nak menang keris model baru? klik sini.

February 23, 2013

HIJAU

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Rasa macam perlukan perubahan sikit lah.

Think.. Think.. Think..

*jalan ke hulu ke hilir*
*tangan dua dua belah kat belakang melekat kat separa punggung*

Takde idea...

Malas ah.

Bye...

February 01, 2013

Tawaran mengambil polisi Takaful bersama MAA TAKAFUL

Assalamualaikum 

Saya dari MAA Takaful (JOHOR BAHRU)

MTA agency

Dengan caruman serendah RM200/sebulan, anda semua mampu mendapatkan benefits (kelebihan/kebaikan) seperti berikit :

1. Jika berlaku kematian, waris akan menerima RM 50,000
2. Jika pencarum hilang upaya kekal, pencarum akan menerima RM50,000
3. Medical card - RM50,000 setahun
4. Elaun Hospital - RM200/sehari
5. Jika pencarum disahkan menghidap penyakit kritikal, pencarum akan mendapat RM30,000 (46 penyakit kritikal yg diluluskan)
6. Badal Haji - RM 7,000 (upah haji, qurban, wakaf)
7.Waiver - Jika pencarum disahkan menghidap penyakit kritikal dan tidak berupaya untuk bekerja, pihak MAA akan meneruskan caruman pencarum seperti biasa sehingga mencapai usia 80 tahun.

untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya
010-4073677 - Arif zakwan

" Hari ini kita sihat, masa sihat ni lah kita menyimpan untuk segala kemungkinan yg akan datang "

July 24, 2012

.: Bazar Ramadhan :.

Assalamualaikum...

Bulan puasa datang lagi... Yeayyy! Mesti kau gelabah kan? Time time ni lah baru teringat puasa tahun lepas yg kau ponteng belom ganti lagi.. Takpe, kalau lupa, kau sorg je yg tau, nanti setel kat akhirat lah.. Bukan susah pon.. Tapi kalau boleh janganlah sampai lupa nak ganti puasa, dah raya nanti kau ade 365 hari lagi nak sampai ke bulan puasa tahun depannya tu, kalau period pun, taklah sampai sebulan kau cuti kan.. Period teruk sangat tu kalau sampai sebulan...

Kalau dah bulan ramadhan ni, confirm lah ade bazar ramadhan, satu dunia ada bukan kat Malaysia je, cuma yg membezakan Malaysia dengan negara negara lain ialah pengunjung bazar ramadhan tu..
Kenapa pengunjung?
Sebab awek awek kat Malaysia ni kalau pergi bazar ramadhan dress up macam nak pergi anugerah bintang popular, tayang lurah sana sini, belum lagi yg pakai legging.
Tu yg lelaki agak2 kalau malas nak download blue kat internet, pergi je bazar ramadhan, bersepah lurah kat situ..

Yang bestnya bazar ramadhan ni, macam macam makanan ada, kalau dulu mungkin makanan lain lain, tapi zaman mark zuckerberg sekarang ni, semua benda dah boleh bawak pusing pusing dunia, sampai kan belacan yg manufacture kt melaka sana tu pun boleh sampai ke new zeland. Nasi lemak, soto, mee bandung semua tu kau boleh jumpa kat oversea sana tu..

Memang macam macam kau boleh jumpa kat bazar tu, kat situ lah kau boleh ajar diri kau kawal nafsu. Time2 ni lah kau boleh bezakan siapa yg lagi kuat, nafsu ke syaitan.. Kalau nafsu menang, tak payah tunggu bulan puasa, tiap tiap bulan kau dengan syaitan geng..

Selamat berpuasa ;)

July 16, 2012

.: tonight we are young :.

Assalamualaikum...

Kalau nak cakap pasal jiwa muda ni, atok yg umur 60 tahun pun mengaku jiwa dia muda, tu yg sampai anak dengan cucu boleh sama umur... Dah tua tua pun nak mengaku muda, badan gagah perkasa, mampu nak bagi kepuasan kat gadis gadis muda... Tapi kalau dah jodoh tak ke mana ye dak?

Hari ni 16 julai 2012, birthday bapak aku yg ke 52... " Selamat Hari Lahir abah ! "
Tapi yg sedihnya, aku wish paling last daripada adik beradik dengan mak aku, dah pukul 12 tengah hari baru aku sempat kol bapak aku... Masa aku kol tadi bapak aku tengah kerja, dia gelak kan je aku sebab aku rasa bersalah sangat wish lambat... Padan muka aku kan...

Masa tengah borak borak tu, bapak aku cerita la, adik aku yg kecik tu orang pertama wish, kedua mak aku, ketiga adik laki aku, keempat abang aku, last sekali baru aku... sobss sobsss.... :'(
Yg kelakarnya, adik laki aku lah, dia mesej nak wish birthday bapak aku, dia cakap " Selamat hari lahir abah yg ke 50 bla bla bla..... " lepas tu bapak aku terus kol dia tanya, " Aiman, umur abah berapa sebenarnya? "
adik aku jawab, "eh, 53 kan? sorry , aiman nampak abah muda je hehe " bapak aku dah gelak besar sebab sebenarnya umur bapak aku baru 52, mula masa adik aku mesej, dia cakap 50, lepas tu masa kol pulak, jadi 53... hahaha....

Tapi apa apa pun, aku nak pastikan yg bapak aku happy masa borthday dia, kalau boleh aku macam nak balik JB minggu ni, kebetulan pulak minggu ni start puasa, so, macam best je first puasa kat JB... hehe


June 11, 2012

.: Welcome Last Semester :.

Assalamualaikum...

Yeahhh!

Benda pertama sekali yg masuk dalam wish list aku untuk semester last ni ialah DIET... Ya, diet... Apesal? tak percaya? ke susah nak percaya? hahaha Ni kalau mak aku tau pasal ni memang dia susah nak percaya... Yelah, kalau duduk kat rumah, hobi aku tak lain tak bukan, pergi dapur... Pantang masuk dapur, mesti bukak peti sejuk. usha usha ape makanan paling latest yg mak aku update dalam peti sejuk tu... Agak agak macam takde je, usha dalam almari sebelah peti sejuk tu pulak, dalam tu biasanya ada maggi, tuna dalam tin, sup Campbell, sardin pun ada jugak kot kalau tak silap la... Kadang kadang kalau kantoi dengan mak aku time aku tengah usha makanan dalam peti sejuk tu, mak aku geleng kepala je...

Mak aku selalu bagi aku kata kata semangat.... Bunyi kata kata semangat dia macam ni ;

" Kata nak diet, ni asal mama jumpa je, mesti kat dapur, mama turun dapur je, mesti jumpa angah.... "

Terima kasih mama sebab bagi angah semangat nak kurus balik.... -.-"

Hari pertama aku sampai Penang ni, nak bukak semester baru kan, aku dah decide taknak makan nasi.... Tak sampai 24 jam, housemate aku sampai je rumah, terus dia bawak keluar bekal nasi dengan lauk ayam kicap, mak dia yg bekalkan... Dia ajak aku makan sekali ;

" Arep, makan... "

2 patah perkataan je dah mampu runtuhkan niat aku nak kurus....

Aku duduk sekali dengan dia, terus dia bahagi dua nasi tu, ayam ada dua ketul, dapat sorang seketul...
Setel !

Kenyang sampai malam kot.... hahaha

Sebenanrnya, kalau nak diet, jangan tak makan nasi terus, at least sehari sekali je makan nasi... Waktu paling sesuai nak makan nasi, tengah hari... sebab waktu siang kan waktu badan kita bekerja, so, badan kita perlukan tenaga, nasi tu sumber utama yg bagi kita tenaga untuk badan kita berkerja satu hari tu...

Dari situ, aku ubah sikit cara diet aku... Waktu pagi aku kena sarapan sekeping roti dengan segelas susu... Aku kalau minum susu, memang nespray je lah pilihan hati aku... Ada orang tak minum susu tepung tu, ada tu yg bau susu tepung pun dah boleh muntah.... Nasib baik mak aku dah didik aku minum susu tepung dari kecik, so, takde masalah lah nak sarapan dengan susu...

Tengah hari pulak aku kena makan nasi... Tapi janganlah makan nasi macam orang dah setahun tak jumpa nasi... Ambik nasi dalam kuantiti yg sikit, lauk pulak, kurangkan yg jenis berminyak banyak.... Kalau dapat sayur kobis masak lemak putih pun dah cukup... Janji rasa kenyang...

Petang? tak payah nak gatal gatal beli pisang goreng lah, cekodok pisang lah, rojak ke, cendol ke, nak minum petang kata nya, tak payah semua tu... Baik pergi jogging... Jogging depan kedai jual cendol takpe, jangan singgah... Tau lah janda jual cendol tu lawa, tak payah nak buat buat pemurah singgah nak makan cendol, nak tolong janda tu maju konon, bukan janda tu nak kat kau pun... Kau dah la takde duit, lemak kat badan keliling pinggang pulak tu.... Pergi jogging je...

Malam? makan epal je.... Sebab makan epal mampu untuk bakar lemak dan kurangkan berat badan....
Tapi biasa lah kalau melayu, waktu malam la makanan sedap sedap, tomyam lah, nasi goreng special lah, tu belum masuk bab satay lagi, burger daging special double letak cheese belum kira lagi.... Bukan tak boleh makan sedap sedap tu semua, boleh je, tapi kalau boleh sebulan sekali atau 2 kali boleh la... Kata nak kurus, usaha kena lebih la kan....

Tak mampu nak beli epal? Menipu sangat la tu... Epal kat pasar malam jual murah je. 10 biji baru 6 ringgit...
makan sebijik satu malam, minggu depan beli la lagi kat pasar malam tu...
Pasar malam jauh? jauh sangat ke? ada jauh macam JB ke KL tak? alamak lu ni.... Kata nak kurus, jalan kaki la sikit... Boleh bakar lemak... Bakar duit beli rokok boleh pulak, bakar lemak takkan tak mampu kot...

Errr.... takkan last semeser ni cerita pasal nak diet je? pasal nak cari duit takde ke?

Cari duit next time... Kasi keluarkan dulu lemak lemak trans kat badan ni, baru boleh cerita pasal duit... yg penting, diet tu diet jugak, kalau boleh last semester ni nak la jugak merasa naik pentas amik anugerah dekan ye dak?






April 27, 2012

.: Wanita kena berjaya :.

Assalamualaikum....

Kalau kau tengok zaman sekarang ni , ramai perempuan dah berjaya dan bekerjaya... Tapi bukan senang nak terus berjaya, mereka mula dari bawah... Mula mula mereka ambik UPSR , score 5A , lepas tu mintak masuk sekolah asrama penuh... Kalau lelaki , tak nak score langsung sebab lelaki akan cakap, score cemerlang macam mana pun , memang takkan dapat masuk asrama penuh sebab asrama tu dah penuh, macam mana nak masuk... Sempit, nanti tak selesa nak belajar... Ni lah lelaki... Terang terang bangang... nasib baik 2,3 orang je yg macam tu...

Lepas dah masuk sekolah asrama tu, mereka pulun lagi study macam nak gila, ambik PMR pulak, dapat 8A , mintak sekolah asrama yg lagi penuh, tak kesah la sempit ke, janji penuh... Masa tu masing masing dah besar, dah mula bernafsu , dah pandai nak cari cari jodoh... Bila kena tangkap dengan ustaz, kasi alasan dating + study hard sama sama... Ustaz tanya, " kalau study hard sama sama memang kena gesel gesel kaki sama sama ke? " Ustaz jeles sebenarnya...

Bila dapat result SPM, kau yg perempuan tu berjaya, yg lelaki tu kurang berjaya sebab gesel lebih sangat masa study tu... Perempuan terus isi borang nak masuk universiti , yg lelaki chill je, rilex habis , tunggu offer sampai sendiri... Kalau ade rezeki, masuk lah universiti, kalau takde, nak buat macam mana, mungkin rezeki kat tempat lain... sumpah bangang... usaha takde, ikhtiar takde, tau tau nak tunggu offer sambung belajar sampai sendiri kat rumah... lepas tu nak sembang pasal rezeki dari Allah... mati plisss....

Bila perempuan dah masuk universiti , yg lelaki pun dapat masuk universiti , rezeki lah katakan... Belajar 2,3,4 tahun, yg lelaki dan perempuan dapat bawak balik degree , tunjuk kat mak bapak kasi kembang hidung mak bapak keliling kampung kasi tau kat semua orang yg anak dia dah berjaya... siap buat kenduri kesyukuran , tumbang la 2,3 ekor lembu , orang kampung suka la , makan free.... yeayyy!

Ok, tiba tiba dah kerja... aku malas nak cerita time mintak kerja tu... panjang sangat... dah kerja, masing masing dapat gaji besar besar , best... ada duit, beli kereta, henpon baru, pergi holiday... macam macam boleh buat kalau banyak duit... agak agak duit simpanan dah cukup, kawen terus... habis cerita.... bestnya kawen...

Tiba tiba, jodoh tak panjang rupanya, bercerai berai... talak satu mungkin... si lelaki main kayu 3, men 2 kan si perempuan , kahwin lagi 1 rupanya...nampak tak aku susun turutan nombor tu? tak nampak? takpe , abaikan je... aku paham... Yg perempuan kena cerai tu sedih kejap je , lepas tu boleh happy balik sebab still ada duit gaji yg banyak tu untuk tampung hidup sendiri... dan anak anak...

Cuba kau bayangkan , kalau perempuan tu tak berjaya dalam tuntutan ilmu akademik dulu, macam mana dia nak dapat kerja yg best best yg gaji besar besar untuk dia bayar kereta, beli susu anak, yuran sekolah anak, ubat ubat kalau anak anak sakit , tu kalau anak sorang, kalau ada 2,3 orang yg masih sekolah... nak beli barang barang dapur lagi, bayar bil astro, unifi, api air lagi... Kalau setakat kerja cashier kat giant tu, lepas la untuk kau sorang je, anak anak kau macam mana? takkan nak hantar pergi rumah kebajikan kot... ape punya mak lah kau ni...

Janganlah kau pikir nak harapkan jodoh kau je yg tampung semuanya, at least kau kena tau macam mana nak survive kalau kes kes macam ni jadi kat kau... Dari sekarang kena mula.. ok, Ready, Set, Go... !

Senang macam mana pun, anak anak jangan diabai.. kbai...



April 24, 2012

.: Kisah Timah, Batang, Bakar dan Abu :.

Assalamualaikum....

Suatu hari, Bakar balik dari tempat kerja , Bakar buka pintu rumah ,Alangkah terkejutnya Bakar bila ternampak Timah tengah menindih dua puluh Batang... Bakar terkejut sebab Timah yg kurus tu mampu menindih dua puluh Batang... Bakar jeles dan marah... Ya, marah sangat u'olls... Bakar merentap , mengoyakkan Timah... Habis terkoyak Timah yg kurus tu... Dicampakkan di tepi dinding... Timah terhantuk kuat... Timah meninggal...

Bakar belum puas... Bakar usha usha Batang... kecik besar kecik besar je Bakar tengok Batang... Walaupun Batang ada dua puluh , sikit pun Bakar tak goyang... Bakar menggesel batu pengasah , dan terus melanyak Batang sampai lembik... Habis kesemua dua puluh Batang dimamah Bakar... Dah selesai semuanya , Bakar terkejut lagi sekali sebab Batang tu rupanya pak Abu , jiran sebelah rumah... Oleh kerana tak boleh terima kenyataan yg pak Abu yg tua kerepot tu mampu menggoda Timah , Bakar bunuh diri... Last last semua mati...

Apa pon tak boleh...


Timah = kertas timah dalam kotak rokok tu

Batang = rokok, dua puluh batang satu kotak

Bakar = nak hisap rokok, mestilah kena bakar

Abu = dah sesedut, ketis la abu rokok tu

Dah hisap rokok, kemungkinan untuk cepat mati tu tinggi... Kerajaan kasi amaran jangan hisap rokok yg takde cukai... kbai...





April 21, 2012

.: Lemas di dada, bukan lucah :.

Assalamualaikum....

Bila cakap pasal dada , mesti kau excited nak tau dada siapa yg diperbualkan...Tapi aku tau, dalam kepala otak kau, dah terbayang dada aku... aku tau tu... har har har... Hah? Dadali?  Bukan Dadali lah bro, itu yg nyanyi 'Di saat aku mencintahimu'...  Lagipun Dadali semua laki kan, so, takde isu dada yg dibangkitkan...

Ni hah Dada yg aku maksudkan ;


' Lemas dalam dakapan ; Pro Montok ; Sangat Efektif '


Macam tipu pun ada... macam betul pun ada jugak... Kalau orang yg kat oversea sana tu, diorang selalu buah operation letak implan @ silicon nak kasi shape dia terjamin bulat, anjal dan tegang... Tapi kalau kat Malaysia ni, tak payah operate, kasi tala je Pro Montok ni... Suami tak cari lain punya...

Kau jangan tertipu, dalam baju tu bukannya letak tisu ke, span ke macam sesetengah orang buat... Dalam tu ada banyak rahsia.... Rahsia yg tegang lagi anjal baq ang!

Amacam, awek awek kat luar sana nak try? Terasa kurang berkeyakinan dengan dada yg sedia ada? Rasa tak reti nak hargai ciptaan Tuhan yg dah diberikan? Cubalah, Pro Montok... Dijamin Lemas terkapai kapai...

Eh, lupa pulak nak bagitau... aku bukan promote, tapi nak kasi awek awek yg kat luar sana yg mana rasa macam tak yakin dengan penampilan diri tu, jangan risau, Allah dah jadikan setiap makhluk Nya sesempurna kejadian... Dada kecik tak semestinya nafsu kecik kan? kan? kan?

Ingat! Lemas tu penting! har har har


April 20, 2012

.: cuti semester bukan sesuatu yg mengghairahkan :.

Assalamualaikum...

Betul ke cuti semester ni tak ghairah?

Memandangkan aku tengah cuti semester sekarang ni , so , tak payah bukak buku ilmiah, tak payah kemas pensil box, eh, pesil box? apesal? tak payah la nak gelak kan aku sebab pakai pensil box lagi...tak salah apa apa pun masuk universiti pakai pesil box... kau tu apa kurangnya, pergi kuliah pakai kasut member... aku pakai pensil box sendiri ok! tak pinjam pinjam orang lain punya pon... booooo loser.... har har har...

Dah la pinjam kasut member , lepas tu kau rosak kan pulak tu , dah la rosak kan, kau buat senyap je... kau ingat tuan punya kasut tu bodoh sangat nak percaya yg kat situ ada hantu yg rosakkan kasut dia tu... sabar ! aku tak puas lagi ni... aku tengah marah ni.. aku period hari ni, tu yg asyik nak marah je ni.. har har har...

Bismillahirahmanirahim... okay, marah dah berkurang, mungkin setan dah lari sebab dengar aku baca bismillah tu..

Hurghhhh! (mengeluh)

Minggu pertama cuti semester bermula dengan aku bangun pagi tak gosok gigi terus turun bawah pergi dapur nak cari makanan untuk sarapan... Last last sarapan aku berakhir dengan basuh pinggan dua sinki yg full dengan pinggan mangkuk kotor... Mak aku cakap tu semua hadiah untuk orang jauh balik jb... terima kasih ibu... sayang lebih... muah muah

Tapi yg bestnya minggu pertama cuti tu , aku berholiday sakan... nak tengok gambar? bayar dulu lah der baru dapat tengok... 2 ringgit je... hew hew hew... nah ! hambik nih

Good Morning Port Dickson !






Eh? 2 keping je gambar?

Yelah, tengok free je kan, sikit je lah.. har har har Padan muka kau...

Lepas Port Dickson, aku naik Broga Hill pulak... nak tengok gambar? takpe, yg Broga ni tengok free je.. nah!





Kau nampak tak betapa awesome nya Broga Hill ciptaan Tuhan tu? cepat la cakap Subhanallah... ni tak, nampak benda cantik je, mula lah nak mencarut ; " cantik sial ! " , " Perghhhh, terbaik sial " , " sumpah ni cantik giler sial " ... apa punya sial la kau ni... kau nak sial, kau pergi sial sorang sorang, jangan ajak aku...

Okay, tu cerita minggu pertama cuti...

Minggu kedua pulak... Ghairah ke? Tak ghairah sangat sebab aku kembali ke sinki kesayangan aku tu... Pinggan mangkuk dah rindu sangat kat aku... Padan muka aku pulak.... Rutin harian aku , bangun pagi , kasi kura kura aku tu makan... Dia sarapan 4 biji bayam yg dah dikisar halur lepas tu dimampatkan jadi macam pil... sebenarnya bukan bayam pon, tapi kaler makanan dia tu hijau , aku panggil bayam je senang... tapi kalau kau, mesti panggil benda tu incredible hulk kan? yelah kaler hijau, lagipun kau memang kuat sembang pun kan...

Minggu ketiga ? sabar !.. aku tengah tulis entri ni dalam minggu ketiga... tengah usaha jugak cari benda benda yg awesome dan ghairah... harap harap malam ni boleh dapat benda yg ghairah! haha

Happy Holiday Arep!









April 16, 2012

.: pelajar asing cuba apply masuk UiTM :.

Assalamualaikum....

Kau sebagai pelajar UiTM tegar kat Malaysia ni mesti terkejut kan kalau tiba tiba ada warga asing atau dengan kata lain, warga yg bukan dari jenis jenis Melayu cuba untuk memohon masuk UiTM... Seperti sedia maklum, dan semua orang tau bahawa UiTM hanya akan terima pelajar pelajar yg berbangsa melayu serta bumiputera dari Sabah dan Sarawak sahaja...

Pagi tadi aku hantar adik lelaki aku yg baru lepas Spm tu pergi interview untuk masuk UiTM... Dia dapat buat program diploma Ukur Bangunan... tapi tu cuma interview je, belum confirm dapat lagi... result Spm dia? tak payah tanya la, sebab aritu ada budak ni tanya aku pasal result Spm adik aku tu, seminggu dia tak berani keluar rumah... so, kau tak payah tanya... har har har...

Okay, interview tu berlangsung kat UiTM kampus bandar raya Johor Bahru, dekat Larkin sana tu... kau tak tau Larkin kat mane? Loser giler kau ni... hew hew hew... Dalam surat panggil interview tu, pihak UiTM suruh datang pukul 8.30 pagi... Bila sampai sana, dah pukul 9 pagi pun, satu hape tak start lagi... Aku sebagai pelajar UiTM berasa sangat malu dengan adik aku yg bakal masuk UiTM ni sebab tengok pengurusan yg tak berapa nak cantik... Nanti apa pandangan dia kat UiTM ni... Aku pujuk dia elok elok, aku cakap UiTM ni best... kang kalau dia pilih KLMU ke, MAHSA college ke, takpun SEGI college ke, lagi aku tanak mengaku dia adik.. kan susah... har har har... UiTM kata nak mengubah destini anak bangsa... kan bro?

Bila sampai je turn adik aku nak masuk bilik interview tu, adik aku bangun terus bukak pintu bilik interview tu... masa dia bukak pintu bilik tu, aku dengar suara dari dalam bilik interview tu ;


" Kami pihak UiTM cuma terima calon calon Melayu je dik "

" saya melayu la ni bang, kenapa, muka saya ada macam hero hindustan ke? hik hik hik "

" muka tu taklah dik, perasannye kau ni.. tapi rambut awak tu kuning.. kita melayu melayu yg hidup kat Malaysia ni semua beranak rambut kaler hitam je dik "


Mesti kau segan kan... Padan muka kau.... Kau pergi balik, buang yg kuning kuning tu, kasi jadi melayu sikit, lepas tu baru pergi mintak nak masuk UiTM.. Kalau tanak, try la apply KLMU ke, dorang tak kisah sangat kaler rambut ni, yg penting, kau mampu nak makan nasi lauk ayam goreng dengan air sirap berharga RM10 sekali makan...





Puas hati aku.... dah la mamat tu kerek giler pagi tadi, siap sembang dengan mak dia cakap kalau adik tak lepas interview ni, adik nak sambung oversea je lah... pergi mampos muka kau setan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang