nak menang keris model baru? klik sini.

July 31, 2010

.: shy-shy :.


satu hari tu aku pinjam moto cousin aku...
secara jujurnya aku pinjam
skuter cousin aku, nouvo nama diberi
tengah sedap2 pulas, meter minyak
memanggil2 dompet aku suruh keluarkan
duit untuk isi minyak di shell berhampiran
dia punya tank taknak kalah tu
nak minyak yg nombor 97 aje
sampai je kat situ dengan BANGGANYA
aku tanggalkan MS 88 visor BOGO ala2
rossi bukak helmet arai fullface tu
tapi dengan MALUNYA aku belah dari situ
tanpa sempat aku penuhkan tank nouvo tu
dengan minyak nombor 97
hanya kerana aku tek reti nak
bukak seat nouvo tu
mase tak jumpe tempat nak bukak seat tu
teros keluarkan handfon
buat2 org kol lepas tu terus belah
konon2nya dah lambat giler vavi
...

July 22, 2010

.: gembira :.


saya sampai situ
saya nampak awak
saya pandang awak
awak pandang saya
saya senyum kat awak
awak senyum kat saya
saya berjaya usha awak
rupa2nya awak dah usha saya dulu,
awak dah nampak saya
mase saya tengah senyum
kat perempuan lain
tapi rupa2nya perempuan lain tu
senyum kat balak dia
balak dia perasan yg saya senyum
kat perempuan lain tu
balak dia datang kat saya
dan bertanya soalan lazim
"apa hal lu senyum2 kat awek gua?"
saya yg tengah takut kena penumpuk
terus buat2 jadi pondan

bila saya datang kat awak
straight jadi lelaki perkasa balik
mase lalu depan awak tu
muka saya selamber je
dengan peloh menitik2
takkan nak singgah mintak no telepon kot
saya cover peloh kat dahi tu
dengan menepuk2 dahi saya
konon2nya saya terlupa sesuatu
memang betol pon
saya terlupa nak zip seluar

saya lalu je depan awak
mesti awak perasan saya nak singgah kan?
eee... jangan perasan la
saya sendiri taknak singgah
laki mana nak singgah kat awek
yg die baru nak usha time
tengah berpeloh2
confirm belah awek tu sebelum
saya sempat duduk

saya teroskan jalan
sambil cari kedai makan
kedai yg ada meja kosong
sebab perot saya dah lapar giler
pusing punye pusing
ada tinggal satu meja je kosong
meja tu sebelah awak
yes....!!!!!!
setan belah kiri bisik
"take the chance...take the chance"
masa nak ke meja kosong tu
muka saya dah kering
mana hilang2 peloh2 jantan tadi?
pelik betol...
bila saya duduk je atas kerusi tu
mencurah2 peluh ke ladang gandum
kuat betol 'power' awak erk
sampai banjir saya ni
adoi...

bila keadaan dah reda sikit
saya pon order la
mee goreng dengan tea 'o' ais
lega sikit perot ni bila dengar saya dah order
5minit....10minit... mee saya sampai
saya sedut mee tu tanpa hiraukan
awak yg kat sebelah
sedangkan saya tau awak
tengah terbeliak biji mata
tengok saya sedot mee tu
macam sedot lemak
last2 awak reda je
sebab awak laki macam mana
kalau tengah kebulur

dah abes makan tu
saya pusing pandang awak
saya tanya awak nak balik mana
awak yg buat2 pekak
teros je gelak sakan dengan member2 awak
sampai saya tarik balik soalan tu

tiba2 awak bangun
awak angkat beg awak
teros saya serang awak
saya tanye :
nama
no telepon
dok mane

bla
bla
bla
bla
bla

saya bahagia dengan awak sekarang

;)




July 19, 2010

.: Kisah Rumput Dan Kasih Sayang :.


Pada suatu pagi yg dingin
dikala angin bertiup memecahkan
keheningan dan keriuhan pagi
di sebuah sekolah di pinggir ibu kota
seorang murid bertanya pada gurunya
pada ketika guru itu sedang mengajar
tentang erti kasih dan sayang

"cikgu, macam mana kita nak pilih
seseorang yang terbaik sebagai orang yg
paling kita kasih dan sayang?
macam mana kita nak jaga kasih sayang
itu supaya ia berkekalan?"

"Ok, kamu ikut apa yang cikgu surh ya.
Kamu pergi ke padang, kamu berjalan
di atas rumput sambil memandang rumput
di depan kamu. Pilih yang PALING cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi walau
sekali pun. Sudah petik rumput yang paling
cantik dan sempurna, bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas
tiada sehelai rumput pun di tanganya

"kenapa tiada rumput yg dipilih?"

"tadi masa saya berjalan, saya carilah
rumput yg paling cantik
memang ada banyak yg cantik tapi
cikgu kata petik yg paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari rumput yg paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tapi sampai dipenghujung padang
tiada satu pun rumput yg cantik
pada pandangan saya
mungkin ada diantara yg dibelakang saya
tadi rumput yg paling cantik
tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang
jadi tiadalah rumput yg boleh saya petik"

"Ya, itulah jawapannya.
maknanya apabila kita telah berjumpa
seseorang yg kita sayang, janganlah
kita mencari lagi yg lebih baik dari itu
kita patut hargai orang yg berada di
depan kita sebaik-baiknya
jangan kita menolah ke belakang lagi
kerana yg berlaku tetap dah berlaku.
semoga yg dah berlalu tidak berulang lagi.
Dan ingatlah orang yg paling kita sayang
itulah yg paling cantik dan sempurna"


saya sayang awak
awak sayang saya
saya jaga awak
awak jaga saya
'you jump, i jump'
...

-arep-

July 18, 2010

.: cinta itu umpama menunggu bas .:


suatu hari ada seorang gadis
kemas dari segi pakaian
segak dari segi penampilan
kukuh dari segi pendirian
lemah dari segi penglihatan
sedang menunggu bas di sebuah
perhentian bas yg agak usang
kelihatan hanya semak samun
dan tin-tin kosong saja menghiasi
pemandangan di sekitar itu
sesekali angin bertiup
bagaikan hembusan dari leteran
seorang yg bernama ibu

gadis itu hanya duduk...tunduk
lidah kelu diam membisu
sambil kaki kanan bersilangan dgn kaki kirinya
tangan kanan dan kiri terus menekan2
lantai bangku besi yg sedang dihempapnya

sedang asyik hatinya memaki hamun
kelewatan makhluk besar yg
ditunggunya dari awal pagi td
tiba2 muncul sebuah bas usang
berwarna kuning hitam
namun jelas akan kepudaran warna
bas itu diselangi dgn celapuk hitam
menaikkan lagi kebencian hati
si penunggu bas tadi

dengan angkuhnya si gadis tadi
tidak mengendah kan langsung
bas tersebut hanya kerana keadaan bas itu
sangat2 mengecewakan hatinya
terus bas itu berlalu tanpa sedikit pon
rase kerugian dan kelewatan masa

hampir 30 minit berlalu
gadis itu mula tersenyum riang
dari jauh kelihatan sebuah bas
akan sampai di hadapannya
segera gadis itu mengusung
bagasi2 yg dibawanya
dan dengan bangganya gadis itu
berdiri dan mengharapkan
sesuatu yg tidak pasti

memang tidak dapat disangkal lagi
begitu hampa hati gadis itu
bas yg diharapkan nya tadi
telah penuh & sesak
dgn manusia2 yg hanya mengharapkan
rupa paras bas yg sgt cantik & menawan itu
tiada celapok, tiada habuk
bas itu kelihatan sgt meriah
begitu meyakinkan si pengguna
gadis itu mengalah dgn ketentuan
die duduk semula tanpa senyuman
tanpa kegembiraan
tanpa kerelaan
penuh dgn seksaan

masa semakin suntuk
mata semakin mengantuk
gadis itu pulak yg terhantuk
adoi...sakit lah....

setelah sekian lama menanti
gadis itu nekad dgn pendirian
yg baru saja dibinanya
tidak kira ape pun rupa paras
bas yg seterusnya
dia tetap akan menaiki bas itu
dgn penuh kesyukuran
tanpa ragu2 akan keadaan bas itu
kerana masa tidak menunggu gadis itu
...







July 01, 2010

.: Takut :.


mcm biasa la mak aku kejut subuh
setiap hari di waktu dan tempat yg same
tp kebiasaannya aku buat2 tak tau je
sebab aku ngantok yg teramat sgt
yela tido pukul 5 pagi, 6.30 da kene kejut
mmg kepala aku pusing2 mcm
pelancong pusing2 kat bandar Melaka

tapi pagi td mmg aku teros bangun
lupe dah pasal nak buat2 x tau
sebab mak aku bawak 'back up' siot...
tengah aku layan cubitan membunuh mak aku
sebab biasa kalau die kejut subuh mmg
kaki aku jadi tmpt jari die excercise
cubit aku x benti sampai aku bukak mate...
tengah syok aku nikmati rase sakit
kene cubit tu tibe2 'back up' besar die sampai
bapak aku la siot
dengan suara ala2 garang2 manja
die ketuk pintu bilik aku mcm nak pecah
sambil mulut die terkumat kamit
panggil nama aku
aku ape lagi, dah nampak bayang bapak
aku subuh2 mcm ni mmg xde can la aku
nak layan sakit kene cubit
aku bangun buat2 mcm sedar sendiri
subuh tu pastu teros pegi bilik air
amik wuduk...lepas tu.....???
amik wuduk dah cantik dah perangai
yg hodoh nya lepas amik wuduk
smbung tido balik....

pukul 7.15 baru aku subuh
arep..arep..
teroknya kamu ni
-.-'

subuh 2 rakaat
zuhur 4 rakaat
asar 4 rakaat
maghrib 3 rakaat
isyak 4 rakaat
solat jenazah????






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang