nak menang keris model baru? klik sini.

December 21, 2011

.: manusia ini hanya biasa :.

Assalamualaikum....

Kau orang pernah dengar tak manusia manusia sejagat sekarang ni selalu sangat puji bertubi tubi sang manusia lain yg lebih tinggi darjat nya? mesti selalu dengar kan... Tipu lah kalau kau sendiri tak pernah puji orang lain... tak kesah lah puji kecantikan diri atau kemahiran yg manusia tu ada... kurang kurang pun kau buat orang tu senyum even kau tipu je..

Kalau kau Perdana Menteri,  kau hebat sangat ke? kau bole jawab soalan macam ni   $ y = x^{ \ln x } (\sec x)^{3x} $ . ?
aku tau mesti tak boleh...  sama je macam adik aku darjah 4 tu tak boleh jawab...

Kau rasa kau biasa, tapi kau sebenarnya luar biasa dalam bidang yg tersembunyi... orang lain tak nampak kehebatan kau, kau hebat dalam diam...






Tak payah nak berlagak sangat dengan duit ribu ribu kau tu....  jangan berlagak kalau kau mampu beli kereta kancil dan convert jadi lancer sedangkan orang yg beli lancer asli sendiri pun tak berlagak macam kau...


Hebat mana pun kau, kita masuk dalam liang yg serupa...berbalut kain putih yg sama warna...

December 09, 2011

.: kau yang bernama pakwe :.



Assalamualaikum...

Hai makwe makwe sekalian... tiba tiba aku terasa macam lebih agresif menjadi seorang pakwe sejati tulen habaq hang hasil daripada tontonan Ombak Rindu tempoh hari... Kadang kadang tu, bila aku bangun pagi terasa macam mayang karim ada kat sebelah je... uish... hebat betul aarong ajis jadian ni...

Memang dah menjadi lumrah alam... lelaki hidup berpasangan dengan wanita... melainkan mereka mereka yg mengaku gay, lesbian, serta yg buat buat homo... mereka saje yg suka kat barang sendiri tapi orang lain punya...

Best kan jadi pakwe? boleh berjalan sebelah atau dengan awek awek cun tayang lurah tayang rambut tayang punggung... beruntung sangat jadi pakwe sebab boleh kasi pakwe lain usha awek sendiri yg main tayang tayang ni... lagi lagi tayang rambut yg macam dah jadi keperluan agama pulak sekarang ni... bila aku persoalkan pasal rambut, kau cakap dengan aku macam ni ;

" even i free hair, tapi i sembahyang cukup tau " ... rengus suara betina tak sedar diri....


Kau tau kan menutup aurat tu wajib? tak tau? apa yg kau tau hanyalah membeli tutti frutti serta mengayuh fixie yg mampu membuat kau mandul *kajian member aku...  sambil sambil kau kayuh fixie kau tu, kau berpeluh... habis rosak rambut yg baru kau setting tengah hari tadi..

Bestkan jadi pakwe bila awek awek ajak keluar... lagi lagi kalau awek kau tu cun gila babi tahap babi tak pakai tudung pastu tayang payu payu depan orang.. cun giler lah tu kan.... mesti kau bangga gila sebab awek kau cun habis... tapi yg tak cun nya, sebelum keluar wallet kau tebal, bila sampai rumah wallet kau nipis... awek cun habis, tapi keje dok habiskan duit pakwe... cun kan awek kau?

Aku bukan nak jeles dengan awek awek lurah kau tu, macam hipotesis sekolah rendah dulu, makin dalam lurah awek itu, makin lemas lah kau di celah lurah...

sekian terima lurah kasih...

December 05, 2011

.: jodoh :.

Assalamualaikum chenta....

"tak kenal maka tak chenta"


Mesti kau orang semua biasa dengar pepatah melayu ni kan... biasalah melayu, kaya dengan pepatah... melayu yg kaya harta hanya mereka mereka yg rajin makan rasuah macam Dia dan Dia... mereka sahaja yg kaya harta...    aku bukan jeles tapi bersyukur sebab mak aku ajar makan nasi, tak pernah pulak ajar makan rasuah.. terima kasih ibu... 


Kalau ikutkan pepatah ni, kalau kau orang nak bercinta, mesti kau orang kena kenal dulu dengan chenta chenta kau orang ni... yelah, takkan baru terpandang atau baru je selisih terus cakap nak kawen.. agak agak lah bang.. buat nye die tu bapok ke, mak nyah cap abdul rahman ke, tak ke pucuk kau meninggal malam pertama nanti... dah susah nak wasiatkan harta harta rasuah kau tu...


Aku macam nak list kan je tempat tempat yg sesuai untuk kau orang (LELAKI) bertemu dengan jodoh kesayangan kau orang tu... Antaranya ;

1. Masjid

2. Kuliah Ustaz Azhar Idrus

3. Pasar Tani

4. Uitm dan ipta serta ipts yg sewajarnya

5. Kedai tudung

6. Jakel

7. Stesen bas sementara Butterworth

8. Watson serta Guardian

9. Iklan dR. Rozmey

10. Segmen wanita hari ini

11. Kelas Pendidikan Islam

12. Jiran sebelah rumah

13. Orang yg duduk sebelah kau dalam bas

14. Bazar Ramadhan

15. Stesen minyak Petronas

16. Pusat gymnasium

17. Tesco, Giant, econsave dan sebagainya

18. Broga Hill

19. Bank Islam

20. Rancangan Ustazah Pilihan

Wahai Perempuan... Bukan aku nak suruh kau orang pergi kat tempat tempat tu, tapi kalau nak cari lah kan... kalau kau orang biasa pergi tempat tempat macam tu dan terjumpa seseorang, boleh lah di masukkan dalam TO-DO-LIST kau orang tu... yelah, takkan nak harapkan  pakwe pakwe yg hanya reti tangkap gambar guna DSLR je kan, mesti nak yg reti sembahyang punya serta yg reti bagi kau anak... dan reti bagi kau emas berbondong bondong banyaknya...

Yg lelaki pulak, takkan kau orang nak betina betina... mesti nak yg perempuan perempuan kan.. yg reti pakai telekung pastu reti lipat telekung yg dah sudah pakai tu... kau orang kena tengok tangan dia jugak... kalau dah umur 25 tahun ke atas pun tangan masih lagi macam bayi baru lahir, bersiap sedialah... tiap tiap hari makan luar sebab dia tak pernah, tak reti dan takkan masak untuk kau orang... padan muka kau... masa bercinta reti tengok payu payu dan lubang lubang je, bila dah kawen, baru tau yg bini kau tak reti masak... padan muka kau...

Jadi.... kenali lah pasangan kau sebetulnya sebelum kau masuk meminang dia... ingat.. walau siapa pun pasangan hidup kita, dia tetap jodoh kita... terima dia bukan sebab harta atau rupa dia, tapi terima dia sebab agama dan keikhlasan dia... kalau bercerai jugak? takde jodoh lah tu bang oi.....

November 30, 2011

.: banjir .:

Assalamualaikum...... (sambil pegang payung)

Hujan turun dengan lebat sekali sehinggakan kawasan Permatang Pauh, Pulau Pinang tempat aku belajar ni ditenggelami air... bukan main dalam lagi banjir kat sini sampai paras dada... paras dada kucing kalau tak silap aku.. nasib baik aku tak lemas...

tiba tiba....

Aku teringat masa zaman sekolah menengah rendah dulu.. hah mesti pelik kan, sekolah menengah ke sekolah rendah ni... orang orang yg masuk asrama macam aku je tau.. sekolah menengah rendah ni adalah mereka mereka yg tergolong dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3 atau dengan lebih manja budak budak baru nak up..
kalau zaman aku dulu, budak budak macam ni reti main Play Station 2 dengan Gameboy, diorang pergi sekolah pakai kasut Converse All Star high cut, pastu reti dress up macam budak nak mintak sula sampai tekak.. tapi kalau tengok bab belajar, sumpah diorang ni bodoh gila... kelas paling last diorang duduk..

Tapikan, tak semua macam tu...  macam aku ni lah... pergi sekolah pakai songkok.. punya lah baik tak nak susahkan mak bapak, songkok tu aku pakai dari darjah 5 sampai lah tingkatan 3... dia punya lusuh takyah cakap laaa... arhh.. peduli apa aku, lusuh macam mana pun songkok tu, kau ada pakai? nak pergi masjid pun susah, ni kan nak pakai songkok...

Masa zaman baru nak up ni jugak, ada satu trend budak perempuan yg tergolong dalam spesis bangang tak sedar diri ni... dah la tak lawa, bodoh, kelas paling last, pastu suka bawak trend bangang kau tu masuk dalam sekolah... trend itu lebih dikenali sebagai BANJIR... ok, imagine sekejap... budak perempuan sekolah menengah pakai baju kurung putih kain biru muda...

Trend yg si bangang ni bawak adalah baju kurung tu, dia punya lengan sampai kat siku bawah sikit je... pastu kain biru muda tu diorang singkatkan sampai nampak betis bulu bulu diorang tu... pepatah ada mengatakan, dah bagi betis, nak peha.. hah ni lah.. diorang dah bagi pakwe pakwe tengok betis diorang, ofkos lah pakwe pakwe ni nak rasa peha dan yg sewaktu dengannya... pastu hilang dara.. padan muka.. bodoh sangat buat macam tu...

kenapa aku cerita pasal benda macam ni?

Aku tengah marah ni sebab petang tadi ada budak sekolah pakai uniform sekolah, ( baru abes exam SPM kot) kain singkat sampai peha, naik motor laju laju dengan pakwe dia, pastu langgar air kena kat aku... habis aku kena mandi wajib sebab terkena air dari perempuan tu... arghhh!!


*mood : jeles sebab sekolah tengah cuti, tapi aku baru nak start semester baru.. *DANGGG pengsan~

November 27, 2011

.: Solat itu Tiang Agama :.

Assalamualaikum..... (sambil pakai kopiah)

Hai everybadi.... subuh sudahkah kau padi tadi? tidak? adakah kerana malam tadi mimpi yg sangat indah dan kau malas nak mandi wajib sebab pagi pagi sejuk sangat... Bodoh buat kau... seratus peratus Bodoh... bole pegi mampos sebelum masuk waktu Isyak kejap lagi...

Kau tau kan solat itu tiang agama?
tak tau? sebab kau leka dengan awek hot urban kau tu kot....

ok, kita ambik satu contoh yg simple dan mudah... sebuah rumah harus mempunyai tiang agar dapat membina di atasnya bumbung agar kita dapat berteduh dari panas dan hujan... tiang tu jugak beraksi sebagai penahan daripada rumah itu roboh dan ranap... tanpa tiang, maka robohlah rumah itu... sekian..

Tanpa solat, Agama kita runtuh... sama la jugak macam kau runtuh dengan awek awek kau kat tengah bandar sana tu... masa mula mula kenal, masing masing jaga solat serta saling mengingati antara satu sama lain.... bila dah pandai keluar merayau, kau dengan dia sama sama runtuh dalam punggung wayang tu tengok cerita cinta yg ada banyak adegan cium cium punggung...

Aku ada satu fakta nak share dengan korang korang semua... harap ambil perhatian yg secukupnya dan sewajarnya... sape taknak baca, pegi mampos cepat cepat.. tak payah tambah dosa lagi...

benda ni berdasarkan pengiraan rambang sahaja okay..

1 hari ada 24 jam  x 60 minit  = 1440 minit Sehari
1440 minit  x 7 hari  = 10080 minit Seminggu
10080 minit  x 4 minggu  = 40320 minit Sebulan
40320 minit  x 12 bulan  = 483840 minit Setahun
483840 minit  x 62 tahun = 29998080 minit Seumur Hidup

Solat 5 waktu sehari memang wajib... CONTOH lah kau ambik masa 5 minit untuk solat satu waktu sendirian campur doa dan mintak ampun...

5 minit  x  5 waktu  =  25 minit Sehari
25 minit  x  7 hari  = 175 minit Seminggu
175 minit  x 4 minggu =  700 minit Sebulan
700 minit  x 12 bulan = 8400 minit Setahun

CONTOH lah usia umat manusia sama seperti Nabi Muhammad S.A.W iaitu 62 tahun..

8400 minit  x 62 tahun  = 520800 minit Seumur Hidup


nampak tak? 


kau hanya menggunakan 520800 minit daripada 29998080 minit dari hidup kau untuk menunaikan kewajipan yg wajib ni... masih tak insaf? ok, dah masuk waktu Isyak.. dah bole pegi mampos laju laju...














*kalau aku ada salah kira, kau kira balik sendiri okay? amik kalkulator canggih kau tu...


usia Nabi Muhammad wafat tu pun kalau aku salah tulis, maaf yee...


renung renung kan lah sampai tembus laptop kau yg canggih tu tapi tak boleh nak connect internet~

.: speechless :.



"Ya ALLAH  Ya Tuhan ku , Kurnia kan lah aku jodoh yg terbaik  buat diriku yg Hina ini"

November 21, 2011

.: jom tengok bola :.



Final Bola Sepak
Sukan Sea 2011  (Indonesia)
Malaysia vs Indonesia
goodLuck
:)

November 19, 2011

.: bunga :.

Assalamualaikum...

' bunga bukan sekuntum, 
  kumbang bukan seekor '

kau orang semua mesti dah biasa dengar ayat tu kan?
ayat tu je lah yg sesuai untuk mereka mereka yg putus cinta...

masa tengah sedap, tengah sedap.. dan sedap
sayang je la keluar dari mulut kau..
sikit sikit saya sayang awak
i love u tak yah cite la kan
bersepah sepah atas katil

kau tak payah nak sedih sangat lah
bukan dia sorang je yg ada untuk kau kat dunia ni
bersepah sepah lagi orang yg lebih berhak dapat kau
yg berhak untuk memiliki diri kau yg hebat tu
satu hari nanti kau akan jumpa jugak Mr or Mrs Right
chill je lah tau?

kau kena tau kenapa kau putus dengan dia
mungkin sebab dia ada someone lagi better dari kau
dan kau jugak kena tau, kalau kau putus sebab dia
ada someone maknanya kau pon akan dapat yg lagi
better dari dia... seirus better, jangan risau..
 iyeeeeee... aku tau kau sedih sangat, tapi
tak payah nak sedih lah kalau orang dah khianati
cinta kau yg bajet tulus mulus kudus tu...



tu lah kalau putus cinta..
putusnya ikatan kasih sayang
antara Adam serta Hawa
cinta kerana manusia sementara
cinta kerana Allah kekal selamanya





kalau mereka mereka yg putus Haid pulak

'Ayang rela kalau bermadu'


November 18, 2011

.: segar :.

Assalamualaikum...

sluuuurrpppp... ( hirup udara segar penang )

arrhhhh.... ( hembus udara busuk johor bahru )

Alhamdulillah aku belum mati lagi... semalam naik bas dari JB pukul 10 malam... pukul 3 pagi aku tersedar dalam bas, bas tu tengah laju gila gampang turun bukit lepas terowong kat Ipoh... nasib baik bas Konsortium yg aku naik tu mempunyai ciri ciri keselamatan yg tinggi ( kipas punggung boss konsortium sikit ) ia dilengkapi sistem keselamatan yg cekap serta berpotensi mengelak dari sebarang kejadian... cuma satu je bas tu tak boleh nak elak, takdir serta ketentuan Ilahi...


Ok, Alhamdulillah aku dah selamat sampai Penang... Moga moga naik sem baru dengan buku hidup baru ni akan membuatkan aku lebih ghairah untuk kejar cita cita aku... mungkin aku akan cari buku buku rujukan yg lebih seksi demi merangsang nafsu belajar aku... Sory to say la pada buku buku yg skema serta nerd, mungkin korang akan di anak tiri kan... *hidup lebih segar dengan 100 plus

Pagi tadi baru tau yg Malaysia menang lawan bola Sukan Sea dengan Indonesia... betul ke? harap harap benda ni bukan khabar angin la... jangan ingat aku dah sampai Penang kau orang boleh tipu aku... Tahniah bertubi tubi lah...


*Selamat Pagi Pulau Pinang.....

November 17, 2011

.: Dewasa :.

Assalamualaikum...

Pertama sekali aku nak wish tahniah bertubi tubi kat adik adik kecil yg dapat
5A dalam UPSR beliau.. Tahniah yeee... semoga kau rasa happy untuk satu hari ni.
tapi jangan nak happy sangatlah kan, 5A kau tu bukan penentu kau masuk syurga pun..

Tapi baguslah, kau dah berusaha untuk kejar cita cita yg kau impikan...
Mungkin ramai akan cakap serupa tahi pasal result kau tu... yelah, ia hanya sekadar
Ujian Pencapaian Sekolah RENDAH... RENDAH sangat kau tau?
tahap pelajar pelajar yg masih pergi sekolah yg hanya tau nak main saje...
bila habis exam akhir tahun, semua datang sekolah akan bawak mainan...
yg mane anak orang orang kaya, sekurang kurangnya mereka akan
berlagak dengan rakan rakan mereka yg anak orang miskin dengan
mengusung mainan mainan mahal seperti MONOPOLY, patung transformer,
tidak kurang juga yg bawak PSP serta PS 3...
Tapi kau tak payah nak berlagak sangat lah kan, benda benda tu semua
mak bapak kau yg belikan... diorang kan kaya dengan rasuah...
so, boleh lah buat kau berlgak dengan kawan kawan kau yg lain...

Sekejap sekejap!.... kau kena sedar, 5A kau tu bukannya penentu yg kau dah dewasa,
jauh lagi perjalanan kau lah... ni tak, balik je rumah lepas amik result kat sekolah,
lepas kau bagitau kat mak kau pasal kau punya cemerlang tu, terus kau cakap
nak kahwin... weh sengal....kau dah la baru lepas sunat atau lebih sopannya
berkhatan, baru dapat 5A terus cakap nak kahwin... tau la kau bergurau,
tapi mana ada orang kahwin gurau gurau...

Lepas ni kau dah masuk sekolah menengah , kau tunggu sampai kau
masuk tingkatan 3, baru kau boleh pikir pasal kahwin...
masa tingkatan 3 tu, tekankan kat subjek sains bab 4..
kat situ kau akan tau apa itu kahwin sebenarnya...


*congratulation to straight A's scorer...
make your success right now as your catalyst
to achieve the real examination outside...

.: thank you Allah :.


Assalamualaikum...

speechless~

just thank you Allah <3

for clear view, kindly visit my site :)


















November 14, 2011

.: digital photo album :.


ok, firstly i know maybe there's a lot of people
already known about the 500px, the digital photo album,
that we can store our own photo inside it...

this is how the Home page when you log in into your
own account :


at the home page, it will show you the latest update
of your friend / people you follow photo.
i like this photo album website the most is, we can connect
the other people outside our country, so that,
we also can share the photo to each other..

this is how your profile looks like :


nice isn't it?
ok, i strongly agreed with my statement..
its very cool to have the 500px.


one thing that i like the most of this photo album is
when we upload a picture to our own account,
others can watch our photo, and leave a comment
and one more thing, they can vote for the picture
that shows the rating of the photo.. thats very nice of it..

why don't you try to have it one,
it gonna be sweetdream of your sleep..
good luck!

November 13, 2011

.: super sunday senyum selalu :.


Beraksi sebagai cikgu memang sesuatu yg mustahil bagi aku.

tapi tu lah yg aku tengah buat sekarang, jadi cikgu..

bukan cikgu sekolah, tapi cikgu untuk adik aku..

Adik aku nak SPM esok, ya! esok..

aku je yg semangat jadi cikgu, 

dia sendiri tak semangat nak jadi anak murid..

Memang tak semangat lansung pun, geram aku..

petang tadi sempat pulak tu dia pergi berjimba-jimba

kat taman depan tu... entah ap yg dia pikir dalam

kepala otak dia tu, padahal esok dah start SPM.

bak kata Abg. Zam Dot Com 

kepala otak kau ada penis, itu pasal la bebal..

tapi adik aku tak macam tu.. kepala otak dia ok, tip top..

yg macam Abg Zam cakap tu adalah mereka mereka

yg nak ambik SPM, tapi still melayari fesbuk 

dan update status yg bukan bukan..

selamat menduduki peperiksaan yg paling susah dalam dunia.

:)

November 11, 2011

.: gampang :.


pergi mana2 semua orang tanya

" arep, kau dah break ke?"

takkan nak cakap belum..

cakap je la dah break..

ingatkan diorang nak pujuk,

rupanya cakap Takziah

lepas tu terus belah..

serius gampang

kbai

November 06, 2011

.: cinta :.


cinta itu datang dan pergi
...cinta tu bagi kenangan yg best giler kat dalam hidup kau...


sumpah best




tak kisah lah macam mana sekalipun kisah cinta kau dengan dia
mesti ada kenangan indah




tapi




cinta tak semestinya jodoh
tetapi jika sudah bertemu jodoh, cintailah si dia sepenuh hati


satu lagi




cinta itu memang buta
kau buta sebab kau takkan nampak dia buat salah



sebab tu lah




even baru setahun jagung, kau dah curahkan 100% kasih sayang
kau sendiri yg akan merana



sebab apa tau tak?




cinta antara dua darjat
terima je lah yg keadaan kau dengan dia tak sama..




sebab




dia lebih bahagia dengan orang lain
itulah kebahagiaan sebenar buat kau kalau betul kau sayang dia

November 03, 2011

.: Bela saka :.

Secara ringkasnya , Saka ialah jin atau jin-jin atau jin-jin-jin yg diwarisi daripada seorang manusia kepada manusia lain sama ada secara sedar atau tidak sedar dan kebiasaanya melibatkan keturunan...


Kemeriahan suasana ketika keluarga Encik Bakar meraikan sambutan majlis hari jadi anak gadis sunti seksi habaq hang, bertukar tragedi apabila Encik Bakar diserang sakit jantung... Khabarnya Encik Bakar seorang perokok winston light tegar... Jika pasangan suami isteri mangalami kelajuan denyutan jantung ketika berjimak dan jinakan itu berlaku 2 hingga 3 kali seminggu, Encik Bakar pula mengalami kelajuan denyutan jantung yg sangat agresif kerana sehari sahaja beliau mampu menghabiskan 2 hingga 3 kotak winston light...

Pada kebiasaannya, orang yg terkena serangan jantung akan memegang dada mereka sendiri, tetapi ketika Encik Bakar terkena serangan itu, beliau terpegang dada montok dan gebu anak gadis sunti seksi beliau...
"eh, silap..." getus hati Encik Bakar

"nasib baik orang lain tak perasan" hati Encik Bakar bergetus lagi... Tapi kali ini, getusan hatinya disulami rasa sakit yg amat sangat akibat daripada serangan itu...

Kemudian Encik Bakar rebah di samping isteri-isteri beliau... ooh.. lupa pulak nak bagitau, Encik Bakar mempunyai 3 orang isteri yg cantik putih gebu montok, walaupun usia semakin meningkat, namun nafsu serakah beliau tak dapat ditandingi... itulah punca dia berbini 3...

Ketika rebah, Encik Bakar sempat bergurau dengan isteri-isteri beliau... " abang ingatkan sempat nak tambah satu lagi, macam tak sempat je ni".. ( sambil tersenyum sinis )

Keadaan rumah itu kembali kecoh dek tetamu yg menggelabah akan serangan terhadap Encik Bakar itu... semua orang panik, berlari kesana kemari, yg berlari-lari anak ade jugak, yg lari setempat pon ade 2,3 orang...

Keadaan Encik Bakar semakin parah, semakin nazak orang tua itu... bergilir-gilir isteri isteri beliau menyuruh beliau mengucap, tapi makin menjadi jadi pulak nazak nya itu...

Tiba-tiba tubuh Encik Bakar terapung...  mulut keluar darah... muka jadi hitam... rambut... err.. Encik Bakar botak, lupe nak bagitau... tiba-tiba kilat sabung menyabung...  tetamu yg menggelabah dah balik, tinggal tetamu yg cool je stay kat rumah tu... yg buat-buat cool pulak duduk dalam kereta, tunggu apa nak jadi lepas tu....

Entah macam mana, ada ustaz dalam bilik Encik Bakar tu... ramai yg tertanya-tanya kenapa Encik Bakar jadi macam tu, ramai jugak yg bertanya macam mana ustaz tu boleh ada kat dalam bilik tu... ABAIKAN....
tubuh Encik Bakar berasap...  Ustaz tadi  tu sedang membaca sesuatu... ayat suci Al-Quran agaknya...
ustaz tu cakap, Encik Bakar ada bela SAKA... semua isteri Encik Bakar terkejut... rupa-rupanya, ada jugak yg ke-4...  ustaz tu cuba sedaya upaya nak ubati Encik Bakar...  SAKA tu kena buang jugak... takde orang yg sanggup amik alih untuk bela SAKA tu...

Last-last, Encik Bakar mati akibat penangan SAKA tu....

Ustaz tu mengucap panjang sambil mengusap janggut nya....
"baiklah aku bela janggut ni daripada aku bela SAKA"... getus hati ustaz tu...

November 01, 2011

.: persamaan artis oversea :.

What is the different
between
 this



A N D

this


Both of them are the johnny

October 30, 2011

.: sekolah rendah :.

Macam yg aku sendiri tau, aku dah 21 tahun sekarang...
belajar pun dah tinggi... tapi takdelah hebat sangat macam
korang korang yg belajar kt ipta terkemuka Malaysia tu...
aku biasa biasa je... pointer pun cukup cukup
makan je, kalau tak cukup, puasa je la kot...

bila belajar dah tinggi tinggi ni, cara aku belajar pun mestilah
dah berbeza dengan masa belajar rendah rendah dulu kan...

perbezaan bila tengah jawab exam lagi lah ketara...
memang ketara sangat sebab masa jawab exam kt uitm,
orang sebelah yg jadi kalkulator aku...
tak yah susah2 tekan tekan, jeling je kat orang sebelah
dah dapat jawapan.

kadang kadang tu ada jugak aku terbawak masuk
nota nota kecik yg aku tulis untuk buat hafal last last minit,
dah bawak masuk, kena lah bukak,
kalau tak bukak, takut kecik hati la pulak nota tu...
kan3...

aku ingat lagi masa aku darjah 3... 9 tahun kan masa tu?
ok kejap, masa darjah 2, aku dapat no 1 dalam kelas..
hebat tak? ok, tak hebat sangat sebab tak sampai setengah jam
aku jatuh no 2, sebab ada sorang budak perempuan ni
boleh perasan pulak yg cikgu salah tanda kertas jawapan
ujian dia.... macam mana seorang budak perempuan yg berumur
8 tahun masa tu boleh semangat gila cek kertas jawapan,
pastu semangat gila kira balik , nak buktikan yg cikgu salah tanda..
kesian aku masa tu sebab menangis dalam kelas depan orang ramai.

Tapi Alhamdulillah... nak jaga hati aku punya pasal, cikgu naik kan
darjat aku dengan letak aku kat dalam kelas yg budak budak dalam tu
semua top scorer... Padahal aku memang kena tukar ke kelas tu pun,
sebab siapa siapa yg dapat no 1 sampai no 3, dapat masuk kelas
budak budak pandai... haram jadah...

oohh tadi nak cite pasal masa darjah 3 kan?
masa aku darjah 3, aku dah masuk kelas budak budak
top scorer, semua pandai pandai, rajin rajin pulak tu...
cikgu belum masuk kelas, masing masing dah siap bukak buku...
aku pulak tengah syok main lawan pemadam dengan diri sendiri.
macam bodoh je kan?

masa aku kat kelas darjah 3 tu, ada sorang cikgu ni, tabiat dia
memang pelik, buang tebiat agaknya...
benda ni hanya akan berlaku kat pelajar lelaki sahaja...
bila sorang pelajar lelaki tu ada terbuat salah, sengaja buat salah,
atau pun dianiaya oleh kawan sendiri yg
menunjukkan dia bersalah, cikgu ni akan suruh budak lelaki yg bersalah tu
bukak baju, lepas tu gantung kad manila kat leher...
atas kat manila tu tertulis dengan kemasnya ayat
"SAYA TAK AKAN BUAT SALAH LAGI"
sambil jalan keliling sekolah, dan akan singgah kat setiap
kelas yg ada kat sekolah tu... teruk kan cikgu tu?
suka sangat buat pelajar pelajar perempuan yg lain stim
tengok badan kitorg... walaupun tak tough, tapi belum buncit..








Tapi sekarang, orang tak suruh pun aku dah bukak baju

October 19, 2011

.: why ? :.

I
never 
thought
you 
will
do
this
to
me
because
you
gave
me
everything
.
nothing
left
behind
for
the
front
.

.: sedap mata memandang, sedap lagi tangan yang memegang :.

Assalamualaikum...

Selamat Pagi...

Dikatakan bahawa dewasa kini, rata rata peniaga melayu mendapat kejayaan yg memberangsangkan dalam perniagaan mereka... melayu sekarang berjaya... untung banyak... sebab ramai yg jual tudung... mula mula tudung bawal , kemudian beralih kepada tudung eking... eking sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, tudung eking mula di anak tiri kan sejak tudung yuna mula diperkenalkan... itu pun nasib baik yuna menang tempat ke__ masa anugerah juara lagu dulu...

Ramai yg nak ikut trend tudung yuna ni... up to date la konon... bagus jugak... ada yg lagi bagus , gadis gadis yg dahulunya free hair , sekarang dah mula berjimba jimba mencari kedai tudung , tak kesah lah ariani ke, uptown ke, downtown ke, yg penting diorang dah reti tutup aurat... dan sekarang, eking dan yuna tidak lagi bersendirian, sebab dah macam macam nama tudung aku boleh jumpa kat kedai... malas lah nak sebut... banyak gila weh...

lepastu hanna tajima lah... ape lah...

Tapi... makin lama makin menyampah pulak aku tengok gadis gadis yg bertudung sekadar nak ikut trend ni... yg memang bertudung dan ikut trend tu ok lah, dan yg free hair mula bertudung serta ikut trend tu pon ok jugak... yg tak ok tu, gadis gadis ini bertudung , tapi tetap ghairah bila dipandang... gahirah tang mana tuu?? tang solidnya badan hampa tuu lah... tudung elok dah, tapi bonjol sana, bonjol sini, kepit kepit lah, kain belah lah...

Tak salah korang nak bertudung ni, memang dituntut pun dalam Islam, seseorang wanita wajib hukumnya menutup aurat , bermula dari hujung rambut, sampai lah ke hujung kaki... semua orang tau kan? dulu masa kat sekolah , kelas pendidikan Islam tak pernah ponteng kan?




"Pakai tudung biarlah beradab"


TAPI.....
*jangan sangka air yg tenang takde buaya... 

October 15, 2011

.: bangun pagi :.

Assalamualaikum...


hiyarkkkk... ( bunyi org geliat mase bangun pagi )


Macam biasa setiap pagi aku bangun, aku akan buat senaman psikologi
kat diri aku sendiri.. senaman yg aku buat ni senang dan mudah saje, aku akan bangun dari katil, berdiri tegak sambil menghadap cermin, lepas tu aku bukak baju tanpa menanggalkan seluar..


ok kejap...! kenapa aku tak tanggalkan seluar sekali?


sebab aku takut psikologi aku akan berganda ganda pulak nanti..




sambung balik pasal senaman psikologi tadi..
sambil aku berdiri tegak tanpa baju di depan cermin tu,
aku akan tenung perut aku selama beberapa minit,
kemudian aku tepuk perut aku kuat kuat sambil aku cakap;


"buat malu je!.. buat malu je!.. buat malu je!.."


dah beberapa hari aku cuba petua ni,
dan aku nampak ada pengurangan sikit
pada diameter nya..


harap harap sempatlah kurangkan lagi saiz perut ni,
nanti takyah beli baju pengantin besar besar..


=.="

October 14, 2011

.: Cinta tu anugerah teragung Allah buat umat manusia :.



Bukan senang nak cari orang yg betul-betul sayang kat kau,
ni sayang bukan main-main punya, sayang yg betul-betul sayang,
sayang yg buatkan dia takkan cari lain, sayang yg buatkan
dia setia dengan kau, buat dia jujur dengan kau..

Kenapa kau sanggup berkorban demi dia dan hubungan tu?

Tak salah kau nak berkorban, tapi takyah la sampai
kau yg terkorban.. Ni sanggup naik motor wave cabuk kau tu,
ride dari butterworth ke teluk intan semata-mata nak
tunjukkan yg kau betul-betul sanggup berkorban demi dia,
masa on the way tu kau kena gilis lori bawak pasir,
kau mati bukan sebab kena gilis, tapi mati lemas
tertimbus pasir-pasir yg lori tu bawak,
kau mati, dia? kena bunuh diri ke?
bajet nak sehidup semati lah konon,
dia menangis, meratapi kau mati untuk seminggu dua je,
dah habis 'edah' je, beratur jantan-jantan lain nak kat dia... 

Tapi percayalah, Cinta itu datang dan pergi,
setiap kali ia pergi, bukan Tuhan nak seksa kau,
tapi Tuhan nak kau bukak mata, menilai sendiri
apa yg terbaik buat diri kau, ambik pengajaran
dari yg lepas, jadikan ia sebagai titik kemajuan
kat diri kau...

semoga berjaya cinta <3



.: susah tu sebenarnya senang :.

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari yg ke-3 aku duduk kat rumah sempena cuti semester.. Alhamdulillah, selesai jugak semester 4.. rasa kejap je nak habiskan satu semester tu, lagi-lagi kalau semester tu ada banyak cuti, macam semester 4, cuti midsem dengan cuti raya, minggu kuliah dikurangkan, so, kejap la kan?..

Cuti kali ni, aku ada tanggungjawab besar kat rumah.. nak kena jadi cikgu tusyen untuk adik aku sorang tu, dia nak SPM tahun ni, takyah tahun sangat lah kan, bulan depan je pon SPM nak start dah.. Awal-awal lagi parents aku dah pesan kat aku, balik cuti nanti, kena tengok-tengokkan adik tu, dia nak SPM, sekali ni je SPM.. so, dengan akurnya aku sambut tanggungjawab tu dengan hati yg terbuka..

Setakat ni, aku belum start lagi jadi cikgu, penat duk penang tak hilang lagi nih, so, bagi alasan kat parents aku yg aku nak rehat dulu, minggu depan baru start bukak kelas.. bukan apa, aku dah 4 tahun tinggalkan buku sekolah, bukan tak ingat lansung, tapi banyak yg dah lupa, so aku sendiri kena study balik subjek apa yg adik aku amik kat sekolah, yg mane same dengan aku, senang la nak ajar kan..

Bila aku mula bukak balik buku-buku sekolah menengah, rasa macam menyesal je tak belajar rajin-rajin dulu, nak tau kenapa? sebab bila aku tengok balik subjek tu, rasa macam senang sangat kalau aku belajar rajin-rajin dulu, tapi masa aku struggle nak SPM dulu, aku rasa subjek SPM la paling susah kat dunia ni, rasa macam tak patot je kerajaan sediakan silibus pelajaran macam tu.. tapi tu lah, lumrah hidup manusia kan, bila dah lepas, baru nak menyesal, tak de guna nya pun kan.. takpelah, hidup perlu diteruskan, yg mana aku belajar sekarang ni pun, susah jugak, tapi aku kena lah ami pengajaran yg lepas supaya aku tak rasa menyesal lagi macam sekarang ni.. cita-cita aku kena capai jugak, tanpa cita-cita, aku takkan berjaya...

*******************************************************

tak semua benda kat dunia ni senang melainkan kita berusaha untuk mencapainya,
tanpa usaha, kita takkan berjaya, sampai bila-bila lah kita kat takuk yg lama..

kbai~

September 18, 2011

.: mesti anda tidak tahu kan? :.




1. Setiap saat dalam satu hari akan kedengaran azan di seluruh dunia...

2. Adalah lebih baik anda bela janggut daripada bela saka...

3. Kadar untuk orang berhenti di lampu isyarat adalah lebih
tinggi jika tiada lampu kunig... lepas hijau, tiba-tiba merah...

4. Seseorang yg mampu membawa 2 buah bukit kesana kemari, adalah
lebih kuat daripada seseorang yg membawa 2 biji telur dengan bantuan
seekor burung berbulu lebat... berkicauan gamaknya..

5. Seorang pelajar universiti mampu menghabiskan duit pinjaman 
ptptn merekadalam masa satu hari sahaja... 
dengan buat bayar duit muka beli myvi lagi best...

6. Nafsu perempuan sebenarnya bukan 9, tapi segala-galanya
adalah nafsu... nafsu semata-mata... ish3..
:P

7. Walaupun lelaki ada 9 akal, tapi tetap bodoh sebab selalu
kena tipu dengan perempuan yg ada 9 nafsu tu... 

8. 9 akal lelaki juga tak mampu menahan nafsu yg tunggal itu
daripada menodai anak gadis pak wahab kampung sebelah...

9. Solat jumaat itu sunat muaakad, solat lima waktu pulak wajib,
puasa sunat itu sunat, puasa di bulan Ramadhan pulak wajib,
tapi kalau hari jumaat tengah hari je, mesti jem depan masjid,
dan tengahari di bulan Ramadhan pun jem depan kedai mamak..

10. Bukan aku tak pernah menipu, cuma aku tak suka kena tipu..

.: L E V I T A T I O N :.




**************************************************


**************************************************


**************************************************


********************************************


*****************************************************


******************************************************

September 17, 2011

.: satu tahun :.




just 
realize 
you 
took 

year 
to 
fool 
my 
heart ,
thanks
<3





September 10, 2011

.: tulang rusuk kiri :.

Wahai lelaki...
bersabarlah dengan Wanita...
bersabarlah...
sesungguhnya mereka itu juga
ciptaan Allah yg sesempurna 
kejadian...
mereka dikurniakan 1 akal untuk 
menggalas segala tanggungjawab yg
diamanahkan. berat sungguh tanggungjawab itu.
bayangkan anda ada sebelah sahaja tangan,
tapi semua kerja diletakkan di atas tangan 
anda yg sebelah itu, anda panas hati kan?
begitu juga lah perasaan mereka wanita itu.

Jangan kita terlalu mengharapkan
wanita akan memberi sama dengan
apa yg kita beri kepada mereka,
sesungguhnya kamu akan kecewa
di masa akan datang.

ingat, hati takkan pernah berubah,
cuma perasaan saja yg akan berubah.
perasaan itu indah ketika bercinta,
namun ia akan jadi sesuatu yg sangat
teruk jika kita dikecewakan..

kecewa itu bukan lah satu alasan
untuk kita menghukum diri kita sendiri,
cuma bila kecewa menguasai diri,
kita sering menyeksa diri sendiri.
itu bukanlah jalan penyelesaian,
cuma jalan kehancuran... terseksa..






August 31, 2011

.: Salam Aidilfitri :.


Alhamdulillah...
Selesai jugak Ramadhan untuk tahun ni
walaupun tak sehebat mana puasa aku,
tapi aku puasa la jugak, kalau nak bandingkan
dengan org yg tak puasa tu, baik aku lagi yg puasa ni..
hahaha...

Sempena Syawal 2011 ni, terdetik hati aku
nak luahkan apa yg tersirat kat hati aku ni,
kemaafan yg perlu aku pohon dari mereka2 ini,
iaitu keluarga aku yg tercinta...


Abah...
Angah susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
atas segala salah silap angah pada abah sepanjang
hidup angah, mungkin angah ada buat abah menangis,
atau marah pada angah, mungkin itu yg tidak
disengajakan atau tersalah pandang. Terima kasih
kerana abah berjaya mendidik anak2 abah
menjadi insan yg berguna dan bertanggungjawab,
maafkan angah..


Ibu...
Sepanjang 21 tahun angah hidup, banyak sangat
salah silap angah pada ibu, selalu ibu menitiskan
air mata kerana angah, setiap titisan itu membuatkan angah
sedar dan insaf dengan kesalahan yg angah lakukan.
Angah sentiasa mencuba untuk menjadi anak yg baik,
mungkin angah gagal, tapi angah akan berusaha
untuk mencapai title sebagai 'anak soleh'
maafkan angah...


Along...
Menjadi adik kepada along adalah satu nikmat
yg Allah berikan pada angah, angah lah adik yg paling 
beruntung sekali dalam dunia ni ada abang macam along,
angah tak nafikan along lah abang paling bertanggungjawab
yg pernah angah dapat, tanggungjawab ada keluarga kita
along tak pernah abaikan, along banyak tolong angah
sepanjang angah hidup ni. terima kasih along.
maafkan angah...


Aiman...
Angah sedar sepanjang kita hidup bersama
di bawah satu bumbung, angah terlalu banyak
mengabaikan tanggungjawab angah pada aiman,
angah lalai semasa menjadi abang kepada aiman,
selalu angah pentingkan benda lain selain dari aiman,
tapi percaya lah, macam mana berat sekalipun
tanggungjawab angah, angah tetap berusaha
untuk menjadi seperti along, along lah
abang yg terbaik untuk dijadikan contoh pada kita
adik-adik ni, angah sentiasa cuba untuk
membantu aiman dalam apa jua keadaan
demi menebus kesilapan lalu..
maafkan angah...


Adik...
Hai si comel... kehadiran adik dalam keluarga kita
menambahkan lagi seri dalam keluarga kita,
11 tahun Allah menguji angah sebelum adik dilahirkan,
Angah pun nak mintak maaf kalau selama adik
ada dalam keluarga ni, angah banyak menyakat adik,
angah banyak buat adik marah pada angah,
banyak buat adik menangis, tapi angah harap
satu hari nanti, adik akan sedar kenapa angah buat semua tu,
tanpa perkelahian di masa kecil, hubungan sesama
adik beradik tidak akan rapat di  kala dewasa nanti.
maafkan angah...

*****************

Salam Aidilfitri

August 26, 2011

.: Salam Perantauan :.


Salam Aidilfitri buat keluarga, mak, abah, 
saudara mara, rakan-rakan serta guru-guru,
tak lupa juga kepada penaja kami, PTPTN,
walaupun hanya seribu lebih, tapi kami bersyukur
dengan pinjaman yg tak seberapa itu.
Terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah
UiTM Pulau Pinang yg tidak jemu-jemu mencurahkan
ilmu yg tak terhingga kepada kami, tidak lupa juga
kepada makcik serta pakcik yg jual nasi campur
yg telah menyediakan makanan tengah hari kami
setiap hari, serta jiran-jiran yg banyak membantu
ketika kami dalam kesusahan..

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Pelajar Tahun 2, Kejuruteraan Mekanikal,
UiTM Pulau Pinang, Malaysia..

August 24, 2011

.: si bonzai :.


" Allah menciptakan makhlukNya sesempurna kejadian,
ada yg cantik, ada yg kacak
ada yg tinggi, ada yg rendah
ada yg besar, ada yg kecik
ada yg hebat, ada yg mantap
ada yg gagah, ada yg lemah

Bersyukurlah dengan kesempurnaa kejadian kita
kerana setiap apa yg berlaku ada hikmahnya

Kita manusia unik, 
punyai hati dan perasaan
untuk mengasihi dan dikasihi
punyai otak dan akal fikiran
untuk berfikir sebaik2 kejaidan
punyai pasangan dan teman
untuk menemani setiap saat kita

sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui...."

-Arif Zakwan,2011

August 21, 2011

.: ANGRY BIRD PENDRIVE :.


Specification:
1.Available Capacity: 8GB;
2.Interface: USB 2.0;
3.Operating Systems: Windows Vista/XP/2000/ME/98/95 and Mac OS 8.6 and above;
4.Transfer Rate: High Speed USB 2.0;
5.Data transfer speed: 15MB/s-21MB/s for read,5MB/s-8MB/s for write;
6.Compatibility: PC or Mac with a USB interface;
7.Drivers: Required for Windows 98/95. Online download available;
8.Data Retention: 10 years minimum;
9.Supports boot up by USB-HDD or USB-ZIP mode;
10.Plug-and-play;no external power supply required,USB bus powered.
11.Provide OEM service,logo printing,data preload,autorun,customized programming etc.
12.Operating Current:<104ma,Suspend Current:<86ma,Operating Temperature: -10 ~ 55,Storage Temperature: -20 ~ 55,Operating Relative Humidity: 20% ~ 90%,Storage Relative Humidity: 20% ~ 93%;
13.Certification:CE,ROHS,FCC;
14.Warranty: 1 years warranty.

Item(s):
8GB USB Pendrive

Price :
RM 70 ( including postage )

Dealing method:
By Post or COD

Location of seller:
Penang

Contact details :
            013-7487605       or leave comment on this post your NAME, ADDRESS, TOTAL PENDRIVE ORDER



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang