit, janji ikhlas...
       2. Jangan lupa derma kat rumah Allah
       3. kalau taknak, bagi kat aku!!!

January 21, 2011

.: korang yg beromen, aku pulak yg tidur lambat :.


Malam dah semakin larut, dah pukul 1 pagi
aku berkenan nak masuk tido, ngantuk kot.
masa aku nak tarik langsir tutup tingkap,
aku ternampak adegan ringan-ringan sepasang kapel.
pehhh... free show bai...

Sebijik macam scene filem titanic,
si jantan tu tengah pelok si betina dari belakang
sambil angin tiup sepoi2 bahasa sanskrit,
mengerbangkan lagi rambut si betina yg ikal mayang tu..

Yg aku ni terkuis2 langsir taknak bagi kantoi ngendap,
nak je aku jerit, tapi lek lu der, baru nak start tu,
rugi r tak tengok. ha ha ha...

Siot r, dia punye foreplay, lembab nak mampos
tangan aku dah lenguh dah ni pegang langsir,
last2, aku bukak je luas2, senang cite..

tunggu punye tunggu.....
"bila la diorang ni nak henjut2"
aku bermonolog dalam hati....

dah sejam aku tunggu, takde adegan yg lagi panas,
baik aku tidur, esok kelas pagi...
aku terus tidur sambil termimpi adegan tadi..

pagi tadi mandi macam biasa,
cuma ada lafaz niat sebelum aku mandi..
damn!!!

January 19, 2011

.: hentikan gangguan seksual terhadap lelaki :.



Kalau dulu, bangun pagi-pagi baca paper terus stim.
Front page je dah cerita pasal kes warga emas dicabul lah, 
kekasih rogol kekasih lah, pegang payudara dan lari laju-laju lah,
raba sana, raba sini, berbual lucah dengan rakan sekerja lah,
itu lah, ini lah... lah lah lah lah.. banyak nya lah... 

Konklusinya,
Lelaki yg dipersalahkan....
lelaki ni sebenarnya baik,
selalu hulurkan tangan, ringankan beban...
paham tak??? erk....

Semenjak, dua menjak, tiga menjak aku melangkah masuk
ke alam kolej ni, lain pulak ceritanya..
Bila tengok student2 perempuan datang kelas
dedah sana, dedah sini, baju jarang lah, baik bogel je..
Ramai kawan-kawan datang mengadu kat aku,

"wei, tak tahan r tengok awek tu, belanjeeee beb!!'

"mak aih, ni nak pergi kelas ke pergi mandi ni..arghh"

"saket dowh... dah la seluar aku sempit ni"..... 

natijahnya, mana pergi baju2 korang yg tutup2 tu
wahai cik wanita??

mana pergi melayu kita??

mana mau pergi cik adik pakai macam tu? 
swimming pool ke kelas?? mestilah swimming pool!!!
ha ha ha ha..... 
jadah apa pergi swimming pool bawak kalkulator....




p/s : tak semua perempuan macam tu, tapi sekarang ni
kebanyakan dah jadi macam tu...
esok lusa, kesemuanya pulak...
janganlah....

janganlah seksa jiwa dan naluri lelaki kami ni,
kerana kami pantang melihat free show ni,
tapi kalau dah free.... go on!!!!


January 18, 2011

.: Cara-cara nak hilangkan rasa mengantuk :.


Tiba-tiba aku terasa nak tulis pasal cara-cara nak tahan ngantuk
pulak hari ni...terutamanya bagi student2 universiti ni, sebab semalam,
untuk kelas yg pertama hari isnin yg mulia ni,
aku tersengguk-sengguk macam ayam makan dedak..
kok kok kok kok kok ( bunyi ayam lapar )
arghhh...
aku nak kongsi sikit macam mana nak hilangkan rasa ngantuk
tahap gaban ni....



1. Tidur awal...

Masa aku sekolah rendah dulu, paling last bapak aku bagi can
sampai pukul 11 malam je.. tu pon telinga aku ni dah habis panas dah
kena santau dengan bapak aku..dia santau supaya aku bangun lambat...
"ngah... pergi masuk tidur, kang esok bangun lambat kang!!!! "
orang cakap kata2 dari ibu bapa tu doa.
kalau dia dah cakap macam tu, memang lambat r aku bangun.
doa ibu bapa ni makbul tau...
so, kalau dah bangun pon lambat,
memang ngantuk la.... tidur lah awal ea anak2...



2. Cubit diri sendiri

Semalam punya ngantuk aku kat kelas, memang dah tak boleh handle dah,
dah la semalam start2 je minggu baru, kelas agama.. perghhh..
memang tak dinafikan lagi lah jumlah syaitan atas kepala.
Yg bergayut kat mata tu lain cite pulak...
Aku dah tak tahan, nak tido, takut kena baling buku,
aku pon ambik jalan pintas.... cubit lengan aku sendiri..
sakit dowh!!! tapi sukses...
terus aku tak ngantuk dah.... tapi tak sampai 5 minit,
aku sambung makan dedak... arghhh...
pasni nak cuba main tikam diri sendiri pulak...



3. Usha awek paling HOT dalam kelas ( untuk lelaki )

Dah memang lumrah lelaki, nampak awek hot sikit
terbeliak biji mata, sampai ada yg nak pinjam mata member
sebab awek tu hot sangat... (panas.panas.panas.)
Dan secara lumrahnya, aku sebagai student mekanikal engin.
memang susah nak jumpa pompuan hot dalam kelas,
natijahnya, terpaksa usha lecturer pompuan yg hot2..
bini orang pon boleh lah, janji tak ngantuk. ha ha ha
Kalau kelas tu lecturer laki yg ajar, terus pergi balik tidur
kat rumah... masyukkkk....



4. Belilah sabun tahan mengantuk ni.

Kalau memang dah tak boleh dibendung lagi,
keluarkan modal sikit, beli sabun tahan ngantuk ni.
Aqura bath soap namanya... tak mahal pon, sebijik 1o hengget je.
Ini bukan calang2 sabun, sabun ni lain sikit.
Katanya untuk segarkan muka supaya tak rasa mengantuk.
Tapi kalau korang dah try benda ni, still tak jalan jugak,
rendam sabun ni dalam air sampai larut, pastu minum dengan kerap,
3 kali sehari selepas makan....
arghhh... 


p/s : kalau masa kelas korang rasa ngantuk sangat,
pergi bilik air, ambik wuduk, segarkan muka dan mata,
sesungguhnya Allah membantu hamba2Nya yg ingin berjaya..

apehal aku alim sangat ni..??? arghhhh...

selamat mencuba  :)


January 16, 2011

.: Contest PIC hitam putih paling COOL :.

Contest, contest dan contest..
memang aku suka benda2 tahyul macam ni.
Kadang-kadang rasa bijak pulak bila masuk contest.
kalau masuk jail je tasa bersalah..

tuan punya contest sila klik sini

Berdasarkan habuan seratus yg bakal diterima 
nanti, aku nak beli buku material science
yg sekarang ni aku memang tak paham if
masuk kelas cuma bawak beg
yg dalamnya just ada pen biru dan
pensel tekan2 kaler hijau
dan sebungkus test pad (narrow line)
arghhh.. pelu ke sebut narrow line tu??

- tekan untuk tumbesaran -


awas!! gambar di atas sangat HOT...
kalau nak save pastu buat wallpaper laptop bole je.
tapi elakkan sentuh dengan tangan gambar tu,
kemungkinan melecur tahap ketiga
sebab gambar tu sangat hot..!!!

erk???


lagi sekali aku nak tag blogger2 cirit bak kata doyah :








January 15, 2011

.: terkesima seketika :.


Bukan aku nak kutuk lah kan
tapi lepas 'kejayaan' besar
yg dia perolehi hujung tahun lepas,
membuatkan dia terus untuk maju 
kebelakang... (backstreetBOYS)

Mentang2 lah Mark Zuckerberg aka si Fesbuk founder
tu bagitahu yg Facebook ni akan ditutup,
timbul pulak satu social networking ala2 facebook.
mungkin sehebat facebook?
mungkin seramai facebook...500 juta pengguna???
mungkin disebabkan ianya kaler merah,
akan jadi lagi hot daripada facebook
yg hanya kaler biru ala2 gay... mungkin..

sama-sama kita nantikan...
zaaaassss!!! 
haha haha

'pecah kaca pecah cermin
sudah baca harap komen'

January 13, 2011

.: gua dengan rokok macam..... :.



Rokok ooh rokok....
Sekali hisap pasti nak lagi... confirm!!!

Gua dengan rokok macam kembar... cuma tak seiras.
Kepala rokok kaler coklat, sama macam gua...
cuma rokok takde rambut... rambut gua cacak-cacak.

Gua dengan rokok macam kapel... sentiasa disisi gua.
Mana je gua pergi, rokok mesti ada...
Paling miskin pon, sebatang dua mesti terselit dalam poket.
Bangun pagi cari rokok...
lepas makan cari rokok...
nak berak cari rokok...
gua bosan, gua cari rokok...
gua lepak2 gua hisap rokok...
bak kata pepatah,
'siapalah rokok tanpa gua'...


Gua dengan rokok macam-macam hal jadi...
gua takde duit nak beli rokok, gua songlap syiling bapak gua
malam-malam gua sangap asap, gua songlap kretek bapak gua
gua cakap dalam hati, gua bukan nak curi, bukan nak jadi pencuri
gua nak pinjam je...nanti gua ganti balik....
kepala hotak lu pinjam... grrr

Gua nak pergi hisap rokok jap...

January 12, 2011

.: Awan Dania versi Jantan ;.







p/s : gambar saje....

.: bila tension jadi gemok :.



Semangat giler malam semalam tido awal, sebab pagi ni
kelas start pukul 9...
bila dah semangat sangat, tido tak hengat dunia,
pukul 8.30 aku bangun pagi tadi,
confirm2 lah subuh gajah.. adoi...

Ok, semangat masih lagi membara
sebab sem ni nak naikkan balik pointer aku
yg jatuh mendadak sem lepas...
memang shit r, banyak gila jatuh...

Kelam kabut aku siap2 pagi tadi,
nak naikkan pointer, pergi kelas mesti mau smart..

Berbekalkan 125z hazir, aku meluncur hebat
bagai loris kafirrosi race kat sepang..

Sampai kelas je... kosong!!
ok, sebenarnya aku sampai awal..
tunggu kejap, nanti lecturer sampai.
Semangat ni....
tunggu punya tunggu punya tunggu...
lecturer memang takkan sampai..
arghhhh....

tension betol...
terus aku pergi makan roti canai kat kedai makcik tu.
cicah kuah dal dengan gula...
pastu balik, update blog ni... arghhh
pastu aku nak tido....
selamat malam...

p/s : kalau tension, pergi amik wuduk.....
       cin cang cin cang....


January 11, 2011

.: Kamera Hitam punya angkara :.







alhamdulillah
tercapai jugak hasrat aku.

hasil daripada ketelitian,
aku berpuas hati dengan apa 
yg aku miliki sekarang

NIKON D90


.: Bukit Merah Laketown Resort :.

Dengan berbekalkan proton Exora pinjam,
Bukit Merah aku daki hujung minggu yg lepas.



Banyak doe rintangan untuk aku sampai kat sana,
dah plan seminggu awal, kononnya nak naik van,
bila kol tempat sewa van tu, dia cakap ada...yes!!
kia pregio dalam tangan...

Plan nak gerak jumaat petang, pagi tu dia kol
bagitau yg van tu tiba2 takde... pekejadahnya tiba2 takde...
arghhhh.... damn r..

Usha punya usha, last2 dapat proton exora..
murah beb... 585 hengget untuk 2 hari..!!
murah?? gila... kering duit aku..
tapi takpe, yg penting dapat gerak... yeahh...

Bajet?? ok lah...
sewa hotel RM130, Suria Service Hotel, siap sarapan,
tapi aku tak sempat nikmati makanan free tu,
sebab bangun pon dah pukul 11, baucer tu valid sampai 10.30 je.
arghhh,. rugi..rugi..

Haritu aku cuma amik tiket nak masuk water park je,
sebab dah nak petang kan, so main air je la.
RM 24.30 untuk sorang, ok lah tu...
tu pon sebab dapat diskaun kitorang cek in hotel tu..

Malam tu pegi jalan2 kat ipoh...
nak usha race hajatnya, tapi bapok yg kami dapat. ha ha ha
taklah, gurau je... takde apa sangat pon kat sana,
KEL KEL KEL banyak r... damn!!




January 10, 2011

.: baju kurung dan gitar ;.


ana raffali dah menang...
esok aku nak pegi kelas pakai baju kurung..
lepas tu bawak gitar, bukan buku!!

aku tau ramai yg nak pertikaikan
sebab bila tengok kat fesbuk,
semua respon macam negatif je..
tapi takpe ana, awak suwit dengan baju kurung... oouchh!!!


congrats!!

January 07, 2011

.: bogel je lah, nanti tak stim :.


cantik tak design jersey team futsal aku??
mestilah tak!!!! sebab aku yg buat. ha ha ha.
padan muka korang, siapa suruh aku buat.

tapi tu lah dia, kalau dah pakai baju
macam mana nak rasa stim kan.
bila tak stim, macam mana nak main??
ha ha ha..
takpelah, esok main futsal 
pakai kasut dengan stokin je.
confirm2 dapat gol banyak
sebab team lawan tak sanggup
nak tengok betapa 'hebat'nya
team kitorang punya.
ha ha ha

arghhhhh.....!!!
sorry sebab tambahkan dosa korang
tengok benda-benda macam ni..

p/s : sedapnya prosperity burger mekdi..!!

January 06, 2011

.: ku sayang fatimah :.


Dah semester 3 dah rupanya aku ni, pra-senior, esok boleh pegi pijak junior.
Tak pon, suruh diorang berus kan gigi aku, ha ha ha...
Senior aku cakap, aku dah boleh amik borang untuk apply jadi senior
sem depan, kalau tak lepas, cuba untuk sem depan nya lagi.
Tapi kalau tak berjaya jugak, latih diri jadi gangster, buat muka paling ganas,
arghhhh...


aku ganas kot,....betol la... tak caya tanya pakgad kampus aku,
tanya dia, sape yg kena halau balik masa daftar sebab rambut panjang..
mestilah bukan aku... ha ha ha.. rambut aku mana panjang sangat,
paras dada je kot.. ha ha ha.. fight-fight dengan bulu dada la pulak....
ganas ke kalau rambut panjang???

apa kena mengena dengan 'KU SAYANG FATIMAH'? dengan gigi aku???
dengan rambut aku??? takde kaitan langsung pon!! ha ha ha..

Sebenarnya baru pagi tadi aku tau nama lecturer aku masa sem 1 dulu.
Sebab masa add FB dia, display name dia, KU SITI FATIMAH,


Aku ingatkan dia saja-saja je letak macam tu, mana lah tau kan,
dia nak letak 'AKU LAH SITI FATIMAH' ke, tak pon,
KUKU KAKI FATIMAH ke...


tadi masa jenjalan cari kelas, aku ternampak kat board lecturer,
terang2 tulis KU SITI FATIMAH...  

"oowwhh... tu nama betol dia rupanya" 

okeh, sekian... ha ha ha.

kelakar tak??
arghhhh...

p/s : pasni aku nak tukar nama fesbuk aku,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang