nak menang keris model baru? klik sini.

August 31, 2011

.: Salam Aidilfitri :.


Alhamdulillah...
Selesai jugak Ramadhan untuk tahun ni
walaupun tak sehebat mana puasa aku,
tapi aku puasa la jugak, kalau nak bandingkan
dengan org yg tak puasa tu, baik aku lagi yg puasa ni..
hahaha...

Sempena Syawal 2011 ni, terdetik hati aku
nak luahkan apa yg tersirat kat hati aku ni,
kemaafan yg perlu aku pohon dari mereka2 ini,
iaitu keluarga aku yg tercinta...


Abah...
Angah susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
atas segala salah silap angah pada abah sepanjang
hidup angah, mungkin angah ada buat abah menangis,
atau marah pada angah, mungkin itu yg tidak
disengajakan atau tersalah pandang. Terima kasih
kerana abah berjaya mendidik anak2 abah
menjadi insan yg berguna dan bertanggungjawab,
maafkan angah..


Ibu...
Sepanjang 21 tahun angah hidup, banyak sangat
salah silap angah pada ibu, selalu ibu menitiskan
air mata kerana angah, setiap titisan itu membuatkan angah
sedar dan insaf dengan kesalahan yg angah lakukan.
Angah sentiasa mencuba untuk menjadi anak yg baik,
mungkin angah gagal, tapi angah akan berusaha
untuk mencapai title sebagai 'anak soleh'
maafkan angah...


Along...
Menjadi adik kepada along adalah satu nikmat
yg Allah berikan pada angah, angah lah adik yg paling 
beruntung sekali dalam dunia ni ada abang macam along,
angah tak nafikan along lah abang paling bertanggungjawab
yg pernah angah dapat, tanggungjawab ada keluarga kita
along tak pernah abaikan, along banyak tolong angah
sepanjang angah hidup ni. terima kasih along.
maafkan angah...


Aiman...
Angah sedar sepanjang kita hidup bersama
di bawah satu bumbung, angah terlalu banyak
mengabaikan tanggungjawab angah pada aiman,
angah lalai semasa menjadi abang kepada aiman,
selalu angah pentingkan benda lain selain dari aiman,
tapi percaya lah, macam mana berat sekalipun
tanggungjawab angah, angah tetap berusaha
untuk menjadi seperti along, along lah
abang yg terbaik untuk dijadikan contoh pada kita
adik-adik ni, angah sentiasa cuba untuk
membantu aiman dalam apa jua keadaan
demi menebus kesilapan lalu..
maafkan angah...


Adik...
Hai si comel... kehadiran adik dalam keluarga kita
menambahkan lagi seri dalam keluarga kita,
11 tahun Allah menguji angah sebelum adik dilahirkan,
Angah pun nak mintak maaf kalau selama adik
ada dalam keluarga ni, angah banyak menyakat adik,
angah banyak buat adik marah pada angah,
banyak buat adik menangis, tapi angah harap
satu hari nanti, adik akan sedar kenapa angah buat semua tu,
tanpa perkelahian di masa kecil, hubungan sesama
adik beradik tidak akan rapat di  kala dewasa nanti.
maafkan angah...

*****************

Salam Aidilfitri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang