nak menang keris model baru? klik sini.

August 27, 2010

.: saya sayang awak :.



awak cakap awak rindu kat saya
tapi bila saya datang jumpa awak
awak buat muka biasa je
macam tak rindu kat saya pon
takpelah, maybe awak tengah period
saya faham..;))

masa jalan2 kat shopping complex
awak jalan slow je sambil kepala awak
tunduk pandang lantai
lantai yang awak pijak
lantai tu la yang awak pandang
saya yang comel ni
taknak pulak awak pandang

saya masuk kedai komputer
nak cari tikus
awak follow je saya dari belakang
tibe2 awak cakap keyboard tu
nampak macam coklat cadbury
terus saya pegi watson beli coklat
saya nak bagi kat awak
tapi saya kena marah
awak cakap saya nak buat awak gemuk
lepas awak gemuk
saya nak cari perempuan lain

awak cakap awak lapar gile
saya bawk awak pegi kedai mamak
sebab tu je yang paling dekat
awak cakap saya kedekut
sebab tak bawak awak makan
kat McD....
awak nak taw tak
jarak McD dari sini da boleh sangat
dah nak buat awak pengsan sebab kebulur

dah kenyang saya ajak awak
lepak kat tepi pantai lak
saya nak tengok matahari terbenam
awak cakap saya kuno, tak maju
sebab awak cakap tiap2 hari
awak tengok matahari terbenam
kat dalam tv tu
tv rumah awak besar, FULL HD pulak tu
tv rumah saya gambar pon tak terang

lepas tu awak ajak saya tengok
wayang kat panggung sana
tapi saya tolak sebab duit dah
habis belikan awak punya McD tadi
saya suruh awak beli dvd je tengok kat umah
awak tuduh saya nak amik kesempatan
kat diri awak time kat umah nanti
saya tak cakap pon tengok dgn saya
awak tengok la sorang2
.
.
.
.

even awak bukan yg pertama buat saya
biarlah saya jadi yg pertama buat awak
bukan cintu itu buta tapi keikhlsan hati yang
menerima cinta itu dari hati yg suci




August 22, 2010

.: where is the kamus :.



sedang asyik lecturer BEL260
(kelas bahasa inggeris)
memberi assignment kepada
pelajar-pelajar kejuruteraan
mekanikal itu, seorang pelajar
lepasan Matrikulasi yang
hanya sempat belajar ijazah
selama 5 semester dan
melanjutkan pengajian ke
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
telah mendapat satu tugasan
iaitu menanda essay kawan sendiri
dengan meninggalkan beberapa
komen & nasihat yg berguna
memang tak dapat dinafikan lagi
kalau jari dah menggengam
sebatang pen berdakwat merah
segala kejahatan & kekejaman
seorang student macam kami ni
akan diluahkan melalui nasihat
dan komen-komen yg bernas
bak beras jati keluaran faiza basmathi
bila kertas essay tu dah dibahagikan
sama rata, sama banyak
masing-masing menunjukkan
kehebatan dalam kekejaman
tiba-tiba ada orang tanya
"sape ade bawak dictionary, aku
cari makna kamus la"


.: 1863 meter :.






buat pertama kalinya dalam
sejarah hidup aku
aku dah berjaya daki gunung yg tinggi,
tinggi beb , 1863 meter kalau
tak silap dari pengiraan aku lah
masa mula2 start daki tu
memang la semangat gile
mula2 jalan tar
lepas tu jalan simen
last skali jalan tunku abdul rahman
hahaha....
last sekali jalan tanah
sejam yg pertama
air muka aku rilex je
sebab excited
sejam lepas tu
aku da mula mencarut
sebab tak nmpk lagi
air terjun yg abg tu ckp
2 jam berikutnya
aku dah macam mandi kolam taik
busuk sebab berpeluh
tambah busuknya hati kapel tu pulak
rasa macam nak simen je 2 ekor tu
kat atas gunung sana
nyirap betol aku...haish..
jumlah keseluruhan = 6 jam perjalanan
bayangkanlah... 6 jam aku daki, jln kaki
kt blkg aku pulak ada lah dlm
5-6 kilo beban yg aku pikul
aku rase lagi berat dari tanggungjawab
yg tok ketua pikul tu
eleh, setakat longkang tersumbat
jambatan runtuh, letrik putus,
paip bocor, benda simple je kot...
bila dah sampai kat cekpoint petama
penat lelah sume terbayar dengan
keindahan air terjun... 5 meter kot tinggi die
dengan excited dan gumbiranya kami
pasang khemah, salin baju, pakai seliper
lepas tu... hujan... ;(


Gunung Bintang, Sedim, Kulim Kedah
6-8 August 2010
UiTM Penang Recreation Club

August 20, 2010

.; three days two night :.

mula2 awak rancang nak datang
tapi tak jadi sebab awak tau
kita hanya merancang
Tuhan yg menentukan
awak kecewa...kecewa sangat
saya kecewa tapi buat2 rilex
sebab saya kan laki
kena control
kalau menitik kat pipi
aduh.... nanti member2 awak tanya
"eh, bf ko ni LEM ke?"
saya taknak awak
dapat malu dengan soalan2
lazim macam tu.

Tuhan itu Maha Adil
saya memilih
hujan emas di negeri orang
sebab rindu saya kat awak
diperkenankan oleh-NYA

cinta kerana nafsu - anak luar nikah
cinta kerana harta - miskin sebab dikikis
cinta kerana Allah - bahagia sampai mati

saat saya sampai
melalui liku2 jalan yg sesak
sesak dengan kenderaan
sume jeles sebab saya
datang nak jumpa awak

ramadhan kali ini
saya ukirkan satu kenangan
indah sangat-sangat
sebab kat celah2
stesen LRT saya
sahut laungan azan mahgrib
berbekalkan roti salut gula pasir
susu penuh krim Dutch Lady
saya buka puasa dengan orang
yang paling saya sayang

tapi mama jangan risau tau
angah tetap sayang family
sayang sangat-sangat
sayang ketat-ketat

umpama menaiki ulat gonggok
saya tunggang dengan cermat
sistem transit aliran ringan itu
saya duduk rapat sebelah awak
sampai makcik sebelah dah
usha lain macam je...jeles la tu

satu malam yg dingin
saya pahatkan satu memori
di celah2 presint Putrajaya
bukan nak pegi jumpa
dengan perdana menteri
tapi nak jalan2 kat sini
tiga jambatan menjadi saksi
masjid besi lambang cinta kami

"Ya Allah Ya Tuhanku
sesungguhnya aku insan
yg lemah memohon kekuatan
daripadaMu utk menghadapi
segala dugaan & cabaranMU
kurniakanlah aku HIDAYAH
rahmat & nikmat MU
permudahkanlah bagiku segala
urusan duniaku,
permudahkanlah segala kesulitan
yg aku hadapi"
..amin....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang