nak menang keris model baru? klik sini.

March 14, 2011

.: kembar dua :.

Ni aku nak story masa aku pergi kenduri kawen aritu..

Masa aku pergi kenduri rumah kazen awek aku aritu,
aku lepak lah dengan family & sedara mara awek aku ni,
lepak makan satu meja la, meja tu bulat, takde la besar sangat
boleh la muat dalam 5-6 ribu orang, takpon, lebih 20 ribu
ekor anak ayam..

Lepas dah abes makan tu, masing2 bebual la, macam2 cerita
keluar, dari bahasa Melayu, sampai la bahasa jawa yg
sejak azali lagi aku memang tak paham dan tanak paham.
Kalau jual kamus Melayu-Jawa-Melayu oleh Oxford Dictionary
pon aku takkan beli.. takkan!!

Ok, kat sebelah kanan aku cerita ni,
sebelah kiri pulak cerita tu...
aku pulak tukang dengar.. seronok...

Lepas tu, tiba2 ada sorang makcik awek aku ni,
memang kelakar orangnye,tiba2 cakap kat sorang lagi makcik ni,

"aku rasa kan, si temah ni (nama tu aku reka je ) nak dapat
anak kembar kot"

"eh, yeke?? mane kau tau??

"yela, laki bini mengandung"

 ni bini die


     ni pulak laki die


erk...???

p/s : wahai lelaki di luar sana, jage lah kesihatan perut anda
       bukan apa, takut doktor tersalah bagi ubat.. hahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang