nak menang keris model baru? klik sini.

November 25, 2010

.: secara tak sengaja dah bercuti dengan adik-adik :.


Perghhh... benda ni jadi dalam keadaan aku tidak
sedarkan diri... boleh dikatakan jugak separuh sedar,
bukan sebab aku makan sarapan depan tibi dengan hanya 
berseluar pendek paras bahaya (separuh bogel)
tapi disebabkan kebahlulan seseorang yg bernama adik..

Pagi tadi, lepas subuh, mak aku mengaruk-ngaruk
macam orang kena histeria tahap tiga, 30% meracau,
aku tengah sedap tido masa tu, so aku ingat benda tu
mimpi aku je, mak aku cakap macam ni :

"ANGAH, AIMAN!!!....KALAU TAK BANGUN JUGAK
JANGAN IKOT,  KALAU IBU DAH SIAP2 NI
KORANG TAK BANGUN JUGAK, TINGGAL!!!"
(mak aku nak pegi keje, die ajak sarapan sekali kat luar)

Dah sudah mandi2 semua tu, kami keluar rumah, adik aku
yg paling last N dia kunci pintu...
aku drive keta mak aku sambil layan hotfm (lebih hangat dari biasa),
gelak2 sikit dengar orang kena panggilan hangit,
pastu dah sampai ofis mak aku , kitorang anak beranak
pergi la sarapan kat kedai berhampiran tu.
Bapak aku memang dah tunggu kat sane sebab
dia baru habis keje malam, terus datang ofis mak aku.

Lepas sarapan, aku hantar mak aku pegi ofis die balik,
kitorang tukar keta, aku bawak balik keta bapak aku.
Pastu pulang dengan harapan aku dapat tebus tido aku balik.
Bila dah sampai selekoh yg terakhir sebelum sampai rumah aku,
tiba2 adik aku buat2 bangang tanya aku

"eh, kunci rumah kat mane ek?"

Die yg kunci rumah tadi, pastu kunci tu, die tinggal dalam keta mak aku,
dah la jauh tempat keje dengan rumah aku, jem pulak tadi,
bongoklah kau ni!!
Bapak aku dah geleng2 kepala dah...
Tapi memang kena patah balik la, takkan nak tunggu mak aku balik
petang nanti..Dah sejam termangu kat dalam keta,
dengan anggaran jem dah reda, bapak aku ajak pegi
amik kunci kat mak aku...

Dah on the way tu, adik aku yg sorang lagi ni, kecik sikit
die pulak mecadangkan idea bangang..

"abah2, adik nak pergi muzium"

Tiba2, harini aku melawat muzium diraja johor
 ni buktinye
Tiket nak masuk muzim tu... empat ringgit!!!

sampai sekarang ni, aku belom tido lagi -.-"

*************************************************************


6 comments:

+d.O.Y.A.h+ said...

ahaha. gembire pergi muzium

~ NuRuL ~ said...

time kecik2 mmg la suke g muzium..
tp da bsr nnt muzium pown xigt...haha

MY HEART said...

Salam kenal,

Singgah dan jalan2 sini ^_^.

arif zakwan said...

gembira sgt2, smpai tak terkata. hahah

kecik2 dulu xpela, ni da bsr kot.. huhu

wsalam kenal... jalan la.. singgah la... huhu
sila beri tunjuk ajar...

miss miera said...

aip .. :))
best pe muzium... bnyak bnde bleh tengok...hehe

shahrul nazreen said...

haha,,aiman2....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang