nak menang keris model baru? klik sini.

October 30, 2011

.: sekolah rendah :.

Macam yg aku sendiri tau, aku dah 21 tahun sekarang...
belajar pun dah tinggi... tapi takdelah hebat sangat macam
korang korang yg belajar kt ipta terkemuka Malaysia tu...
aku biasa biasa je... pointer pun cukup cukup
makan je, kalau tak cukup, puasa je la kot...

bila belajar dah tinggi tinggi ni, cara aku belajar pun mestilah
dah berbeza dengan masa belajar rendah rendah dulu kan...

perbezaan bila tengah jawab exam lagi lah ketara...
memang ketara sangat sebab masa jawab exam kt uitm,
orang sebelah yg jadi kalkulator aku...
tak yah susah2 tekan tekan, jeling je kat orang sebelah
dah dapat jawapan.

kadang kadang tu ada jugak aku terbawak masuk
nota nota kecik yg aku tulis untuk buat hafal last last minit,
dah bawak masuk, kena lah bukak,
kalau tak bukak, takut kecik hati la pulak nota tu...
kan3...

aku ingat lagi masa aku darjah 3... 9 tahun kan masa tu?
ok kejap, masa darjah 2, aku dapat no 1 dalam kelas..
hebat tak? ok, tak hebat sangat sebab tak sampai setengah jam
aku jatuh no 2, sebab ada sorang budak perempuan ni
boleh perasan pulak yg cikgu salah tanda kertas jawapan
ujian dia.... macam mana seorang budak perempuan yg berumur
8 tahun masa tu boleh semangat gila cek kertas jawapan,
pastu semangat gila kira balik , nak buktikan yg cikgu salah tanda..
kesian aku masa tu sebab menangis dalam kelas depan orang ramai.

Tapi Alhamdulillah... nak jaga hati aku punya pasal, cikgu naik kan
darjat aku dengan letak aku kat dalam kelas yg budak budak dalam tu
semua top scorer... Padahal aku memang kena tukar ke kelas tu pun,
sebab siapa siapa yg dapat no 1 sampai no 3, dapat masuk kelas
budak budak pandai... haram jadah...

oohh tadi nak cite pasal masa darjah 3 kan?
masa aku darjah 3, aku dah masuk kelas budak budak
top scorer, semua pandai pandai, rajin rajin pulak tu...
cikgu belum masuk kelas, masing masing dah siap bukak buku...
aku pulak tengah syok main lawan pemadam dengan diri sendiri.
macam bodoh je kan?

masa aku kat kelas darjah 3 tu, ada sorang cikgu ni, tabiat dia
memang pelik, buang tebiat agaknya...
benda ni hanya akan berlaku kat pelajar lelaki sahaja...
bila sorang pelajar lelaki tu ada terbuat salah, sengaja buat salah,
atau pun dianiaya oleh kawan sendiri yg
menunjukkan dia bersalah, cikgu ni akan suruh budak lelaki yg bersalah tu
bukak baju, lepas tu gantung kad manila kat leher...
atas kat manila tu tertulis dengan kemasnya ayat
"SAYA TAK AKAN BUAT SALAH LAGI"
sambil jalan keliling sekolah, dan akan singgah kat setiap
kelas yg ada kat sekolah tu... teruk kan cikgu tu?
suka sangat buat pelajar pelajar perempuan yg lain stim
tengok badan kitorg... walaupun tak tough, tapi belum buncit..








Tapi sekarang, orang tak suruh pun aku dah bukak baju

2 comments:

izzatie zatie indera said...
This comment has been removed by the author.
Panglima Arep said...

@izzati
haha... untunglah awak x sekolah kt situ.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang