nak menang keris model baru? klik sini.

September 19, 2010

.: lelaki perlu perempuan? :.


Seorang wanita umpama 
sekuntum bunga di taman...
segar mewangi di pelosok dunia
setulus kasih sesuci embun...
Lembut wanita kerana tutur katanya...
Mesra wanita kerana senyumnya...
Patuh wanita kerana setianya...
Cekal wanita kerana beraninya...
Sabar wanita kerana imannya...
Kasih wanita kerana belaiannya...
Lemah wanita kerana air matanya...
Ikhlas wanita kerana simpatinya...
Dendam wanita kerana cemburunya...
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
DAN
tanpa wanita lelaki lemah
kerana wanita lelaki kalah

September 15, 2010

.: aidilfitri 1431 :.

.: arf zakwan :.

.: nurul hidayah :.

saya tak kira
saya nak tiru awak jugak
hehehe

September 06, 2010

.: Bile nak raya, ni lah die orang kita :.


Hari Raya??
memang seronok
takde sape boleh nafikan
awal2 lagi dah plan tahun ni
nak pakai baju raya kaler apa
pastu nak beli kasut baru
baju baru, kalau boleh complete set
dari hujung rambut sampai hujung kaki
sumenya nak yg baru2 je
tu baru yg dekat badan sendiri
belom lagi yg kat rumah
ade tu makcik2 yg nak fight dengan
jiran sebelah...bile nmpk jiran beli
perabot baru, die nak yg lagi baru
baru keluar kilang kalau boleh
nmpk pulak cik Mah beli Tv LCD baru
die pon nak yg lagi baru
tak sampai sejam lori tv sampai
TV LCD 3D HD....50 inci bai...
takpelah makcik, puasa penuh kan
buatlah ape makcik suke...
tapi kau jgn lupa satu benda
ade ramai lagi orang yg tak mampu
bukan tak mampu nak beli tv lcd
tak mampu nak bayar bil letrik pon ada
hari2 kau makan sedap2
sekali buka kenyang sampai raya
ada orang tu buka makan ubi kayu
dengan air kosng je... air mentah kot
entah2 air hujan... tu pon kalau hujan
kalau tak hujan tak minum air diorang tu
kau jangan pikir raya tu untuk kau je
kau pegi shopping complex nak beli baju raya
kau pegi sane naik keta... parking penuh,
kau pegi parking kat belakang keta orang
bila orang tu nak balik, keta dah kena block...
mase pilih baju raya, kau amik yg orang
lain tengah tawar menawar harga baju tu
kau bayar harga asal baju tu
kau banyak duit takpelah...
kau sedap2 order makanan mewah2
lepas tu bila time buka makan macam orang
tak penah dapat mkanan
orang yg keta kena block tu
makan karipap je kat tepi keta dia
sebab nak tunggu kau datang alihkan keta
kesian.....:(

raya lah sekadar yg mampu
sepasang dah la
bukan jeles, tapi masih berakal
bawak keta slow2
pelan2 kayuh
ramai orang sayang kat kau

selamat hari raya aidilfitri


.: arif zakwan :: nurul hidayah :.









September 05, 2010

.: mercun :.


masa tengah kemas2 beg & baju untuk
balik raya esok, member aku sorang ni
borak2 la dengan aku sambil kedua belah
tangan dia lipat spender koyak dia tu
lepas tu dia keluarkan satu bungkusan
plastik yang agak pelik dan teruja
bungkusan tu penuh dengan mercun
mana dia dapat pon aku tak tau
dan taknak amik tau langsung
yang penting memang aku teruja gile
bila nampak mercun banyak gila bab tu.
sambil dia masukkan baju dalam beg
dia tanya aku...

" cam ne ek aku nak
bawak balik mercun ni, mane tau ade
polis wat checking ke nanti"...

"ala, pandai2 r ko sorokkan, letak
dalam beg, tapi belah bawah, confirm r''

"uish, xley kire gak doe, mane tau
die dapat trace ke aku bawak mercun"

"ok, kalau ko xnak kena cek, ko balut mercun
tu dengan surat khabar, pastu tulis kat atas tu
'ini bukan mercun', confirm polis tu x cek"


September 04, 2010

.: kau yang bernama WANITA :.



Diri... seorang wanita...
Gahnya bukan pada kecantikan...
Menawan bukan pada senyuman...
Hakikat seorang wanita...punya hati yang terlalu rapuh
Mudah luntur pada dugaan...
Sekalipun wanita menongkah arus
mencari kekuatan pada denai-denai harapan...
Mengertilah...diri seorang wanita....
Terbatas pada rasa malunya,
Tercabar pada naluri kecintaannya...
Kadangkala...wanita menjadi kuat,
Bila kesetiaannya diuji
Bila kejujurannya dinilai
...Malah bila dirinya dikeji....
Tapi jangan lupa...
Wanita juga kadangkala mudah mengalah,
Bila seringkali kesetiaannya tidak dihargai
Bila kejujurannya jadi tak bernilai lagi
....Malah bila dirinya sudah lali...
"Mengerti akan kekecewaan sendiri"
Wanita yang selalu menangis
...ada airmata yang menzajar erti bahagia..
...ada airmata yang membawa duka...
ada jua airmata pengganti kata-kata...
Bila hati sudah enggan berbicara,
Mengertilah.....
Yang bernama WANITA punya rasa cinta yang mendalam...
Sekali menitis airmata jangan terlalu bangga
...mungkin bukan menagih simpati...
atau mentafsir cinta di hati....
....tapi kerana

CINTANYA YANG SUCI...
PADA SEBUAH KECINTAAN YANG ABADI....
"DEMI CINTA SUCI"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang