nak menang keris model baru? klik sini.

November 22, 2010

.: aku nak bela ular :.

Sebagai anak yg soleh, macam biasa, aku bodek mak aku
dengan kerja2 amal kat rumah ni seperti berkebun, tanam
sayur-sayuran secara hidropolifonik, lipat kain..
nak tunjuk rajin berdouble2 tu punye pasal, kain yg tengah spin dalam
mesin tu lagi aku dah siap lipat... ( mak aku cakap aku gila
bila buat macam tu )

So, pagi tadi aku tolong mak kau berkebun, die cakap nak buat landskap
sikit depan rumah, kat tanah yg hanya besar kera punye kangkang tu...
(ye la, rumah teres kan, sikit je la tanah yg die bagi, pemaju cakap,
tanah tu free gift ).. bodoh ke ape pemaju tu.. haish..

Mula2 aku ingat nak panggil je eric leong tu, nak mintak
tolong die buatkan landskap tu sikit, tapi mak aku tak bagi,
nanti tak pasal2 die letak TV pulak kat atas tanah free gift tu..
(sebab aku tengok, sume rancangan die akan bagi tv free)

So, aku batalkan niat tu, teruskan usaha membina landskap
seakan2 landskap kat Putrajaya. Tengah2 aku gemburkan tanah
tiba2 muncul 2 ekor lipan, aku rase ni jenis lipan telor ni,
tak pon lipan daging sebab besar die same besar dengan
jari aku yg paling kecik ni.. Ape name jari yg kat hujung skali ni?
Jari kelangkang ea?..


Aku amik bekas, terus masukan lipan2 tu, pastu sembur tanah
2,3 ekar dalam bekas tu, buat lipan tu geli2 kat dalam..
aku bagitau kat mak aku ....

Aku : "ibu, angah nak bela la lipan ni "
Mak : "dah takde menatang lain dah ke nak bela"
Aku : "dah tu, menatang ni je yg tak berak sepah2"

pastu, mak aku hempuk aku dengan lipan tu...

3 comments:

~ NuRuL ~ said...

klau awk bela lipan, sy nk bela kalajengking la...

arif zakwan said...

hehe.. awk bela hamster je..
hamster ley jge mlm.. hihi

+d.O.Y.A.h+ said...

erk. geli2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang